Program Xplorasi PTAR 2013

PTAR melabuhkan tirai aktiviti bersama pengguna perpustakaan melalui porgram tahunannya yang dikenali sebagai Program Xplorasi PTAR. Program tersebut dianjurkan pada 17-18 Disember 2013 bertempat di perkarangan ruang legar PTAR Utama. Terdapat lebih kurang 15 aktiviti yang dianjurkan termasuk penyertaan oleh booth jabatan/bahagian, Perpustakaan Negara Malaysia, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), vendor-vendor pangkalan data, Utusan Publication dan Karangkraf. Perasmian program dilakukan oleh Ketua Pustakawan PTAR, En.Noor Hidayat Adnan diiringi Pengerusi Program Xplorasi PTAR, Pn. Roslina Mohamad Ali. 
Antara aktiviti yang mendapat perhatian ialah sesi santai bersama novelis Alaf 21, Anis Ayuni, Xplorace dan games oleh booth jabatan/bahagian. Selain itu, Xplorasi PTAR turut menghargai para pengguna perpustakaan melalui Pertandingan Nadi Ilmu, Peminjam Buku Terbanyak serta Literati Award oleh Emerald. Aktiviti selingan sepanjang program 2 hari ini dimeriahkan dengan persembahan muzik oleh pelajar dan Deko Cup Cake oleh Naz by Yellow Kitchen Studio. 

Secara keseluruhannya, program ini memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran kepada warga UiTM khususnya para pelajar betapa pentingnya perpustakaan dalam usaha menyalurkan maklumat dan sekaligus menyokong pengajaran dan pembelajaran di universiti. Perpustakaan sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada pelanggan khususnya para pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik Diharap pengunjung akan mendapat pelbagai informasi dan pengetahuan melalui program  Xplorasi PTAR ini. Usaha murni ini diharap dapat memberi impak yang positif kepada jabatan dan pelanggan.Setiap kali penganjuran program ini dijalankan, maklum balas yang diterima daripada para pengunjung amat positif dan ia banyak membantu dalam mempertingkatkan perkhidmatan di PTAR. Secara keseluruhannya, pelanggan berharap agar program seumpama ini diteruskan.

Akses ke album penuh Program Xplorasi PTAR 2013  di sini

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/12/program-xplorasi-ptar-2013.html

Mini Konvensyen KIK Zon Tengah UiTM Shah Alam

Mini Konvensyen KIK Zon Tengah UiTM Shah Alam telah berlangsung pada 31hb Oktober – 1 November 2013 bertempat di Anjung Budiman. PTAR diwakili oleh Kumpulan Key-Lite yang terdiri daripada Encik Ahmad Nazri Jaafar, Encik Abd Hamid Salleh, Tuan Haji Rosli, Encik Umar bin Mohamad Zin, dan Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar selaku Fasilitator telah mempersembahkan projek KIK mereka iaitu KeyLite Easy Remover Lamp (KERL). 
Pengurusan PTAR dengan ini mengucapkan setinggi tahniah dan ucapan terima kasih atas daya usaha dan inisiatif Kumpulan Key-Lite dalam menjalankan projek ini dengan membuat persembahan yang penuh yakin, baik dan mantap. Ucapan terima kasih juga kepada Tuan Haji Azizi Jantan yang telah membantu KIK Key-Lite sepanjang projek ini berlangsung. 
Album penuh aktiviti ini telah dimuatnaik di FB Ketua Pustakawan di sini: (link)

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/11/mini-konvensyen-kik-zon-tengah-uitm.html

Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM Peringkat zon Tengah 2013

Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM Peringkat zon Tengah 2013 bertempat di Anjung Budiman pada 31 Oktober dan 1 November 2013 mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. KIK PTAR diwakili oleh kumpulan Key-Lite yang dianggotai oleh Tuan Haji Ahmad Faizar, Encik Ahmad Nazri, Encik Abdul Hamid, Tuan Haji Rosli dan Encik Umar. Ucapan selamat maju jaya kepada peserta Kumpulan Keylite dari seluruh warga perpustakaan.

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/10/mini-konvensyen-kumpulan-inovatif-dan.html

Online Database : Training for Trainers | Terbuka untuk Pensyarah UiTM

Untuk makluman, Bahagian Pengurusan Jurnal dan Pangkalan Data (BJPD) PTAR dan pihak pembekal telah merancang beberapa siri latihan Pangkalan Data dalam Talian (PDDT) untuk UiTM Shah Alam dan juga Kampus Cawangan. Ini bagi menyahut saranan Ketua Pustakawan PUiTM untuk menganjurkan sesi latihan PDDT bukan sahaja kepada Staf Perpustakaan tetapi juga TERBUKA untuk Pensyarah UiTM. Perancangan latihan ini telah pun dipersetujui oleh pihak pembekal yang terlibat seperti ketetapan berikut :-
Semoga dengan adanya latihan PDDT sebegini dapat memantapkan lagi kemahiran pencarian maklumat tuan/puan dan dapat menjadi orang perantaraan serta penyalur maklumat yang efektif kepada Warga UiTM.
Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan/Puan dapat memanjangkan hebahan ini kepada kakitangan-kakitangan di Jabatan masing-masing yang berminat bagi menyertai latihan ini. Permohonan hendaklah dibuat dengan menghubungi nama pegawai perpustakaan yang tercatit di dalam jadual di atas.  Sebarang pertanyaan lanjut mengenai latihan berikut boleh menghubungi Puan Eza Eliana  Hj. Abdul Wahid, Pustakawan di Unit Pengurusan Pangkalan Data di talian 03-55443727  atau emel 
eza080@salam.uitm.edu.my.

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/10/online-database-training-for-trainers.html

Terbaru: E-Buletin PTAR Edisi 2 | 2013

E-Buletin Edisi ke- 2  kali ini memaparkan kompilasi artikel-artikel aktiviti yang berlaku sepanjang Mei hingga September 2013. Antaranya termasuklah aktiviti-aktiviti melibatkan perkhidmatan perpustakaan, pengembangan ilmu dan kemahiran di kalangan pelajar,staf dan juga pengguna perpustakaan.  Edisi 2 ini boleh didapati dalam bentuk flip magazine di pautan berikut Klik di pautan ini http://library.uitm.edu.my/v3/index.php/facilities-services/e-buletin/book/3-e-buletin-2013-edisi-02/2-e-buletin

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/10/terbaru-e-buletin-ptar-edisi-2-2013.html

Terbaru: PTAR antara FINALIS peringkat Akhir Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2013

Ucapan TAHNIAH  di atas pemilihan sebagai Finalis  ke peringkat Akhir Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2013. Sesi pembentangan akhir akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh          :  31 Oktober 2013 (Khamis)
Masa            :  8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat        :  Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam

Gambar-gambar sekitar pembentangan akhir akan menyusul kemudian.Selamat maju jaya dari warga Perpustakaan Tun Abdul Razak.

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/10/terbaru-ptar-antara-finalis-peringkat.html