Jom Sertai Wacana Intelektual : Sistem Monarki Abad Ke-21

Tentatif Ringkas: 
28 November 2019 (Khamis)

Tajuk: Sistem Monarki Abad ke 21 dan Peranan Muzium Diraja dalam Menyokong Pemerkasaan Institusi Raja-Raja Melayu
Penceramah:
1. YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling – Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu
2. Puan Miti Fateema Sherzeella – Pengarah Muzium DiRaja

9:00 pagi – 12: 30 tengahari : Pameran
10:00 pagi – 11:30 pagi : Wacana Intelektual: Sistem Monarki Abad ke 21
11:30 pagi – 11:50 pagi: Sesi Soal Jawab
11:50 pagi – 12:30 tengahari: Penyampaian hadiah Kuiz Pameran Diraja



Objektif program adalah:

  • Memahami struktur pentadbiran selain memartabatkan institusi raja dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, memahami penubuhan Majlis Raja-raja serta Sistem Monarki.
  • Perkongsian ilmu dan pengalaman oleh pensyarah Fakulti Sains Gunaan serta judul-judul buku yang memberi inspirasi sepanjang kerjaya mereka dalam bidang Fizik.


Sehubungan dengan itu, PTAR sangat berbesar hati dan menjemput seluruh warga ke program wacana tersebut. Penyertaan kehadiran akan dimasukkan ke dalam jam latihan.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Like & Follow Us



via Blogger https://ift.tt/2s7Ohas https://ift.tt/2rg5Q7I

LIBRARY New Arrivals @PTAR – Keluaran Vol 04 November 2019

Perpustakaan Tun Abdul Razak merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.

New Arrivals@PTAR diterbitkan bagi menyebarluas judul terkini bahan rujukan perpustakaan seperti Buku, Jurnal (Pangkalan Data Atas Talian), Ebooks dan Harta Intelek Universiti.


Book – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam

 Book – Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan

Book – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam




Ia bertepatan dengan UiTM sebagai universiti komprehensif yang berperanan sebagai pusat pengajian dalam pelbagai bidang. Perkhidmatan New Arrivals@PTAR ini diterbitkan secara mingguan melalui emel kepada semua warga universiti dan boleh juga diakses melalui Portal PTAR di https://goo.gl/CX9fKx atau Sila Imbas QR CODEini untuk maklumat lanjut:



NOTA : Untuk keluaran Vol.4, November 2019 ianya hanya melibatkan Buku (61 Judul / 61 Naskhah) dan Tesis (20 Judul / 20 Naskhah) sahaja.

Lokasi Bahan New Arrivals@PTAR adalah dari:

PTAR UiTM Shah Alam



Like & Follow Us



via Blogger https://ift.tt/35qiRu8 https://ift.tt/34ccVoz

Hebahan Pangkalan Data Atas Talian (Pdat) Bil 14/2019 : Akses Percubaan Pangkalan Data Atas Talian (Pdat) Statista

Adalah dimaklumkan bahawa PTAR telah menerima akses percubaan akses PDAT Statista yang boleh diakses melalui 
http://ezaccess.library.uitm.edu.my/

Campus-Account at a glance:

  • Unlimited and direct access to Statista.com via designated IP ranges
  • Download of all statistics as PowerPoint, PDF, Excel and PNG
  • Access to all Industry reports and dossiers
  • Access to approx. 32.000 studies
  • Access to the Statista source-database
  • International content
  • 4 different platforms (German, English, Spanish, French)
  • Digital Market Outlook with access to the most significant areas in the “Digital Economy”, including various digital goods and services.
  • Consumer Market Outlook with access to key performance indicators – sales, revenues and prices – of the most important consumer markets worldwide
  • Forecasts across 40 countries and more than 425 industries per country
  • Publishing right for our statistics


Founded in 2007 and based in Hamburg, Germany, Statista operates a statistics and data portal, registered under the website http://www.statista.com, that provides access to statistics and studies on over 80,000 topics and areas of interest, categorized into 22 industry sectors with approximately 600 markets and industries. This “infographic” database collects, evaluates, and publishes key statistics on relevant subjects, providing users with a comprehensive overview of available data on a specific topic, with source data for some subjects extending from the early 20th century to the present.

The statistics platform has become an integral part of the academic sector. More than 25 million students, lecturers, and researchers already trust in the comprehensive content of one of the biggest statistics portals worldwide. Be it valid data for term papers & theses, for daily tasks in research & teaching, or as a research tool in libraries, the Statista database always provides you with the content you need.

