Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Negeri Perak

Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak dan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA Kampus Cawangan Perak akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Negeri Perak pada 13hb-15hb Julai 2010 bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh Perak.

Sebanyak 7 kertas kerja akan dibentangkan pada sesi bengkel yang bertemakan  ‘Pusat Sumber Cemerlang Penjana Generasi Gemilang’. Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Negeri Perak ini akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Madya Sr. Hj. Mohd Fisal bin Ishak.    

Penganjuran pada kali ini akan melengkapkan pusingan penganjuran bengkel pengurusan pusat sumber sekolah-sekolah menengah untuk seluruh negeri di Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.  Besarlah harapan kami di pihak penganjur semoga bengkel yang dianjurkan sebanyak 2 kali setahun ini dapat memberikan maklumat, pengetahuan dan pendedahan kepada guru-guru penyelaras pusat sumber khasnya supaya lebih cekap dalam mengurus tadbir pusat sumber sekolah masing-masing.

 

 

Advertisements