Speakers’ Corner UiTM Shah Alam

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam sesi 2018/2019 dengan kerjasama Kelab Sahabat PTAR dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) seluruh kampus Shah Alam akan mengadakan Speakers’ Corner yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh : 4 April 2019
Tempat : Lobi PTAR 1
Masa : 12.00PM – 2.00PM


Untuk makluman semua, pengucapan awam kali ini bertemakan MAHASISWA KELAS PERTAMA. Sehubungan dengan itu, para peserta hendaklah menyampaikan ucapan yang sesuai dengan tema yang telah ditetapkan.

Antara syarat lain :
1. Terbuka kepada semua mahasiswa UiTM Shah Alam sahaja.
2. Hanya 6 peserta akan dipilih untuk sesi kali ini.
3. Masa yang diberikan untuk seorang peserta adalah 7 – 10 minit.
4. Penggunaan PowerPoint Slides adalah dibenarkan.

Sekiranya berminat, sila daftarkan diri anda pada pautan di bawah:
https://goo.gl/forms/54efAhq4LG57UloB3

Seluruh mahasiswa dijemput untuk bersama-sama hadir dan mendengar pidato yang akan disampaikan oleh para peserta. Makanan turut disediakan.

Sekian, terima kasih.

“UNITY TOWARDS EMPOWERMENT”

Yang menjalankan amanah,

EXCO AKADEMIK & KERJAYA
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2018/2019

#UiTMDiHatiku
#MPP18/19
#UnityTowardsEmpowerment
#48United
#SpeakersCorner

via Blogger https://ift.tt/2TMbtmU https://ift.tt/2YwuQnn

Program Clean Trails di Bukit Batu Putih, Port Dickson

Kelab Sahabat PTAR telah mengadakan Program Clean Trails di Bukit Batu Putih, Port Dickson pada 27 Oktober 2018 (Sabtu) yang akan disertai oleh 35 orang pelajar.

Program ini bertemakan aktiviti riadah sambil memupuk pelajar dan orang awam untuk menjaga kebersihan alam semula jadi selain menikmati keindahannya.

Objektif program adalah untuk melatih dan mendedahkan pelajar kepada aktiviti bekerja dalam kumpulan, mewujudkan rasa tanggungjawab menjaga dan menikmati keindahan alam semula jadi serta menarik minat para pelajar UiTM untuk mengganggotai Kelab Sahabat PTAR.

Untuk makluman, Program ini akan turut disertai oleh Staf PTAR selaku Urusetia dan Pegawai Pengiring, iaitu:-

1. Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Kanan) – Bahagian Pengurusan Pelanggan dan Koleksi

2. Zayani Zakaria (Pembantu Pustakawan) – Bahagian Terbitan Bersiri & Sumber Elektronik

3. Anis Fadilah Zulkifli (Pembantu Pustakawan) – Unit Pembangunan dan Perkhidmatan Pangkalan Data

4. Rozita Binti Sharudin (Pembantu Pustakawan) – PTAR PST







Like & Follow Us


via Blogger https://ift.tt/2JqdVvK https://ift.tt/2D94twl

Mesyuarat Kelab Sahabat PTAR

Image may contain: text

PERHATIAN kepada ahli Kelab Sahabat PTAR @ FriendsTAR UiTM Shah AlamPihak kelab akan mengadakan MESYUARAT PERTAMA KELAB.

Butiran seperti berikut:
💞 Tarikh: 5 September 2018 💞 Hari: Rabu 💞 Masa: 8.30 malam 💞 Tempat: Dewan Seminar PTAR 1

Aktiviti: Lantikan setiausaha kelab Laporan aktiviti semester lepas Perancangan aktiviti semester baru Penyerahan sijil lantikan dan kad keahlian kepada semua ahli

Maklumat tambahan: Makanan disediakan Kupon aktiviti disediakan Kehadiran diambil dan akan dinilai sepanjang semester untuk penganugerahan ahli aktif

Kami berusaha sedaya upaya untuk menggerakkan kelab ini. Mohon kerjasama semua ahli untuk hadir.

Terima Kasih.
“Read,Lead,Succeed”
Syafiq Idris
Presiden
Kelab Sahabat PTAR @ FriendsTAR
UiTM Shah Alam

https://www.facebook.com/KelabSahabatPTAR/
http://library.uitm.edu.my/v4/index.php/en/ptar-about-us/friendstar


via Blogger https://ift.tt/2LZm3mA https://ift.tt/2Q7GiSn

CSR : Majlis IFTAR JAMA’IE @ Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin

Majlis IFTAR JAMA’IE anjuran Bahagian Pengurusan Pelanggan dan Koleksi, PTAR UiTM Shah Alam bersama Kelab Sahabat PTAR sempena Program Khidmat Masyarakat Ramadhan PTAR.

Memandangkan pada semester kali ini kita akan melalui bulan barakah, bulan Ramadhan, Kelab Sahabat PTAR ingin mengambil kesempatan yang ada untuk melakukan Program Khidmat Masyarakat kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang perihatin terhadap anak-anak kurang bernasib baik, tanpa mengira agama, pangkat dan sebagainya. Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan jurang diantara masyarakat dengan mahasiswa selain untuk mempraktikkan ilmu pengetahuan yang ada selama bergelar mahasiswa Universiti Teknologi MARA.

Di samping itu, dijangkakan program ini dapat memupuk nilai-nilai seorang pemimpin dalam diri para ahli jawatankuasa pelaksana seperti profesionalisme, berkeyakinan, berketerampilan dan juga semangat untuk berbakti kepada masyarakat.


Program ini akan diadakan pada 25 Mei 2018 bertempat di Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah
Batu 1 1/2 Sg. Pinang, Jalan Kapar, 41400 Kelang.

follow us;

via Blogger https://ift.tt/2kiUitP https://ift.tt/2x5frAL

Pengambilan Keahlian Friends @PTAR

Untuk makluman,
PTAR akan membentuk satu organisasi pelajar buat pertama kali iaitu Kelab friends@PTAR.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus :
Pn Nor Azwani : 013-632 3296
En Mohd Khairul Idzwan : 016-322 3905

Like & Follow Us

via Blogger http://ift.tt/2G12f0C http://ift.tt/2Fncknk