Watch this video to learn more about how to use your campus access: http://www.statista.com/statistic-portal/#tutorial

Untuk rujukan Untuk tunjuk ajar pencarian, sila hubungi pustakawan rujukan berhampiran anda dan sebarang masalah berkaitan akses dan langganan, sila hubungi Unit Pangkalan Data ditalian 03-55443727 atau 03-55443795



Like & Follow Us



via Blogger https://ift.tt/2XB2rwm https://ift.tt/2qplsWB

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (PTAR) RANGKUL JUARA KESELURUHAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (AKNC UiTM) 2019

Shah
Alam – Universiti Teknologi MARA (UiTM) sentiasa mengutamakan pengurusan
kuallti dan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan kualti perkhidmatan.
Sejajar dengan itu, Anugerah Kualiti Naib Canselor telah diperkenalkan semenjak
tahun 1992 lagi. Ianya bagi memberi penghargaan kepada kampus negeri/ fakulti/
bahagian dan unit yang berjaya mempamerkan ciri-ciri perkhidmatan berkualiti
tinggi dan menepati kriteria pengukuran pengurusan berkualiti. Anugerah ini
merupakan anugerah tertinggi dan paling berprestij yang menjadi idaman setiap
kampus negeri/ fakulti/ bahagian dan unit dan ianya disampaikan di dalam Majlis
Inovasi/Kualti Universiti. 
Anugerah
Kualti Naib Canselor UiTM bagi tahun 2019 dirangkul oleh Perpustakaan Tun Abdul
Razak (PTAR). PTAR bukan sahaja mempamerkan kecemerlangannya didalam kategori
Juara peringkat bahagian tetapi turut merangkul empat (4) anugerah utama iaitu
Anugerah Bidang Tumpuan: Pengurusan Fasiliti dan Teknologi, Anugerah Kriteria
Kepimpinan, Anugerah Kriteria Hasil dan juga Pembentangan Terbaik sekaligus
dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Anugerah Kualiti Naib Canselor UiTM bagi
tahun 2019. Sebagai rekod, PTAR juga sebelum ini telah dinobatkan sebagai Juara
Keseluruhan bagi tahun 2005, 2015 dan 2019. Menurut Ts Hidayat Mohd Adnan, Ketua
Pustakawan UiTM, kejayaan merangkul anugerah ini merupakan pengiktirafan
tertinggi bukan sahaja kepada PTAR induk malah kepada semua PTAR Cawangan dan ianya
adalah gabungan mantap melalui proses penambahbaikan berterusan yang di
selaraskan di seluruh PTAR cawangan. Tambah beliau lagi, banyak projek-projek
inisiatif dan inovasi yang dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berjaya bagi
kemudahan pengguna seperti projek Digital Library, Information Literacy
program, projek Kumpulan inovasi dan kreatif (KIK) dan pelbagai lagi sepanjang
tahun 2018 dan 2019. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
berperanan sebagai gedung ilmu yang amat signifikan dalam
membangunkan sesebuah negara.
Perpustakaan UiTM telah memperlihatkan perkembangannya
melalui 38 buah rangkaian perpustakaan di seluruh Malaysia, berfokuskan kepada
teras utama perkhidmatan bagi memenuhi keperluan warga Universiti. Perkembangan
PUiTM Negeri adalah seiring dengan pembangunan UiTM Negeri bertujuan untuk
memberi perkhidmatan perpustakaan kepada pelanggan.
Penyampaian
anugerah ini telah disampaikan di Majlis Kemuncak Bulan Inovasi 2019 dengan
tema tema Sains dan Teknologi Pemangkin Inovasi Global di Dewan Agong Tuanku
Canselor (DATC) pada 14 Nov 2019 yang disampaikan oleh Y.bhg Prof. Emeritus
Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kasim, Naib Canselor kepada Ketua Pustakawan UiTM,
Ts. Noor Hidayat bin Adnan. Didalam ucapan perasmian Naib Canselor, Ybhg Prof.
Emeritus menekankan akan kepentingan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada
organisasi dan juga sentiasa berinovasi. Dalam organisasi pendidikan bersaiz
gergasi seperti UiTM ini, aliran idea dan pelaksanaan inovasi perlu bersifat
dua hala, sama ada berbentuk top-down ataupun boleh juga datang secara
bottom-up. Ybhg Naib Canselor juga menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
dan Anugerah khas lain di dalam majlis kemuncak tersebut.


via Blogger https://ift.tt/2s0tqpl https://ift.tt/37sk0Ds

LIBRARY New Arrivals @PTAR – Keluaran Vol 03 November 2019

Perpustakaan Tun Abdul Razak merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.

