Jom Sertai Wacana Intelektual : Sistem Monarki Abad Ke-21

Tentatif Ringkas: 
28 November 2019 (Khamis)

Tajuk: Sistem Monarki Abad ke 21 dan Peranan Muzium Diraja dalam Menyokong Pemerkasaan Institusi Raja-Raja Melayu
Penceramah:
1. YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling – Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu
2. Puan Miti Fateema Sherzeella – Pengarah Muzium DiRaja

9:00 pagi – 12: 30 tengahari : Pameran
10:00 pagi – 11:30 pagi : Wacana Intelektual: Sistem Monarki Abad ke 21
11:30 pagi – 11:50 pagi: Sesi Soal Jawab
11:50 pagi – 12:30 tengahari: Penyampaian hadiah Kuiz Pameran Diraja



Objektif program adalah:

  • Memahami struktur pentadbiran selain memartabatkan institusi raja dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, memahami penubuhan Majlis Raja-raja serta Sistem Monarki.
  • Perkongsian ilmu dan pengalaman oleh pensyarah Fakulti Sains Gunaan serta judul-judul buku yang memberi inspirasi sepanjang kerjaya mereka dalam bidang Fizik.


Sehubungan dengan itu, PTAR sangat berbesar hati dan menjemput seluruh warga ke program wacana tersebut. Penyertaan kehadiran akan dimasukkan ke dalam jam latihan.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Like & Follow Us



via Blogger https://ift.tt/2s7Ohas https://ift.tt/2rg5Q7I

Kedaulatan Melayu, Siri Wacana Kursi Institusi Raja-Raja Melayu

Program Siri Wacana Ilmu Kursi Institusi Raja-Raja Melayu dengan tema ‘Kedaulatan Melayu’

Tarikh: 12 Julai 2019 (Jumaat)
Masa  : 8.30 pagi – 12.30 tenghari
Tempat: Bilik Seminar, PTAR Shah Alam
Anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) & Kursi Institusi Raja-Raja Melayu




Objektif Program:-
a) Memperkembangkan dan memanfaatkan peranan Kursi kepada Warga UiTM
b) Menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Canselor Universiti Teknologi MARA sempena Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-90 supaya UiTM mendaulatkan Institusi Raja-Raja Melayu agar sebati dalam jiwa golongan anak muda.
c) Menyokong Program Read@Uni bagi membudayakan warga yang membaca dan mencintai ilmu.
Perkongsian ilmu bersama Warga PTAR tentang kepentingan memahami sejarah, Perlembagaan Persekutuan dan peranan Raja-Raja Melayu. Warga PTAR juga berpeluang untuk berinteraksi dengan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling dan bersoal jawab berhubung perkara-perkara yang berkaitan Institusi Raja- Raja Melayu

 








Like and follow us
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://perpustakaanuitm.blogspot.my/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm

via Blogger https://ift.tt/2XYHRsu https://ift.tt/2XJaZ2T