Perpustakaan UiTM Shah Alam Perpustakaan Pertama menerima pembayaran tanpa tunai melalui e-wallet Boost


Pada 22 Januari 2018 yang lalu, telah berlangsung Majlis Perasmian Cashless@UiTM bertempat di UiTM Selangor Kampus Sungai Buloh.Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi,YB Dato Sri Idris Jusoh.

Kerjasama strategik antara UiTM dan syarikat pembangun aplikasi dompet elektronik atau dompet elektronik / e-Wallet  Boost, akan diguna pakai di semua kampus negeri UiTM seluruh negara. UiTM kini bersedia menjadi kampus terbesar yang menjalankan urusan tanpa tunai dan tanpa kad di Malaysia.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/01/23/uitm-to-go-cashless-and-cardless-boost-mobile-payment-app-to-be-used-for-all-oncampus-transactions/


Pada amanat Ketua Pustakwan UiTM 2018 baru-baru ini, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Utama  Shah Alam dimaklumkan telah dipilih untuk menjadi lokasi pertama dalam projek
dompet elektronik, e-Wallet / Cashless UiTM seterusnya menjadi Perpustakaan Pertama menerima  pembayaran tanpa tunai melalui e-wallet  Boost



Hasil kerjasama dengan  Axiata Sdn. Bhd., Perpustakaan Tun Abdul Razak telah berjaya melaksanakan pembayaran tanpa tunai semasa berurusan di kaunter Perpustakaan
Tun Abdul Razak (PTAR) Utama sahaja buat permulaan.
 
Pengguna Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam kini boleh menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai untuk transaksi pembayaran perkhidmatan perpustakaan.

Pengguna perpustakaan boleh membuat pembayaran denda lewat pemulangan buku (overdue charges), pembayaran buku hilang dan lain-lain akan menyusul kemudian.

Selan dari itu penggna BOOST boleh membuat pemindahan atau penambahan wang tunai melalui kad debit, kad kredit Visa dan Mastercard atau melalui perbankan dalam talian kedalam aplikasi BOOST masing-masing

Untuk perancangan seterusnya, Perpustakaan UiTM akan memperluaskan lagi pembayaran tanpa tunai ke semua perkhidmatan kepada tiga puluh sembilan (39) buah perpustakaan UiTM diseleuruh negara berperingkat-peringkat.

Perkhidmatan e-Wallet / cashless ini akan dapat dimanafaatkan oleh keseluruhan 180,000 ahli perpustakaan yang terdiri daripada pelajar, staf akademik dan staf pentadbiran UiTM.

Pada amanat tahun baru tersebut Ketua Pustakwan merasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan kerana merealisasikan projek ini.

Berikut sedutan dari video Amanat Ketua Pustakawa:

#libraryuitm #uitm #digitalcampus #ewallet #dompetdigital #Boost #cashless  #cashlesssociety

Video Amanat Ketua Pustakawan sepenuhnya boleh dicapai melalui url berikut : https://www.youtube.com/watch?v=T85_rKLKQzQ&t=9s

Like & Follow Us

https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm

via Blogger http://ift.tt/2C6aCJ0 http://ift.tt/2sEskzt