New Arrivals@PTAR diterbitkan bagi menyebarluas judul terkini bahan rujukan perpustakaan seperti Buku, Jurnal (Pangkalan Data Atas Talian), Ebooks dan Harta Intelek Universiti.


Book – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam

Tesis – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam


Ia bertepatan dengan UiTM sebagai universiti komprehensif yang berperanan sebagai pusat pengajian dalam pelbagai bidang. Perkhidmatan New Arrivals@PTAR ini diterbitkan secara mingguan melalui emel kepada semua warga universiti dan boleh juga diakses melalui Portal PTAR di https://goo.gl/CX9fKx atau Sila Imbas QR CODEini untuk maklumat lanjut:



NOTA : Untuk keluaran Vol.3, November 2019 ianya hanya melibatkan Buku (32 Judul / 32 Naskhah) dan Tesis (20 Judul / 20 Naskhah) sahaja.

Lokasi Bahan New Arrivals@PTAR adalah dari:

PTAR UiTM Shah Alam

Like & Follow Us



via Blogger https://ift.tt/2KoQEvY https://ift.tt/2qR3Qmm

Tahniah & Syabas kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak Juara Keseluruhan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2019



14 November 2019, Shah Alam: Penyampaian Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2018 telah diadakan di Majlis Kemuncak Bulan Inovasi UiTM pada 14 November 2019, (Khamis) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Majlis gilang gemilang ini telah dijayakan oleh Fakulti Sains Gunaan sebagai penganjur pada tahun ini yang bertemakan “Sains dan Teknologi Pemangkin Inovasi Global”.

Majlis Kemuncak Bulan Inovasi UiTM 2019 ini bukan sahaja menganugerahkan perkhidmatan cemerlang kepada kakitangan UiTM malah mengumumkan juga beberapa anugerah seperti Anugerah Pentadbir Cemerlang, Anugerah Pemacu Global, Anugerah Integriti Universiti, Anugerah Kolej Cemerlang serta tidak ketinggalan Anugerah yang dinanti-nantikan iaitu Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2019.

Anugerah Kualiti Naib Canselor yang dikenali juga sebagai AKNC merupakan satu anugerah yang mengiktiraf pengurusan yang serius dalam membudayakan kualiti di dalam pengurusan masing-masing. Penganugerahan AKNC berdasarkan kepada mengikut bidang tumpuan, mengikut kriteria, pembentangan terbaik, kategori Kampus Negeri, kategori Fakulti, kategori Bahagian/Pusat/Unit dan seterusnya juara keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada pemenang pada tahun ini.

Tahniah & Syabas kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak kerana telah berjaya menjadi Juara Keseluruhan dan beberapa Bidang Tumpuan dan Juara Keseluruhan bagi Bahagian & Unit.




hastag : #APC #AKNC #libraryuitm #libraryforall #inovasi #bulaninovasi2019 #uitmdihatiku #kitaUiTM

via Blogger https://ift.tt/2qVhiFw https://ift.tt/33Rf4G6

Majlis menandatangani MoU bersama UiTM-MPH Group Perpustakaan UiTM



Selepas program Bicara Buku yang akan disampaikan oleh YBhg Prof Dr Mohd Nazip Suratman, TNC PI di Lobi PTAR Utama diadakan satu majlis menandatangani MoU bersama UiTM-MPH Group.

UiTM diwakili oleh YBhg Prof Dr Mohd Nazip Suratman, TNC PI dan MPH Group diwakili oleh Encik Mohamad Abdullah, Pengerusi MPH Group.

Alhamdulillah, majlis ini berjalan lancar disaksikan YBhg Prof Ts Dr Pozi Ali, TNC Pembangunan dan Encik Noor Hidayat, Ketua Perpustakaan UiTM, Encik Donald Kee, CEO MPH Distributor, Encik Ezwan Mohamed Annuar, CEO Pay Fo.
Tahniah UiTM dan MPH

MoU bersama UiTM-MPH Group.
Buku & Kajian Pensyarah UiTM Dijual Kepada Umum

Rangkaian kedai buku MPH Bookstores Sdn Bhd akan mengetengahkan hasil kerja dan penulisan pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Ia juga membuka peluang kepada pensyarah universiti berkenaan menjadi penyunting kepada buku-buku yang dijual di MPH.


Berita majlis menandatangani MoU UiTM-MPH Group



#uitmMembaca #readuni #malaysiamembaca #libraryuitm #penerbituitm
https://ptar.uitm.edu.my/read@uni/?p=1701

via Blogger https://ift.tt/350LhuK https://ift.tt/2KhpBST