Suasana sekitar program World Quran Hour di Perpustakaan UiTM

PTAR SHAH ALAM 30 Mei2019 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) turut sama menyambut Program World#QuranHour (WQH) yang diadakan serentak di seluruh dunia pada hari ini jam 12 tengahari hingga 1 petang di Bilik Seminar, PTAR Utama melibatkan semua pegawai dan kakitangan.

Semoga program murni yang dianjurkan ini dapat diterapkan oleh semua kakitangan PTAR untuk menjadikan bacaan Quran ini sebagai budaya harian dan sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan usaha murni ini. Semoga usaha ini diberkati Allah

Suasana sekitar program World Quran Hour di Bilik Seminar, PTAR Utama :

#quranhour #uitmmembaca #malaysiamembaca #libraryuitm

Like & Follow Us


via Blogger http://bit.ly/2YX6q5U http://bit.ly/2wuKvac

World Quran Hour 2019


Jawatankuasa Read@Uni PTAR dengan kerjasama Jawatankuasa Tazkirah PTAR akan mengadakan bacaan Al Quran selama 1 jam secara beramai-ramai melibatkan staf dan pelajar UiTM sempena Sambutan World Quran Hour 2019 di peringkat PTAR seperti ketetapan berikut:-

Tarikh              : 30 Mei 2019 (25 Ramadhan 1440H)
Masa                : 12.00 tengahari – 1.00 petang
Tempat            : Bilik Seminar, Perpustakaan Tun Abdul Razak

Program ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan rasa mencintai Al Quran dan meraih semangat 10 hari diberkati dalam bulan Ramadan, seluruh dunia. Ia juga merupakan usaha di peringkat PTAR untuk menyokong misi World Quran Hour iaitu 100 juta ummah berinteraksi dengan Al-Quran seluruh dunia, serta memberi inspirasi kepada ummah untuk berinteraksi bersama Al-Quran.
Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Tazzakkur (Bacaan Alunan Zikir), Khatam Al Quran dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Staf PTAR.





Like & Follow Us



via Blogger http://bit.ly/2WbPlIG http://bit.ly/2I6iACD