Pameran Legasi Raja-Raja Melayu di Galeri PTAR



Pameran Legasi Raja-Raja Melayu adalah berkenaan Raja Kita bagi mengungkap sejarah institusi diraja sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16. Selain itu, pameran ini juga berkisar tentang struktur pentadbiran selain memartabatkan institusi raja dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, memahami penubuhan Majlis Raja-raja dan konsep Raja Berperlembagaan untuk terus dipelihara hingga ke generasi akan datang.

Pameran ini berlangsung dari 07 Oktober 2019 – 07 November 2019. Terdapat juga artifak-artifak seperti replika Batu Bersurat, Batu Nisan Acheh dan pelbagai jenis tengkolok mengikut Raja-raja negeri.

“Sertai KUIZ Pameran Legasi Raja-Raja Melayu sekarang di Galeri PTAR. Hadiah menarik menanti ANDA”






Like & Follow Us



via Blogger https://ift.tt/2MWRwbw https://ift.tt/32yaiMZ