Majlis Kemuncak Program CSR : Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2018

Program Ilmu Mengubah Destini (IMD) anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam bersama Perpustakaan Tun Abdul UiTM Melaka dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka merupakan salah satu usaha untuk mentransformasikan pembangunan Pusat Sumber Sekolah Menengah ke arah mewujudkan Pusat Sumber yang berprestasi tinggi demi menyokong Pembelajaran Abad ke-21.

Program Kemuncak CSR: IMD PTAR bagi tahun 2018 : 
Tarikh : 18 Oktober 2018
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’Abdul Rahman Y’kub,Melimau,Melaka


Objektif Program
i.Mentransformasikan pusat sumber sekolah  dengan melengkapkan kemudahan koleksi dan fizikal Pusat Sumber Sekolah selari dengan era digital dan ICT abad ke-21.
ii.Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam menghasilkan semangat yang positif.
iii.Meningkatkan kemahiran di dalam memperolehi, menilai dan menggunakan maklumat bagi pembelajaran sepanjang hayat (life long learning).
iv.Meningkatkan pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah agar di laksanakan dengan cara yang professional berdasarkan piawaian-piawaian yang ditetapkan.

Program ini seiring dengan aspirasi Universiti Teknologi MARA untuk meningkatkan taraf pendidikan bumiputera melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB), Gerakan Program Khidmat Masyarakat PTAR telah dijenamakan semula sebagai Program llmu Mengubah Destini (IMD) yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam bersama dengan Perpustakaan – Perpustakaan UiTM Kampus Negeri dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Kementerian Pendidikan Malaysia.

via Blogger https://ift.tt/2pS9GQl https://ift.tt/2IVzJPC

CSR : Majlis IFTAR JAMA’IE @ Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin

Majlis IFTAR JAMA’IE anjuran Bahagian Pengurusan Pelanggan dan Koleksi, PTAR UiTM Shah Alam bersama Kelab Sahabat PTAR sempena Program Khidmat Masyarakat Ramadhan PTAR.

Memandangkan pada semester kali ini kita akan melalui bulan barakah, bulan Ramadhan, Kelab Sahabat PTAR ingin mengambil kesempatan yang ada untuk melakukan Program Khidmat Masyarakat kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang perihatin terhadap anak-anak kurang bernasib baik, tanpa mengira agama, pangkat dan sebagainya. Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan jurang diantara masyarakat dengan mahasiswa selain untuk mempraktikkan ilmu pengetahuan yang ada selama bergelar mahasiswa Universiti Teknologi MARA.

Di samping itu, dijangkakan program ini dapat memupuk nilai-nilai seorang pemimpin dalam diri para ahli jawatankuasa pelaksana seperti profesionalisme, berkeyakinan, berketerampilan dan juga semangat untuk berbakti kepada masyarakat.


Program ini akan diadakan pada 25 Mei 2018 bertempat di Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah
Batu 1 1/2 Sg. Pinang, Jalan Kapar, 41400 Kelang.

follow us;

via Blogger https://ift.tt/2kiUitP https://ift.tt/2x5frAL

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0



Sempena program CSR: Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2018  anjuran Perpustakakan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam, Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka satu Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0 adakan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tajuk : Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0
Tarikh: 27-30 Mac 2018
Tempat: Avilion Legacy Hotel, Melaka

Bengkel ini merupakan siri ke-8 diadakan di bawah Program CSR: Ilmu Mengubah Destini (IMD) 2018 dimana peserta kursus kali ini adalah dikhususkan kepada Guru-guru Pusat Sumber Sekolah Menengah dan Rendah di Melaka

Pada tahun 2017, bengkel ini telah dianjurkan dengan jayanya pada 23 hingga 25 Mei 2017 bertempat di Hotel Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh, Kelantan bagi Guru-guru Pusat Sumber Sekolah di Kelantan

Penganjuran ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengurusan pusat sumber sekolah-sekolah menengah dan rendah Negeri Melaka. Di samping itu, membentuk sikap pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat, budaya ilmu dan budaya membaca kalangan warga sekolah terlibat.

Antara objektif Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0 :

  • Memberikan pendedahan berkaitan pentadbiran Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang menjurus ke arah IR 4.0
  • Pengajaran berkaitan penggunaan teknologi ICT dalam memperolehi sumber maklumat dalam persekitaran Pusat Sumber Sekolah. 
  • Pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah di laksanakan dengan cara yang professional berdasarkan kepada piawaian. 
  • Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat ilmu dengan koleksi yang mantap dan diurus dengan baik. 
  • Membolehkan guru Pusat Sumber Sekolah  mendapat pendedahan dan  kemahiran diri dalam kaedah mengkatalog dan mengkelas bahan-bahan perpustakaan.


Maklumat lanjut

http://imdptar.blogspot.my/2018/03/bppss-ir40-melaka.html

Like & Follow Us



via Blogger http://ift.tt/2ubWpaA http://ift.tt/2GPdLga

Majlis penyampaian buku kepada Dekan Fakulti Sains Gunaan, Prof. Dr Hj Khudzir Hj Ismail

10 Ogos 2016- Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PTAR telah diadakan Majlis penyampaian buku kepada Dekan Fakulti Sains Gunaan, Prof. Dr Hj Khudzir Hj Ismail untuk PROGRAM KEMASYARAKATAN KE SEKOLAH PERGURUAN ISLAM DAARUL MUWAHHIDIN (PIDM), INDONESIA ANJURAN FAKULTI SAINS GUNAAN.

via Blogger http://ift.tt/2aTS2FB http://ift.tt/2aHPaID