Taklimat lawatan kepada pelajar Universitas Airlangga (UNAIR), Surabaya Indonesia

Pada 17 Julai 2017  satu taklimat lawatan kepada pelajar luar negara iaitu daripada Universitas Airlangga (UNAIR) Surabaya, Indonesia telah diadakan . Pelajar ini juga akan menjalani program Internship di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Shah Alam dari 17 Julai hingga 8 Ogos 2017.  


Mereka terdiri dari 8 orang pelajar Sarjana Muda serta seorang Pensyarah dari Jabatan Perpustakaan & Maklumat, Fakulti Sosial dan Sains Politik UNAIR. Program ini adalah hasil kerjasama PTAR , OIA, Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) UiTM dan UNAIR, Surabaya, Indonesia.





via Blogger http://ift.tt/2uFbD6E http://ift.tt/2thHq9V

EDU-CULT Mobility Programme Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia

Lawatan dari Universitas negeri Yogyakarta, Indonesia yang dikendalikan oleh Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam ke Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama. Sesi lawatan dikendalikan oleh Encik Ahmad Faizar, Pustakawan Kanan, Bahagian Perhubungan Korporat PTAR

13 December – 20 December 2016
Fakulty Of Applied Sciences
UiTM Shah Alam

via Blogger http://ift.tt/2hYfy5F http://ift.tt/2hT8U3s

Lawatan kerja PTAR ke Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM

    Staf dari Jabatan Pembangunan Bahan Perpustakaan dan Pustakawan Katalog Perpustakaan Fakulti telah mengadakan lawatan kerja Ke Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM bagi berkongsi maklumat mengenai standard pengkatalogan Resource Description & Access (RDA). Maklumat lawatan yang diadakan adalah seperti berikut:



Tarikh :  1hb. Mac 2016 

Hari : Selasa
Masa :  09.15 pagi – 3.00 petang 
Bil. Peserta :  28 orang 

via Blogger http://ift.tt/1U6k0xi http://ift.tt/eA8V8J

Lawatan Penandaarasan INCEIF ke PTAR

Shah Alam, 7 Januari 2016 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima lawatan dari Knowledge Management Centre, International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF). Lawatan yang diwakili oleh dua orang dari INCEIF ini diiringi oleh Pegawai dari Bahagian Pengurusan Koleksi PTAR iaitu Pn Noraishah Abdullah (Pustakawan Tingkatan Kanan). Dua orang delegasi dari INCEIF adalah Cik Khairun Nisa Kamal dan Encik Ahmad Yusri Yusoff. Turut sama dalam proses kelancaran dan penyampaian informasi kepada pelawat tersebut adalah En Fahizan Hamid (Pustakawan) dan Pn Nurul Aida Noor Azizi (Pustakawan).

Secara am-nya tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat berkenaan proses penilaian koleksi di bahagian Pengurusan Koleksi disamping mempelajari dan mendapatkan maklumat berkenaan amalan dan proses kerja di bahagian Pengurusan Koleksi.

    via Blogger http://ift.tt/1S5DkuP http://ift.tt/eA8V8J