Tahniah PTAR Johan Kategori Kewangan (Proses Pembayaran Perpustakaan) Simposium Kecemerlangan Operasi

Tahniah diucapkan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) kerana telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Kewangan (Proses Pembayaran Perpustakaan) di Simposium Kecemerlangan Operasi (OE) yang telah berlangsung pada 15 okt 2018 bertempat di Intekma Resort & Convention Centre,Shah Alam.






Semoga kejayaan ini akan berterusan pada tahun yang mendatang!






Like & Follow Us

via Blogger https://ift.tt/2NHIflV https://ift.tt/2pU7bgs

Simposium Kecemerlangan Operasi (OE)

Pada tahun ini PTAR telah menjalankan tiga projek inisiatif kecemerlangan operasi atau OE yang memberi fokus utama iaitu :

  • Proses Pembayaran Perpustakaan
  • Proses Penerimaan Bahan Perpustakaan
  • Proses Semakan Bahan Silibus
Projek Inisiatif yang pertama telah dipilih untuk dipersembahkan kepada hadirin yang hadir.


Tarikh : 15 Okt 2018 ( ISNIN )
Masa : 8.00pg – 1.00tgh
Tempat : Intekma

https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm 

via Blogger https://ift.tt/2OrGZZe https://ift.tt/2IWo6I0

PTAR Mendapat Anugerah Gangsa Bagi Kategori Pentadbiran di Simposium Kecemerlangan Operasi (OE) 2017

Simposium Kecemerlangan Operasi anjuran InQKA telah diadakan pada 15 Ogos 2017 bertempat di Intekma Resort & Convention Centre. Sebanyak sembilan jabatan telah mengambil bahagian dalam Sesi Perkongsian Ilmu mengenai projek kecemerlangan operasi masing-masing. PTAR telah membentangkan Projek Langganan Pangkalan Data Atas Talian (PDAT) yang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Pembangunan Bahan, Encik Zulkilfi Ismail. Objektif projek ini adalah:

1. Mempercepatkan tempoh masa proses langganan PDAT baharu bagi memastikan pengguna universiti dapat menggunakan bahan rujukan untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UiTM.

2. Memenuhi aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia  yang   berkonsepkan 3A (Anywhere, Anytime, Anyone).

Sasaran projek ini adalah untuk memendekkan tempoh proses langganan PDAT dari 378 hari kepada 168 hari yang melibatkan penambahbaikan sebanyak 56% atau pengurangan tempoh proses sebanyak 220 hari. Impak daripada projek ini adalah :

1. Penjimatan masa proses langganan PDAT baharu sebanyak 56%
2. Penjimatan kos sebanyak RM 29,400.00 (56%)
3. Pemantauan proses langganan menggunakan sistem perpustakaan
4. Pematuhan kepada prosedur perolehan kerajaan/badan berkanun

PTAR telah mendapat Anugerah Gangsa bagi Kategori Pentadbiran dan telah membawa pulang sebuah piala beserta sijil anugerah yang disampaikan oleh YBhg. Naib Canselor UiTM.

via Blogger http://ift.tt/2x9ZlAT http://ift.tt/2wglhxQ