Program Siri Wacana Kursi Istitusi Raja-Raja Melayu

PROGRAM SIRI WACANA KURSI ISTITUSI RAJA-RAJA MELAYU
TARIKH: 12 JULAI 2019
TEMPAT: PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK
ANJURAN BERSAMA PTAR & KURSI INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU UITM

Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM secara rasminya mula beroperasi pada 2 Julai 2018 setelah diluluskan penubuhannya melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan mendapat perkenan dari Majlis Raja-Raja. Kursi berperanan dalam memupuk kesedaran kepada masyarakat dengan memberi kefahaman yang jelas dan tepat berkaitan Raja-Raja Melayu seterusnya mendaulatkan Institusi Raja- Raja Melayu.

Objektif Program:-
a) Memperkembangkan dan memanfaatkan peranan Kursi kepada Warga UiTM
b) Menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Canselor Universiti Teknologi MARA sempena Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-90 supaya UiTM mendaulatkan Institusi Raja-Raja Melayu agar sebati dalam jiwa golongan anak muda.
c) Menyokong Program Read@Uni bagi membudayakan warga yang membaca dan mencintai ilmu.
Perkongsian ilmu bersama Warga PTAR tentang kepentingan memahami sejarah, Perlembagaan Persekutuan dan peranan Raja-Raja Melayu. Warga PTAR juga berpeluang untuk berinteraksi dengan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling dan bersoal jawab berhubung perkara-perkara yang berkaitan Institusi Raja- Raja Melayu

Like & Follow Us


via Blogger https://ift.tt/2NWXr3Q https://ift.tt/32lj1Cs

Pertandingan Sudut Bacaan (Reading Corner) Di Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Universiti Teknologi Mara Shah Alam

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam akan mengadakan Pertandingan Sudut Bacaan di semua Pusat Tanggungjawab Universiti Teknologi MARA. Penganjuran pertandingan ini selaras dengan lnisiatif Kecemerlangan Universiti melalui Amanat Naib Canselor 2019 iaitu merancakkan budaya membaca dengan memperbanyakkan ‘Reading Corner’ di UiTM. Untuk makluman, PTAR telah mernbentangkan Pelaksanaan Program Read@Uni Peringkat Universiti Teknologi MARA di dalam Mesyuarat Senat Ke-245 pada 9 Mei 2019 yang memberi penekanan kepada penglibatan semua Kampus, Fakulti dan lain-lain Pusat Tanggungjawab bagi program ini.


Sudut bacaan merupakan ruang yang disediakan dan dimanfaatkan sebagai perpustakaan mini yang selesa serta santai bagi menyemarakkan budaya membaca. Objektif utama pertandingan ini adalah bagi mengadakan satu sudut bacaan di lokasi strategik di setiap Pusat Tanggungjawab UiTM Shah Alam dengan dilengkapi kemudahan dan koleksi bahan bacaan. Adalah diharapkan dengan pengwujudan sudut bacaan ini nanti dapat menyokong Program Penggiatan Budaya Membaca untuk menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang tahun 2030.


1.0 PENDAHULUAN

Sudut bacaan (reading corner) merupakan ruang yang disediakan atau sudut kosong yang dimanfaatkan sebagai perpustakaan mini yang selesa dan santai bagi menyemarakkan budaya membaca. Melalui Amanat Naib Canselor pada 14 Mac 2019 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM, Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim melalui Inisiatif Kecemerlangan Ketiga bagi merancakkan budaya membaca di Universiti Teknologi MARA mengemukakan empat cadangan iaitu mengiatkan inisiatif Read@Uni, memperbanyakkan reading corner, menambah ruang bacaan 24 jam dan memperkasa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) sebagai digital library. Selaras dengan Inisiatif kecemerlangan tersebut Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) berusaha merealisasikan amanat tersebut melalui transformasi dan lonjakan perkhidmatan sebagai salah satu penambahbaikan kemudahan bagi menyediakan ruang baharu yang selesa kepada pengguna.


2.0 OBJEKTIF

i. Mengadakan satu sudut bacaan di lokasi strategik dengan dilengkapi kemudahan dan koleksi bahan bacaan di semua Pusat Tanggungjawab UiTM Shah Alam

ii. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan.

iii. Menggalakkan penyertaan semua Pusat Tanggungjawab terhadap kempen Read@Uni Universiti Teknologi MARA.

iv. Menyokong Program Penggiatan Budaya Membaca untuk menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang tahun 2030.

