Bengkel Keserakanan dan Kesepunyaan Bidang Data dan Maklumat, Perpustakaan Universiti Awam



Tarikh:    19 hingga 20 April 2017

Tempat:    Bilik Seminar, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Utama

Peserta:

Ketua Pustakawan & Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan Universiti Awam

Penceramah Jemputan:    
Dato’ Prof. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi
Dekan Pengurusan Akademik dan Antarabangsa, UPNM
Pengerusi Garis Panduan Kesepunyaan dan Keserakanan



    Objektif


    1. Mengoptimumkan penggunaan, menyebarluas data dan maklumat negara di
      peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan seterusnya menjimatkan kos
      dalam pengurusan data dan maklumat.
    2. Memantapkan tadbir urus data dan sumber maklumat secara lebih bersepadu.
    3. Meningkatkan kerjasama perkongsian sumber maklumat
    4. Meningkatkan visibility bahan penerbitan universiti.

      like and follow us
      https://twitter.com/ptaruitm
      http://ift.tt/2jCnFZP
      http://ift.tt/2iEqKEx
      https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm

    via Blogger http://ift.tt/2oDa2ZO http://ift.tt/2p9zDMW

    Advertisements

    SEBANYAK 12,358 PERPUSTAKAAN AKAN DITRANSFOMASIKAN


    Ahmad Maslan (dua dari kiri) bersama Ketua Pustakawan Universiti Teknologi Mara, Noor Hidayat Adnan (dua dari kanan) dan Raslin Abu Bakar (kiri) mencuba kiosk pinjaman buku pada pameran dan majlis perasmian Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia di Melaka, semalam.

    MELAKA 26 Ogos – Sebanyak 12,358 perpustakaan di seluruh negara akan ditransformasi bagi menepati tuntutan era digital bagi menarik minat lebih ramai generasi muda.

    Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, wajah baharu perpustakaan perlu dilakukan segera dalam usaha meningkatkan skop perkhidmatan, penyelidikan, teknologi berkomputer dan maklumat (ICT) serta inovasi.

    Menurutnya, bagi tujuan itu kementerian akan membantu menyalurkan peruntukan kewangan supaya hasrat memastikan perpustakaan menjadi lokasi mendapatkan sebarang maklumat dapat direalisasikan.

    “Bukan sahaja perpustakaan akan berwajah baharu dari segi peranannya selepas ini, malah pustakawan juga akan ditransformasikan menjadi lebih efisien.

    “Sehubungan itu, saya meminta seluruh perpustakaan memberi pandangan dan cadangan untuk kerajaan menjadikan perpustakaan lebih menarik sekali gus menarik menarik minat rakyat berkunjung,” katanya.

    Beliau berucap merasmikan Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia 2013 di sini hari ini.
    Seminar tiga hari bermula semalam itu bertemakan Transformasi Perpustakaan dan Perubahan Budaya: Peranan Pustakawan.

    Yang turut hadir, Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Prof. Madya Dr. Mohd. Shariff Mohd. Saad dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar.
    Ahmad berkata, peranan dan tugas pustakawan perlu berubah selaras perkembangan era digital masa kini.

    Jelasnya, pustakawan harus lebih peka mendalami pelbagai ilmu baharu di peringkat global supaya tidak jauh ketinggalan.

    “Pustakawan perlu membentuk diri mereka dalam era digital yang semakin berkembang di seluruh dunia,” katanya.

    Pustakawan, tambah beliau, turut berperanan sebagai penyedia, pengurus dan penyalur maklumat profesional selaras usaha menaik taraf perpustakaan di seluruh negara.

    Sumber Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130827/dn_14/12358-perpustakaan-akan-ditransformasi#ixzz2d9kzb4UB
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/08/sebanyak-12358-perpustakaan-akan.html