Pameran Legasi Raja-Raja Melayu di Galeri PTAR



Pameran Legasi Raja-Raja Melayu adalah berkenaan Raja Kita bagi mengungkap sejarah institusi diraja sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16. Selain itu, pameran ini juga berkisar tentang struktur pentadbiran selain memartabatkan institusi raja dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, memahami penubuhan Majlis Raja-raja dan konsep Raja Berperlembagaan untuk terus dipelihara hingga ke generasi akan datang.

Pameran ini berlangsung dari 07 Oktober 2019 – 07 November 2019. Terdapat juga artifak-artifak seperti replika Batu Bersurat, Batu Nisan Acheh dan pelbagai jenis tengkolok mengikut Raja-raja negeri.

“Sertai KUIZ Pameran Legasi Raja-Raja Melayu sekarang di Galeri PTAR. Hadiah menarik menanti ANDA”






Like & Follow Us



via Blogger https://ift.tt/2MWRwbw https://ift.tt/32yaiMZ

Pameran dan Ceramah Penjagaan Persekitaran Kita Amalan Mulia bersama SWCorp

Tajuk: Pameran Penjagaan Persekitaran Kita Amalan Mulia
Kebersihan ialah aset penting bagi menjamin keselesaan dan kualiti hidup yang sihat. Amalan menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran dapat memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa.

Justeru itu Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan usahasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp)  menganjurkan Pameran Penjagaan Persekitaran Kita Amalan Mulia. Pameran ini akan menfokuskan kepada amalan kebersihan dan membudayakan konsep 3R iaitu Reduce, Reuse, Recycle.

Dipaparkan juga buku & poster berkisar penjagaan persekitaran kita. Pameran ini akan berlangsung selama sebulan iaitu dari 7 Julai hingga 7 Ogos 2017, di Galeri PTAR UiTM Shah Alam.

Disamping pameran satu Ceramah Pengenalan Amalan Persekitaran Berkualiti melalui pendekatan 5S dan Amalan 3R diadakan 14 Julai 2017  (8.30 pagi – 12.00 tgh tengahari) di Bilik Seminar PTAR Utama

Penceramah Mohamad Fadzil Bin Abd Rahim
Pegawai Kesihatan Persekitaran U 41
Bahagian Pendidikan Masyarakat
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp)

Atucara Program
8.00 – 8.30 pagi Pendaftaran peserta & Minum Pagi
8.30 pagi – 9.00 pagi Bacaan Doa & Kata Aluan
9.00 pagi – 10.30 pagi Taklimat Amalan 5S dan Persekitaran Berkualiti
• Demonstrasi Amalan 5S & 3R
• Sesi Soal Jawab

10.30 pagi- 12.00 tgh Taklimat Penjagaan Persekitaran Amalan Mulia & Amalan 3R
• Sesi Soal Jawab
12.00 tgh Makan tengahari dan bersurai



#Reduce #Reuse  #Recycle  

follow us , like and share Tq


via Blogger http://ift.tt/2tOZqLY http://ift.tt/2uN8iiL