Portal Comprehensive Research Discovery Service (CompReS)


Portal Comprehensive Research Discovery Service (CompReS) adalah salah satu projek inisiatif bagi Perancangan Strategik PTAR 2016-2020. Fokus utama pembangunan portal ini adalah untuk mengumpul dan memantapkan bahan koleksi khusus secara maya mengikut subjek Islamic Financial Criminology. Untuk makluman, hasil daripada pembangunan projek inisiatif ini akan dapat meningkatkan pencarian dan penggunaan bahan perpustakaan.

Satu program simbolik pelancaran portal CompReS bersama-sama pengurusan Accounting Research Institute (ARI) telah diadakan pada  9 Oktober 2019 (Rabu) jam  9.30 pagi di Bilik Sumber Ilmu, Tingkat 12,  Accounting Research Institute (ARI)

CompReS diharapkan mampu membantu dalam memenuhi keperluan dan pengguna masa kini. Selain itu, ia mampu memberi hasil dan impak dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan seterusnya memastikan transformasi secara menyeluruh perkhidmatan PTAR.  

Portal Comprehensive Research Discovery Service (CompReS) bagi Accounting Research Institute (ARI) – subjek Islamic Financial Criminology boleh dicapai melalui url berikut https://ptar.uitm.edu.my/compres

#compres #ariuitm #libraryuitm #ReadUni #uitmmembaca #kitaUiTM 





via Blogger https://ift.tt/2AYdBB0 https://ift.tt/35k6AIA