Kursus Asas Pengurusan Fail Dan Rekod Bagi Staf Pelaksana Perpustakaan Tun Abdul Razak

Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Fail dan Rekod bagi Staf Pelaksana Perpustakaan Tun Abdul Razak pada :


Tarikh : 9 November 2017
Masa :  8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PTAR
Peserta kursus : 33 orang


Penceramah:        
1) Pn. Azniza Mohamad Nor
2) Encik Abdul Razak Abdul Rahman


Objektif kursus ini diadakan bertujuan untuk :-
a. Mengenalpasti konsep dan perundangan pengurusan rekod mengikut Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629)
b. Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
c. Mengaplikasi proses pengurusan fail dan rekod dengan betul mengikut piawaian dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.




follow us;

via Blogger http://ift.tt/2zHGGC7 http://ift.tt/2ztPg6g

Advertisements

KURSUS INTERNATIONAL STANDARD BOOK NUMBER (ISBN)


Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Akademik, Perpustakaan Tun Abdul Razak akan menganjurkan Kursus International Standard Book Number (ISBN) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pustakawan  tentang cara-cara permohonan dan penggunaan ISBN dan ISSN, katalog dalam penerbitan dan penerangan tentang akta yang berkaitan. Seramai 60 orang pustakawan sekitar Shah Alam akan menghadiri kursus ini. Besar harapan pihak kami jika kursus ini dapat dijalankan lancar.Mudah-mudahan kursus akan memberi banyak pengetahuan dan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan PTAR.

Kursus akan dijalankan pada ketetapan berikut:

Tarikh         :  28 Jun 2012
Hari        :  Khamis
Masa        :  8.30 pagi – 1.00 tengahari
Tempat    :  Bilik Seminar, Perpustakaan Tun Abdul Razak 1
Peserta    :  60 orang peserta sahaja

Penceramah  :
Pn.Izlin Bt Ahmad, Penolong Pengarah daripada Pusat Bibliografi Negara

En.Tamimi Bin Taib, Penolong Pengarah daripada Pusat Penyerahan Terbitan Negara

20120628kursusisbn