MINDA Nc Bil.2 September 2019

Minda NC memaparkan maklumat dan ringkasan koleksi buku atau bahan-bahan yang dibaca oleh Naib Canselor UiTM. Penerbitan Minda NC ini dibuat sekali sebulan ataupun setiap kali judul-judul buku dicadangkan sendiri oleh Naib Canselor atau diutarakan pada mesyuarat-mesyuarat utama UiTM. Sebaran penerbitan ini adalah melalui e-mel rasmi UiTM. Penerbitan ini diharapkan dapat berkongsi maklumat hasil pembacaan Naib Canselor UiTM dan seterusnya memupuk budaya membaca warga univerisiti.

Minda NC bilangan 2, September 2019 memetik sebuah buku yang telah dinyatakan oleh YBhg. Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM sempena Perhimpunan Dwi Bulanan Naib Canselor bersama Warga Universiti yang telah diadakan pada 11 September 2019. Bersama-sama ini disertakan Minda NC Bil. 2, September 2019.

Like & Follow Us

via Blogger https://ift.tt/31jMOKV https://ift.tt/304EYaM

Let’ Read together for 10 minutes

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam menjemput seluruh warga UiTM sama-sama dapat meluangkan masa hanya 10 minit 
bagi program “Lets Read together for 10 minutes”

Tuan/puan juga boleh “Snap & Share” gambar tuan/puan ke media sosial PTAR beserta “caption”.

“with Knowledge We Lead”
#Read@Uni
#MalaysiaMembaca
#UiTMmembaca#uitmRead
#readatuni

Semoga bermanfaat pada semua

Like & Follow Us

https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm

via Blogger http://bit.ly/2IAwFuK http://bit.ly/2XBRsl7

Program Bicara Buku Bersama Prof. Madya Dr. Nurhidayah Muhamad Hashim

Program Bicara Buku Bersama Prof. Madya Dr. Nurhidayah Muhamad Hashim
Read@Uni ” With Knowledge We Lead”
Tarikh: 19 April 2019 
Tempat: Auditorium Cempaka 1, Bangunan Pejabat Dekan (Fakulti Undang-Undang)
Anjuran Bersama PTAR Undang-Undang & Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam

Program Bicara Buku adalah merupakan aktiviti penggiatan budaya membaca melalui sesi perkongsian ilmu bersama penulis. Program Bicara Buku pada kali ini akan mengupas buku bertajuk Sebelum dan Selepas Ijab dan Qabul: Perspektif Undang-undang yang telah mengangkat nama *Prof. Madya Dr. Nurhidayah Muhamad Hashim sebagai Pemenang  Anugerah Buku Negara 2019 bagi kategori Buku Umum Terbaik (Kategori Undang-undang Islam).

Sebelum dan Sesudah Ijab & Kabul: Perspektif Undang-undang menawarkan pengisian ilmu yang komprehensif berkenaan dunia perkahwinan bermula daripada saat sebelum melangsungkan perkahwinan sehinggalah sesudah berkahwin. Cakupan daripada perspektif perundangan khususnya perundangan syariah telah diolah dengan gaya bahasa yang mudah dan bermaklumat bagi manfaat pembaca.

Buku ini bukan sekadar mengupas soal permasalahan suami isteri, hak dan tanggungjawab, tetapi turut menyediakan latar situasi dan penyelesaian dari aspek persediaan sebelum perkahwinan, semasa perkahwinan, juga pascaperkahwinan. Ketahui hak dan tanggungjawab pasangan suami isteri, juga ahli-ahli keluarga seluruhnya apabila berdepan pelbagai situasi dalam perkahwinan.

#Read@Uni# #Malaysiamembaca #UiTMmembaca #KolaborasiPenerbit

via Blogger http://bit.ly/2Ij0SOP http://bit.ly/2XfYLih

Amanah, rajin membaca dan teladani budaya Jepun – Dr Maszlee

TANGKAK 1 Jan. – Sentiasa amanah, rajin membaca dan teladani budaya masyarakat  Jepun merupakan nasihat Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kepada pelajar yang memulakan sesi persekolahan mereka hari ini.

