Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438H

Salam Aidil Fitri
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri  1438 H / 2017 H kepada seluruh warga UiTM.  Ikhlas dari Ketua Pustakawan serta seluruh warga kerja Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),  Maaf Zahir Batin   
#hariraya #aidilftri #salamlebaranUiTM

like and follow us

via Blogger http://ift.tt/2sNLwtZ http://ift.tt/2tnoQ0M

Lawatan Kerja Ketua Pustakawan UiTM ke Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Cawangan Johor

Lawatan Kerja dari Ketua Pustakawan PUiTM, Ybhg. En. Noor Hidayat Bin Adnan ke Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Cawangan Johor pada 27 Disember 2016. Turut serta bersama lawatan beliau adalah En. Jamaluddin Bin Sulaiman (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR).

Lawatan tersebut turut diraikan oleh wakil pihak pengurusan UiTM Cawangan Johor, YM Raja Dr Adzrin Binti Raja Ahmad (Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni) serta turut disertai oleh Pn. Rosnani Binti Abdul Razak (Timbalan Bendahari).  Pn. Hjh. Maznah Binti A Hamid (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTDI) turut memberikan taklimat berkenaan pencapaian PTDI sepanjang tahun 2016 ini.

Diharapkan dengan lawatan kerja ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara perpustakaan induk dengan perpustakaan cawangan disamping dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan perpustakaan dimasa hadapan.

Terima kasih kepada Ustaz Rafiuddin Bin Mohd Yusof (Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan) diatas kesudian memimpin bacaan doa serta En. Syamsyul Bin Samsudin (Pensyarah Kewangan) diatas kesudian memberi taklimat ringkas berkenaan dengan Trading Room.

Terima kasih juga kepada staf Perpustakaan Tun Dr Ismail diatas kerjasama terbaik yang diberikan dan tidak lupa juga kepada pelajar praktikal, Saudara Zaid, Saudara Fauzi, Saudari Wawa dan Saudari Fadilah diatas komitmen kalian semua.

via Blogger http://ift.tt/2i8LpQR http://ift.tt/2j7q8Lh

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1437H DARI WARGA PTAR

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1437H kepada seluruh warga UiTM. Ikhlas dari Ketua Pustakawan serta seluruh warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 : 
Maksudnya : “Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur”. 
Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 : 
Maksudnya: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu”. 
Sabda Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya : “Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”. (Hadis riwayat Tirmidzi)
sumber: Al-Azim blog

via Blogger http://ift.tt/2bWPrYp http://ift.tt/2bWPKT0