Executive Information System (EIS) Workshop

Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak telah mewujudkan sistem pemantauan dan pelaporan petunjuk prestasi utama dan perancangan strategik melalui Executive Information System (EIS) yang merupakan sebahagian dari perancangan PTAR bagi tahun 2017.
Sehubungan itu, kami berbesar hati menjemput seorang (1) staf dari Perpustakaan UiTM Cawangan yang menguruskan statistik untuk menghadiri latihan penggunaan dan pengendalian sistem tersebut. 

Kehadiran staf dari setiap kampus Perpustakaan UiTM Cawangan penting dalam memastikan maklumat di seluruh Perpustakaan UiTM dapat dipantau dengan lebih berkesan dan tepat. 

Berikut adalah maklumat program yang akan dijalankan :-
Tarikh : 13 hingga 15 Mac 2017  (Isnin – Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat  : Pusat IT, PTAR 1, UiTM Shah Alam





via Blogger http://ift.tt/2mQkUVl http://ift.tt/2mA3IkF

Advertisements