Sultan Nazrin rasmi Fakulti Perubatan UiTM Teluk Intan

TELUK INTAN: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebentar tadi berkenan merasmikan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Teluk Intan, di sini.

Kampus berkenaan yang dibina di atas tanah seluas kira-kira empat hektar, siap pembinaannya pada Oktober 2010.

Kampus berkenaan dibuka khusus untuk latihan amali kesihatan luar bandar dan kesihatan awam bagi pelajar Tahun Tiga Fakulti Perubatan UiTM, bermula pada November 2010.

Turut berangkat pada majlis itu, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong dan Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UiTM dimulakan pada 1 Disember 2002. Ia menawarkan lima kursus pembelajaran sebelum dipisahkan kepada Fakulti Perubatan dan Fakulti Sains Kesihatan pada 15 Mac 2004.

Bermula dengan pengambilan 20 pelajar pertama fakulti, kini pengambilan ditingkatkan kepada 230 pelajar mengikuti pengajian perubatan bagi setiap pengambilan.

Ia menjadikannya universiti awam yang teramai membuat pengambilan pelajar perubatan di negara ini.

Kewujudan kampus perubatan ini diharap akan dapat memberi sokongan yang mencukupi untuk pengambilan pelajar, yang kini mencecah 1,000 pelajar pada satu-satu masa.


sumber video: Utusan Youtube

via Blogger http://ift.tt/2uH4q6M http://ift.tt/2vgwH17

Advertisements

Taklimat Orientasi Perpustakaan untuk Pelajar Baharu Fakulti Kejuruteraan Sesi September 2014


Taklimat Orientasi Perpustakaan untuk Pelajar Baharu Fakulti Kejuruteraan bagi Sesi September 2014 akan disampaikan oleh En. Bahroni Moojee (Pustakawan Unit Perkhidmatan Akademik, Perpustakaan Kejuruteraan TAR) pada dan dibantu oleh Encik Mohamad Asfar Koronay
Pembantu Perpustakaan Tertinggi Unit Perkhidmatan Akademik, Perpustakaan Kejuruteraan TAR)





follow us 

FACEBOOK:   http://ift.tt/XzPPWp
TWITTER  :    http://ift.tt/1ml2li4
BLOG :           http://ift.tt/XzPPWr
INSTAGRAM  
http://ift.tt/1ml2npZ
Laman web rasmi perpustakaan  http://ift.tt/VEHnTI

via Blogger http://ift.tt/1BlWQIw http://ift.tt/1xw7s9d

Taklimat Orientasi Perpustakaan bagi Pelajar Baharu Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Sesi September 2014


Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat Orientasi Perpustakaan bagi Pelajar Baharu Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Sesi September 2014  akan diadakan seperti ketetapan berikut :

TARIKH        : 09 SEPTEMBER 2014 (SELASA)
TEMPAT        : AUDITORIUM UTAMA, FSSR UiTM SHAH ALAM
MASA           : 3.00 PETANG – 4.00 PETANG
BIL.PELAJAR  : 290 ORANG

Penyampaian Taklimat oleh :
Puan Siti Rohayu Binti Mohamad Yusof
Pustakawan
Bahagian Perkhidmatan Akademik

Dibantu oleh :
Encik Mohd. Syazwan Hamzah
Pembantu Perpustakaan
Bahagian Perkhidmatan Akademik

Taklimat Orientasi Perpustakaan ini adalah bertujuan untuk membantu dan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baharu akan kepentingan dan peranan perpustakaan di dalam menyokong pembelajaran mereka sepanjang pengajian di UiTM.

via Blogger http://ift.tt/YoEDw1 http://ift.tt/YoEFnL