Pertandingan Sudut Bacaan (Reading Corner) Di Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Universiti Teknologi Mara Shah Alam

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam akan mengadakan Pertandingan Sudut Bacaan di semua Pusat Tanggungjawab Universiti Teknologi MARA. Penganjuran pertandingan ini selaras dengan lnisiatif Kecemerlangan Universiti melalui Amanat Naib Canselor 2019 iaitu merancakkan budaya membaca dengan memperbanyakkan ‘Reading Corner’ di UiTM. Untuk makluman, PTAR telah mernbentangkan Pelaksanaan Program Read@Uni Peringkat Universiti Teknologi MARA di dalam Mesyuarat Senat Ke-245 pada 9 Mei 2019 yang memberi penekanan kepada penglibatan semua Kampus, Fakulti dan lain-lain Pusat Tanggungjawab bagi program ini.


Sudut bacaan merupakan ruang yang disediakan dan dimanfaatkan sebagai perpustakaan mini yang selesa serta santai bagi menyemarakkan budaya membaca. Objektif utama pertandingan ini adalah bagi mengadakan satu sudut bacaan di lokasi strategik di setiap Pusat Tanggungjawab UiTM Shah Alam dengan dilengkapi kemudahan dan koleksi bahan bacaan. Adalah diharapkan dengan pengwujudan sudut bacaan ini nanti dapat menyokong Program Penggiatan Budaya Membaca untuk menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang tahun 2030.


1.0 PENDAHULUAN

Sudut bacaan (reading corner) merupakan ruang yang disediakan atau sudut kosong yang dimanfaatkan sebagai perpustakaan mini yang selesa dan santai bagi menyemarakkan budaya membaca. Melalui Amanat Naib Canselor pada 14 Mac 2019 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM, Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim melalui Inisiatif Kecemerlangan Ketiga bagi merancakkan budaya membaca di Universiti Teknologi MARA mengemukakan empat cadangan iaitu mengiatkan inisiatif Read@Uni, memperbanyakkan reading corner, menambah ruang bacaan 24 jam dan memperkasa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) sebagai digital library. Selaras dengan Inisiatif kecemerlangan tersebut Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) berusaha merealisasikan amanat tersebut melalui transformasi dan lonjakan perkhidmatan sebagai salah satu penambahbaikan kemudahan bagi menyediakan ruang baharu yang selesa kepada pengguna.


2.0 OBJEKTIF

i. Mengadakan satu sudut bacaan di lokasi strategik dengan dilengkapi kemudahan dan koleksi bahan bacaan di semua Pusat Tanggungjawab UiTM Shah Alam

ii. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan.

iii. Menggalakkan penyertaan semua Pusat Tanggungjawab terhadap kempen Read@Uni Universiti Teknologi MARA.

iv. Menyokong Program Penggiatan Budaya Membaca untuk menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang tahun 2030.

3.0  SYARAT-SYARAT PERYERTAAN ‘READING CORNER’

a. Penyertaan terbuka kepada seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Teknologi MARA kecuali Perpustakaan Tun Abdul Razak.

b. Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori:
– Kategori Jabatan/ Bahagian/ Unit
– Kategori Fakulti/ Pusat Pengajian
– Kategori Kolej Kediaman

c. Mematuhi semua kriteria pertandingan yang melibatkan pemilihan lokasi, ruang, konsep, medium simpanan, susunan bahan, kemudahan, peralatan dan koleksi bahan bacaan.

d. Segala kos penyertaan dan pembangunan sudut bacaan adalah ditanggung sendiri oleh Pusat Tanggungjawab.

e. Pertandingan ini akan berlangsung selama tiga (3) bulan bermula 1 Jun 2019 sehingga 31 Ogos 2019.

f. Memaparkan slogan dan tema berikut: 
“with knowledge we lead”  –  #read@uni
#malaysiamembaca   –  #uitmmembaca

g. Keputusan para hakim dalam mengadili pertandingan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak dilayan.

h. Penyertaan pertandingan hanya dianggap sah apabila pihak urusetia menerima permohonan rasmi melalui kaedah berikut:
• Muatnaik maksimum lima (5) gambar sudut bacaan di media sosial Facebook Perpustakaanuitm: http://bit.ly/2KwCs5u 
• Menyertakan maklumat yang jelas: 
– Nama Peserta (Pegawai bertanggungjawab)
– Lokasi dan alamat sudut bacaan
– Nama sudut bacaan
– No. Telefon

“with knowledge we lead”


#read@uni
#malaysiamembaca #uitmmembaca

* Sebarang pertanyaan dan maklumbalas sila hubungi:
 Jawatankuasa Read@Uni
 Perpustakaan Tun Abdul Razak
 Universiti Teknologi MARA
 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 
 Tel: 03-5544 3765

via Blogger http://bit.ly/2N4v7fA http://bit.ly/2KAtZOY

Jom Meriahkan Library Outreach@PTAR di FSKM

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Fakulti Sains Komputer Dan Matematik akan menganjurkan Program Library Outreach@PTAR pada butiran berikut:

Tarikh: 2 Mei 2019
Masa: 2.00 – 5.00 petang
Tempat :Dewan Al-Ghazali, Fakulti Sains Komputer Dan Matematik

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menguar-uarkan Perkhidmatan terkini PTAR serta mendapat maklumbalas daripada pengguna bagi tujuan penambahbaikkan perkhidmatan perpustakaan.

