Bengkel Pengurusan Kandungan Laman Web PUiTM

Perpustakaan
Tun Abdul Razak (PTAR) menganjurkan Bengkel Pengurusan Laman Web Media
Sosial PUiTM pada ketetapan berikut:
Bengkel Pengurusan Kandungan Laman Web PUiTM
Tarikh : 8-10 Julai 2019 ,
Masa   : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Pusat IT, PTAR

Kemudahan serta kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi digunakan oleh kebanyakan organisasi untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pengguna diantaranya dengan menyediakan kemudahan laman web/portal masing-masing.

Perpustakaan Tun Abdul Razak juga telah menyediakan laman web/portal perpustakaan bagi memudahkan pengguna membuat pencarian maklumat dan menggunakan perkhidmatan secara dalam talian dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka di universiti.

Bagi menjamin maklumat yang disampaikan adalah terkini dan sahih, laman web perlu diurus dan disenggara dengan sistematik. Sehubungan itu staf yang terlibat dalam mengurus dan menyenggara laman web Perpustakaan UiTM Kampus Cawangan perlu diberi latihan yang terkini untuk mengurus dan menyenggara laman web masing-masing.

Disamping tu selaras dengan Program Read@Uni yang telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek pada 29 Nov 2018 bagi mendokong kempen Dekad Membaca Kebangsaan  maka Bahagian Insiatif Perpustakaan Digital, PTAR telah membangunkan satu portal berita aktiviti Read@Uni bagi UiTM di url berikut https://ptar.uitm.edu.my/read@uni/

Didalam bengkel ini nanti kesemua wakil Perpustakaan Kampus  Cawangan  akan diberikan tunjuk ajar cara bagaimana memasukan maklumat aktiviti Read@Uni yang berlaku dicawangan masing-masing bagi memudahkan pelaporan aktiviti di lawan web Read@Uni UiTM tersebut.

16.00

800×600

Normal
0

false
false
false

EN-US
X-NONE
X-NONE

MicrosoftInternetExplorer4

/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”,serif;}



Objektif kursus ini diadakan bertujuan untuk :-
1. Mengemaskinikan & meyeragamkan logo dan maklumat-maklumat Perpustakaan yang terkini.
2. Menyelaraskan dan memasukan maklumat aktiviti Read@Uni yang berlaku dicawangan masing-masing bagi memudahkan pelaporan aktiviti
3. Mengenalpasti dan menyerlaraskan masalah yang dihadapi dalam pengurusan laman web serta sosial media Perpustakaan Kampus Cawangan.

Like & Follow Us

via Blogger https://ift.tt/2FWieOC https://ift.tt/2YA9ipp