Salam Ramadan 1424H/2013

Bersempena bulan Ramadan yang bermula hari ini, pihak Pengurusan Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak 1434 Hijrah/2013 kepada semua warga perpustakaan UiTM. Semarakkanlah bulan penuh keberkatan ini dengan amal ibadah dan semoga memperoleh keberkatan dari-Nya.

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/07/salam-ramadan-1424h2013.html

Akan datang: Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia 2013

Seminar yang akan berlangsung selama 3 hari ini merupakan satu platform bagi mengumpul para pustakawan IPTA/IPTS di Malaysia untuk memperoleh dan berkongsi ilmu serta input terkini dalam memperkasa bidang pustakawan dan perkhidmatan perpustakaan. Justeru itu, seminar anjuran Jawatankuasa Tetap Perpustakaan
Akademik 2012/2014 dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia kali ini diharapkan mampu memberi input berharga dalam penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan bermutu bagi memenuhi kehendak pelanggan. Melihat kepada perkembangan perpustakaan sebagai pusat kecemerlangan yang berperanan besar dalam aspek pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan penyebaran maka pustakawan perlu mempertingkatkan profesionalisme pustakawanan melalui penyerapan pelbagai maklumat yang terkini dan relevan. Pengisian seminar kali ini diharapkan mampu meningkatkan lagi penguasaan ilmu pengetahuan melalui perkongsian maklumat sebagai strategi dalam penyebaran maklumat yang berkesan.

OBJEKTIF

  • Menyediakan platform kepada seluruh profesion pustakawan untuk penyebaran maklumat, strategi dan pengalaman dalam mencapai kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan.
  • Membina, memperluas dan memperkasa jaringan pustakawan serta kolaborasi perpustakaan seluruh Malaysia.
  • Perkongsian amalan terbaik perpustakaan yang boleh dilaksanakan dalam peningkatan mutu perkhidmatan dan pengurusan.
  • Membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pustakawan
Tarikh : 25 – 27 Ogos 2013
Tempat : Mahkota Hotel, Melaka

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/06/akan-datang-seminar-kebangsaan.html

Akan datang: Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan Guru Pusat Sumber Seluruh Pulau Pinang


Bengkel ini merupakan siri ketiga di bawah Program Ilmu mengubah Destini Anak Bangsa selepas ianya di laksanakan di sekolah Menengah Pasir Gudang, Johor Bahru  pada 8-10 Mac, 2011. Ianya adalah anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak, Perpustakaan UiTM Kampus Pulau Pinang, dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Penganjuran ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pegnurusan pusat sumber sekolah-sekolah menengah di daerah Balik Pulau, Pulau Pinang di samping membentuk sikap pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan pelajar-pelajar.

Tarikh 4-6 Julai 2013
Tempat: Hydro Hotel Pulau Pinang

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/06/akan-datang-bengkel-pengkatalogan-dan.html