Semoga bermanfaat pada semua

Read@Uni
“with Knowledge We Lead”
#Malaysiamembaca
#UiTMmembaca

Sekian, Terima kasih

Unit Komunikasi Korporat
Perpustakaan Tun Abdul Razak
UiTM Shah Alam 

via Blogger http://bit.ly/2voFMGg http://bit.ly/2PwGEC2

Let’ Read together for 10 minutes





Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam menjemput seluruh warga UiTM sama-sama dapat meluangkan masa hanya 10 minit 
bagi program “Lets Read together for 10 minutes”


Tuan/puan juga boleh “Snap & Share” gambar tuan/puan ke media sosial PTAR beserta “caption”.


“with Knowledge We Lead”
#Read@Uni
#MalaysiaMembaca
#UiTMmembaca#uitmRead
#readatuni

Semoga bermanfaat pada semua

Like & Follow Us

https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm

via Blogger http://bit.ly/2IAwFuK http://bit.ly/2XBRsl7

LCD2018 :BACAAN NASKHAH JAWI

Salah satu aktiviti yang akan diadakan sempena Library Customer Day 2018 adalah BACAAN NASKHAH JAWI. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memupuk minat dan amalan membaca di kalangan warga universiti khususnya dalam bacaan jawi.
Syarat dan Peraturan:

  1. Teks bacaan akan diberikan dalam
    tulisan jawi.
  2. Peserta diberikan masa 5 minit untuk
    persediaan sebelum bermula.
  3. Peserta perlu menghabiskan teks bacaan
    dalammasa 15 minit.
  4. Peserta diadili berdasarkan ketepatan
    dan kelancaran pembacaan teks bacaan.
  5. Tarikh Tutup Penyertaan : 12 November
    2018


via Blogger https://ift.tt/2FhzVuj https://ift.tt/2qGwkM9

LCD2018 : FORUM BELIA di PKEJ

Salah satu aktiviti yang akan diadakan sempena Library Customer Day
2018 adalah FORUM BELIA. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memupuk
semangat kerjasama dan mencungkil potensi pelajar dalam kumpulan, di samping
mendengar olahan idea dan cara menjawab soalan yang berkaitan dengan topik yang
diberikan.
Syarat dan
Peraturan:
  1. Setiap kumpulan terdiri daripada 3
    orang ahli.
  2. Tempoh masa forum ditetapkan selama 35
    minit untuk setiap kumpulan.
  3. Setiap ahli kumpulan diberikan peluang
    untuk berhujah selama 5 minit dalam 3 pusingan soalan.
  4. Peserta diadili berdasarkan cetusan
    idea, kelancaran dan pengisian yang baik.
  5. Antara topik yang dipilih:

a.      
Peranan Mahasiswa
b.      
Keamanan Dunia
c.      
Ekonomi Dan Pendidikan
d.      
Kepelbagaian Budaya
e.      
Pendidikan Dan Peluang Pekerjaan
f.       
Kerjasama Antara Negara
g.      
Kepentingan Bahasa
h.      
Isu Kemanusiaan Dan Hak Asasi
i.        
Kesaksamaan Gender
j.        
Memperkasa Budaya Membaca Belia
1      Tarikh Tutup Penyertaan : 12 November 2018

via Blogger https://ift.tt/2FkjgpW https://ift.tt/2qKwXo6

LCD2018 : PIDATO di PKEJ

Salah satu aktiviti yang akan diadakan sempena Library Customer Day 2018 adalah PIDATO. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk  melihat dan mencungkil potensi pelajar dalam pengucapan awam, di samping mendengar olahan idea berkaitan dengan topik yang diberikan.
Syarat dan Peraturan:
  1. Peserta diberi masa 10 minit untuk berucap.
  2. Pemenang diadili berdasarkan olahan idea, cara berucap/berhujah, kelancaran dan penggunaan bahasa yang baik.
  3. Antara topik yang dipilih:
  • Peranan Mahasiswa
  • Keamanan Dunia
  • Ekonomi Dan Pendidikan
  • Kepelbagaian Budaya
  • Pendidikan Dan Peluang Pekerjaan
  • Kerjasama Antara Negara
  • Kepentingan Bahasa
  • Isu Kemanusiaan Dan Hak Asasi
  • Kesaksamaan Gender
  • Memperkasa Budaya Membaca Belia
1      Tarikh Tutup Penyertaan : 12 November 2018

1

via Blogger https://ift.tt/2Fkj8Xu https://ift.tt/2qKwX7A

Library Customer Day 2018 Comeback

Assalammualaikum w.b.t dan Salam UiTM dihatik
LIBRARY CUSTOMER DAY COMEBACK
Makluman kepada semua pelajar uitm, pihak PTAR Sains dan Teknologi serta PTAR Kejuruteraan akan mengadakan berapa aktiviti sempena customer day. Antaranya adalah :
*Pidato*
*Forum Belia*
*Bacaan Naskhah Jawi*
*Giant Library Board games*
*Publisher Talk*
🗓: 14/11/2018
9.00am-4.30pm
Aras 4, PTAR Sains dan Teknologi
(Terbuka kepada semua fakulti)
Anda mempunyai bakat dalam *BERPIDATO, FORUM BELIA DAN BACAAN NASKHAH JAWI
ANDA LAH KAMI CARI !!!
Pelbagai hadiah yang menarik menanti anda
Sijil penyertaan disediakan
*BERMINAT? Anda perlu scan barcode/tekan link dibawah untuk daftar*
*Tarikh penyertaan sebelum atau pada 12/11/2018*
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Zahira ( www.wasap.my/60139575679 )
Nurul ( www.wasap.my/601139590048 )
*With knowledge We lead*
Google Docs
LIBRARY CUSTOMER DAY 2018
ANJURAN : PTAR SAINS & TEKNOLOGI (PST) DAN PTAR KEJURUTERAAN (PKEJ)

via Blogger https://ift.tt/2zAD2Y6 https://ift.tt/2SX3hAQ