Pameran Hari Pustakawan Malaysia

Hari Pustakawan  yang disambut setiap 6 Jun  di Malaysia adalah sebagai pengiktirafan kepada semua Pustakawan di negara yang menyemarakkan budaya keilmuan dalam Masyarakat Malaysia.

Profesyen Pustakawan di Malaysia telah wujud sejak 1922 dan kekal sehingga kini seiring dengan kewujudan perpustakaan

Sempena sambutan  Hari Pustakawan pada 6 Jun 2017, satu pameran berkisar tentang Pustakawan di adakan pada  sepanjang bulan Jun 2017 di Galeri Perpustakaan Tun Abdul Razak Shah Alam dan terbuka kepada semua.

Antara intipati pameran Jun 2017 adalah:


1) Buku, bibliografi tesis dan artikel  berkaitan Pustakawan di dalam koleksi Perpustakaan Tun Abdul Razak.

2) Mengenali beberapa tokoh Pustakawan :
   -Tokoh Pustakawan di Malaysia  yang telah memenangi Anugerah di dalam         dan luar negara                 
   -Tokoh Pustakwan luar negara

3) Berita Hari Pustakawan
4) Ketua-Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTM
5) Pengurusan Perpustakaan UiTM Pameran ini akan berlangsung selama               sebulan iaitu dari 5 Jun hingga 30 Jun 2017.


via Blogger http://ift.tt/2rGfL2z http://ift.tt/2qWcA9P

Advertisements