Bengkel Hala Tuju Perpustakaan Universiti Awam

Bengkel Hala Tuju Perpustakaan Universiti Awam 
Tarikh : 25-27 Mac 2019 
Tempat : Ruang Pembelajaran Kolaboratif, Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu


Bengkel Hala Tuju Perpustakaan Universiti Awam yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam bertujuan untuk menghasilkan input dan ouput transfomasi yang jelas selari dengan perubahan lanskap Pendidikan Tinggi negara.


Ia juga bertujuan untuk menghasilkan perancangan sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan berdasarkan teknologi dan inovasi yang dapat mewujudkan konsep perpustakaan yang lebih dinamik. 


Selaras dengan Amanat Tahun Baharu Menteri Pendidikan 2019 iaitu  menjadikan Perpustakaan sebagai gedung ilmu yang paling luas dan tidak berpenghujung, maka sistem perhubungan antara perpustakaan seluruh universiti akan ditambahbaik.




Di samping itu, bengkel ini adalah untuk memperkasakan peranan perpustakaan dengan mengenal pasti fungsi perpustakaan yang perlu dikekalkan, ditiadakan atau dipertingkatkan agar terus berdaya saing seiring dengan trend global. 


Pihak penganjur turut mengundang Ketua Pusat Sitasi Malaysia, Prof. Madya Dr. Zuraidah Abd. Manaf bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Anticipating Future Challenges’ sebagai pengisian dalam bengkel tersebut.


Bengkel ini melibatkan semua Ketua Pustakawan Universiti Awam.


Unit Komunikasi Korporat
PTAR UiTM Shah Alam
27 Mac 2019

rujukan https://kampusuols.com/article/428173/U-In-News/TERENGGANU/Jawatankuasa-Ketua-Pustakawan-UA-anjur-Bengkel-Hala-Tuju-Perpustakaan-Universiti-Awam

via Blogger https://ift.tt/2JKn4mz https://ift.tt/2UeDIi3