Membahasakan dirinya sebagai ‘pak cik’ ketika berucap di hadapan pelajar Sekolah Kebangsaan Ledang ketika mengadakan lawatan ke sekolah itu hari ini, beliau berkata, ketika berumur lapan tahun, beliau mengenali seorang posmen yang menjadi adiwiranya dalam mengajar erti sebuah amanah.

“Suatu hari posmen ini kena langgar dengan lori sampai luka parah dan dibawa ke hospital untuk dirawat, walaupun ketika dirawat serta lukanya dibalut posmen ini masih menggenggam surat yang diamanahkannya untuk dihantar dan enggan melepaskan surat itu.

“Hinggalah ketuanya datang ke hospital barulah posmen itu bagi surat itu kepada ketuanya. Anak-anak sekalian kena jadi amanah, sentiasa tunaikan amanah kepada mak dan ayah yang hantar ke sekolah untuk belajar, sentiasa dengar cakap cikgu dan belajar sungguh-sungguh,” katanya di sini.

Beliau berkata, membaca buku juga perlu dijadikan amalan bagi setiap pelajar untuk menimba ilmu, justeru selain guru, ibu bapa juga perlu memainkan peranan menerapkan budaya membaca dalam kalangan anak mereka sendiri.

Maszlee berkata, buku perlu dilihat sebagai sebuah pelaburan untuk anak mereka menimba ilmu dan tidak lokek mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli buku yang memberi faedah kepada perkembangan  minda anak-anak mereka.

“Ibu bapa bila lihat anak balik sekolah boleh periksa sama ada anak mereka pinjam buku di perpustakaan atau tidak, jika tidak pinjam tanya kenapa dan galakkan anak mereka untuk meminjam buku di perpustakaan,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, budaya membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh yang diserap masyarakat Jepun kepada anak-anak mereka juga perlu diteladani masyarakat di negara ini dan beliau melihatnya sendiri ketika melawat negara itu baru-baru ini.

Katanya, pelajar Jepun melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh baik dari segi belajar ataupun bersukan, malah mempunyai semangat maju bersama yang amat baik untuk diteladani pelajar di negara ini.

“Bila main bola tendang tak masuk (gol), kawan dia bagi semangat lagi sampai boleh masuk (gol). Inilah budaya rakyat Jepun, mereka belajar sungguh-sungguh sukan pun sungguh-sungguh. Anak-anak sekalian boleh jadi macam orang Jepun,” katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita Maszlee berkata, pelajar Tahap 1 tahun ini akan memulakan pentaksiran bukan berasaskan peperiksaan dan diharap mekanisme itu dapat membantu  guru memfokuskan usaha membentuk pelajar mereka menjadi lebih cemerlang.

“Ini saya harap para guru dapat menumpukan usaha pembelajaran bagi meningkatkan kemenjadian  pelajar itu (dengan) lebih waktu diberikan mendidik mereka, kepada ibu bapa gunakan waktu ada menggalakkan pembacaan (anak mereka) dan meneroka ilmu yang baharu,” katanya.-Bernama

Sumber : http://www.utusan.com.my/pendidikan/amanah-rajin-membaca-dan-teladani-budaya-jepun-maszlee-1.813936#ixzz5bRglDBLb
© Utusan Melayu (M) Bhd

via Blogger http://bit.ly/2R0H2N7 http://bit.ly/2BV2RDk

Bicara Program : Read@Uni

Bicara Program :   Read@Uni
Lokasi : PerpustakaanTun Abdul Razak Utama , UiTM Shah Alam
Waktu :  3.00 – 4.00 petang

Bicara Program mengenai aktiviti Read@Uni yang diilhamkan oleh KPT. Sesi ini akan dibawa secara langsung melalui FBLive.

via Blogger https://ift.tt/2TtJOrU https://ift.tt/2A5uSqK