3.0  SYARAT-SYARAT PERYERTAAN ‘READING CORNER’

a. Penyertaan terbuka kepada seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Teknologi MARA kecuali Perpustakaan Tun Abdul Razak.

b. Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori:
– Kategori Jabatan/ Bahagian/ Unit
– Kategori Fakulti/ Pusat Pengajian
– Kategori Kolej Kediaman

c. Mematuhi semua kriteria pertandingan yang melibatkan pemilihan lokasi, ruang, konsep, medium simpanan, susunan bahan, kemudahan, peralatan dan koleksi bahan bacaan.

d. Segala kos penyertaan dan pembangunan sudut bacaan adalah ditanggung sendiri oleh Pusat Tanggungjawab.

e. Pertandingan ini akan berlangsung selama tiga (3) bulan bermula 1 Jun 2019 sehingga 31 Ogos 2019.

f. Memaparkan slogan dan tema berikut: 
“with knowledge we lead”  –  #read@uni
#malaysiamembaca   –  #uitmmembaca

g. Keputusan para hakim dalam mengadili pertandingan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak dilayan.

h. Penyertaan pertandingan hanya dianggap sah apabila pihak urusetia menerima permohonan rasmi melalui kaedah berikut:
• Muatnaik maksimum lima (5) gambar sudut bacaan di media sosial Facebook Perpustakaanuitm: http://bit.ly/2KwCs5u 
• Menyertakan maklumat yang jelas: 
– Nama Peserta (Pegawai bertanggungjawab)
– Lokasi dan alamat sudut bacaan
– Nama sudut bacaan
– No. Telefon

“with knowledge we lead”


#read@uni
#malaysiamembaca #uitmmembaca

* Sebarang pertanyaan dan maklumbalas sila hubungi:
 Jawatankuasa Read@Uni
 Perpustakaan Tun Abdul Razak
 Universiti Teknologi MARA
 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 
 Tel: 03-5544 3765

via Blogger http://bit.ly/2N4v7fA http://bit.ly/2KAtZOY

Program Library Outreach@PTAR Alam Bina


Perpustakaan Tun Abdul Razak Alam Bina dengan kerjasama Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) telah  menganjurkan Program Library Outreach@PTAR di PTAR Alam Bina,  Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur pada 19 Jun 2019 (Rabu).

Program Library Outreach@PTAR diadakan adalah untuk mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan kepada warga universiti. Ia juga bagi mempergiatkan aktiviti galakan membaca di kalangan warga universiti dengan slogan “ With Knowledge We Lead”
Pelbagai program telah diadakan bagi memperkenalkan Perkhidmatan terkini PTAR
09.00 pagi – 09.30 pagi    Pendaftaran Peserta

09.30 pagi – 10.00 pagi    Perkhidmatan dan Kemudahan PTAR (LOP 104) Oleh : CIk Syakirah Abd Khalid

10.00 pagi – 10.30 pagi    Proses Cadangan Pembelian Bahan Perpustakaan Menggunakan Sistem WILS (LOP 100) Oleh: Puan Siti Salwa Abdul Rahman

10.30 pagi – 11.30 pagi    pengurusan rekod university (LOP 102) Oleh: Encik Mohd Hazrul Mohd Hussin

09.30 pagi – 12.00 tgh    Program Book2U (para pengujung boleh memilih buku mana yang mereka hendak pinjam)




Program Library Outreach@PTAR Alam Bina
#libraryuitm  #libraryoutreach #readatuni #malaysiamembaca



Like and follow us
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://perpustakaanuitm.blogspot.my/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm

via Blogger http://bit.ly/2Kpmfzf http://bit.ly/2WVkdIB

Program Library Outreach@PTAR Alam Bina


Perpustakaan Tun Abdul Razak Alam Bina dengan kerjasama Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) telah  menganjurkan Program Library Outreach@PTAR di PTAR Alam Bina,  Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur pada 19 Jun 2019 (Rabu).

