PTAR Mendapat Anugerah Gangsa Bagi Kategori Pentadbiran di Simposium Kecemerlangan Operasi (OE) 2017

Simposium Kecemerlangan Operasi anjuran InQKA telah diadakan pada 15 Ogos 2017 bertempat di Intekma Resort & Convention Centre. Sebanyak sembilan jabatan telah mengambil bahagian dalam Sesi Perkongsian Ilmu mengenai projek kecemerlangan operasi masing-masing. PTAR telah membentangkan Projek Langganan Pangkalan Data Atas Talian (PDAT) yang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Pembangunan Bahan, Encik Zulkilfi Ismail. Objektif projek ini adalah:

1. Mempercepatkan tempoh masa proses langganan PDAT baharu bagi memastikan pengguna universiti dapat menggunakan bahan rujukan untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UiTM.

2. Memenuhi aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia  yang   berkonsepkan 3A (Anywhere, Anytime, Anyone).

Sasaran projek ini adalah untuk memendekkan tempoh proses langganan PDAT dari 378 hari kepada 168 hari yang melibatkan penambahbaikan sebanyak 56% atau pengurangan tempoh proses sebanyak 220 hari. Impak daripada projek ini adalah :

1. Penjimatan masa proses langganan PDAT baharu sebanyak 56%
2. Penjimatan kos sebanyak RM 29,400.00 (56%)
3. Pemantauan proses langganan menggunakan sistem perpustakaan
4. Pematuhan kepada prosedur perolehan kerajaan/badan berkanun

PTAR telah mendapat Anugerah Gangsa bagi Kategori Pentadbiran dan telah membawa pulang sebuah piala beserta sijil anugerah yang disampaikan oleh YBhg. Naib Canselor UiTM.

via Blogger http://ift.tt/2x9ZlAT http://ift.tt/2wglhxQ

Advertisements