Program Library Outreach@PTAR diadakan adalah untuk mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan kepada warga universiti. Ia juga bagi mempergiatkan aktiviti galakan membaca di kalangan warga universiti dengan slogan “ With Knowledge We Lead”
Pelbagai program telah diadakan bagi memperkenalkan Perkhidmatan terkini PTAR
09.00 pagi – 09.30 pagi    Pendaftaran Peserta

09.30 pagi – 10.00 pagi    Perkhidmatan dan Kemudahan PTAR (LOP 104) Oleh : CIk Syakirah Abd Khalid

10.00 pagi – 10.30 pagi    Proses Cadangan Pembelian Bahan Perpustakaan Menggunakan Sistem WILS (LOP 100) Oleh: Puan Siti Salwa Abdul Rahman

10.30 pagi – 11.30 pagi    pengurusan rekod university (LOP 102) Oleh: Encik Mohd Hazrul Mohd Hussin

09.30 pagi – 12.00 tgh    Program Book2U (para pengujung boleh memilih buku mana yang mereka hendak pinjam)




Program Library Outreach@PTAR Alam Bina
#libraryuitm  #libraryoutreach #readatuni #malaysiamembaca



Like and follow us
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://perpustakaanuitm.blogspot.my/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm

via Blogger http://bit.ly/2Kpmfzf http://bit.ly/2WVkdIB

Bengkel Pembangunan Modul Bacaan Pantas (Speed Reading)

Bengkel Pembangunan Modul Bacaan Pantas (Speed Reading)

Tarikh: 17-18 Jun 2019
Masa: 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat: Bilik Seminar , PTAR 1 , UiTM Shah
Alam
Peserta: Ahli Jawatankuasa Speed Reading
Perpustakaan UiTM
Membaca adalah suatu kemahiran yang diperlukan
oleh setiap manusia kerana inilah kunci kepada semua dasar ilmu pengetahuan.
Membaca dengan kelajuan yang cepat membolehkan seseorang menambahkan
pengetahuan secara berganda meskipun masa bacaan yang diambil sama seperti
biasa.
Bacaan pantas merupakan teknik bacaan yang
mudah dipelajari serta boleh dipraktikkan melalui latihan yang sistematik.
Bengkel ini diharapkan dapat membentuk masyarakat ilmu bertaraf dunia dengan
tumpuan membaca untuk pengetahuan dan pembudayaan amalan membaca.

Antara Objektif bengkel adalah:

a) Menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran modul speed reading
b) Membina pasukan pakar di kalangan kakitangan perpustakaan dalam bidang pembacaan dan  pengurusan program galakan membaca.
c) Menggalakkan pembacaan di kalangan peserta serta membina kompetensi pembacaan.

via Blogger http://bit.ly/2L1KUJt http://bit.ly/2Fg3WIA

READ@UNI BIL. 2, JUN 2019 : When Breath Becomes Air

Sejajar dengan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia, untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030, penerbitan Read@Uni memaparkan maklumat dan ringkasan buku yang dipilih sebagai memaklumkan buku-buku yang ada di pasaran iaitu terbitan bercetak dan elektronik. Ini juga sebagai satu usaha meningkatkan budaya membaca di kalangan warga universiti. Bersama-sama ini disertakan Read@Uni Bil. 2, Jun 2019.





Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pustakawan:

PUAN JAZ NORFAZUNA BINTI JAAFAR
Pustakawan
Bahagian Perkhidmatan Maklumat
Perpustakaan Tun Abdul Razak 
UiTM Shah Alam
No. Tel. : 03-55211701/03-55438581
E-mel : norfazuna2335@salam.uitm.edu.my 




Sekian, Terima kasih

Unit Komunikasi Korporat
Perpustakaan Tun Abdul Razak
UiTM Shah Alam
 

Like and follow us
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://perpustakaanuitm.blogspot.my/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm

via Blogger http://bit.ly/2ImS7C4 http://bit.ly/2XUBqTX

Suasana sekitar program World Quran Hour di Perpustakaan UiTM

PTAR SHAH ALAM 30 Mei2019 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) turut sama menyambut Program World#QuranHour (WQH) yang diadakan serentak di seluruh dunia pada hari ini jam 12 tengahari hingga 1 petang di Bilik Seminar, PTAR Utama melibatkan semua pegawai dan kakitangan.

Semoga program murni yang dianjurkan ini dapat diterapkan oleh semua kakitangan PTAR untuk menjadikan bacaan Quran ini sebagai budaya harian dan sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan usaha murni ini. Semoga usaha ini diberkati Allah

Suasana sekitar program World Quran Hour di Bilik Seminar, PTAR Utama :

#quranhour #uitmmembaca #malaysiamembaca #libraryuitm

Like & Follow Us


via Blogger http://bit.ly/2YX6q5U http://bit.ly/2wuKvac