LIBRARY New Arrivals @PTAR – Keluaran Vol 05 Mac 2019

Perpustakaan Tun Abdul Razak merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.

New Arrivals@PTAR diterbitkan bagi menyebarluas judul terkini bahan rujukan perpustakaan seperti Buku, Jurnal (Pangkalan Data Atas Talian), Ebooks dan Harta Intelek Universiti. Ia bertepatan dengan UiTM sebagai universiti komprehensif yang berperanan sebagai pusat pengajian dalam pelbagai bidang. Perkhidmatan New Arrivals@PTAR ini diterbitkan secara mingguan melalui emel kepada semua warga universiti dan boleh juga diakses melalui Portal PTAR.

Buku – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Puncak Alam


Buku – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pulau Pinang
Thesis – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam


via Blogger https://ift.tt/2CHUpZx https://ift.tt/2V3ocmu

Speakers’ Corner UiTM Shah Alam

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam sesi 2018/2019 dengan kerjasama Kelab Sahabat PTAR dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) seluruh kampus Shah Alam akan mengadakan Speakers’ Corner yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh : 4 April 2019
Tempat : Lobi PTAR 1
Masa : 12.00PM – 2.00PM


Untuk makluman semua, pengucapan awam kali ini bertemakan MAHASISWA KELAS PERTAMA. Sehubungan dengan itu, para peserta hendaklah menyampaikan ucapan yang sesuai dengan tema yang telah ditetapkan.

Antara syarat lain :
1. Terbuka kepada semua mahasiswa UiTM Shah Alam sahaja.
2. Hanya 6 peserta akan dipilih untuk sesi kali ini.
3. Masa yang diberikan untuk seorang peserta adalah 7 – 10 minit.
4. Penggunaan PowerPoint Slides adalah dibenarkan.

Sekiranya berminat, sila daftarkan diri anda pada pautan di bawah:
https://goo.gl/forms/54efAhq4LG57UloB3

Seluruh mahasiswa dijemput untuk bersama-sama hadir dan mendengar pidato yang akan disampaikan oleh para peserta. Makanan turut disediakan.

Sekian, terima kasih.

“UNITY TOWARDS EMPOWERMENT”

Yang menjalankan amanah,

EXCO AKADEMIK & KERJAYA
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2018/2019

#UiTMDiHatiku
#MPP18/19
#UnityTowardsEmpowerment
#48United
#SpeakersCorner

via Blogger https://ift.tt/2TMbtmU https://ift.tt/2YwuQnn

Notis Waktu Perkhidmatan PTAR bagi bulan April 2019

Berikut adalah Notis Waktu Perkhidmatan PTAR bagi bulan APRIL 2019 .




Untuk makluman pihak tuan/puan notis waktu perkhidmatan ini adalah merangkumi perpustakaan-perpustakaan seperti berikut:
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR Utama)
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang-Undang
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains & Teknologi
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak Alam Bina


via Blogger https://ift.tt/2JKnAB1 https://ift.tt/2UdU3nq

Bengkel Hala Tuju Perpustakaan Universiti Awam

Bengkel Hala Tuju Perpustakaan Universiti Awam 
Tarikh : 25-27 Mac 2019 
Tempat : Ruang Pembelajaran Kolaboratif, Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu


Bengkel Hala Tuju Perpustakaan Universiti Awam yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam bertujuan untuk menghasilkan input dan ouput transfomasi yang jelas selari dengan perubahan lanskap Pendidikan Tinggi negara.


Ia juga bertujuan untuk menghasilkan perancangan sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan berdasarkan teknologi dan inovasi yang dapat mewujudkan konsep perpustakaan yang lebih dinamik. 


Selaras dengan Amanat Tahun Baharu Menteri Pendidikan 2019 iaitu  menjadikan Perpustakaan sebagai gedung ilmu yang paling luas dan tidak berpenghujung, maka sistem perhubungan antara perpustakaan seluruh universiti akan ditambahbaik.




Di samping itu, bengkel ini adalah untuk memperkasakan peranan perpustakaan dengan mengenal pasti fungsi perpustakaan yang perlu dikekalkan, ditiadakan atau dipertingkatkan agar terus berdaya saing seiring dengan trend global. 


Pihak penganjur turut mengundang Ketua Pusat Sitasi Malaysia, Prof. Madya Dr. Zuraidah Abd. Manaf bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Anticipating Future Challenges’ sebagai pengisian dalam bengkel tersebut.


Bengkel ini melibatkan semua Ketua Pustakawan Universiti Awam.


Unit Komunikasi Korporat
PTAR UiTM Shah Alam
27 Mac 2019

rujukan https://kampusuols.com/article/428173/U-In-News/TERENGGANU/Jawatankuasa-Ketua-Pustakawan-UA-anjur-Bengkel-Hala-Tuju-Perpustakaan-Universiti-Awam

via Blogger https://ift.tt/2JKn4mz https://ift.tt/2UeDIi3

UiTM Career And Industrial Relation Expo (CaIREX 2019)

Pusat Kerjaya & Kaunseling UiTM akan mengadakan Karnival Kerjaya iaitu Career & Industrial Expo (CaIREx 2019). Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran kerjaya, temu duga pekerjaan dan zon aktiviti kerjaya. Program ini terbuka kepada graduan UiTM dan orang awam. 


Maklumat lanjut berkaitan senarai majikan dan  jawatan kosong boleh diakses melalui  https://careercounselling4u.uitm.edu.my

via Blogger https://ift.tt/2UWuNPx https://ift.tt/2CDxxKJ

Bengkel Pengurusan Laman Web Perpustakaan

Bengkel Pengurusan Laman Web Perpustakaan
Tarikh : 25-26 Mac 2019
Tempat : Pusat IT , PTAR UTAMA

Objektif
1. Membangunkan Laman Web Muzium dan memantapkan Laman Web Arkib serta laman Perpustakaan UiTM
2. Menyeragamkan laman web dengan mengemaskini logo baru serta maklumat-maklumat terkini berkaitan Perkhidmatan Baru Perpustakaan.
3. Menmberi tunjuk ajar menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pengurusan dan penyenggaraan laman web terutama dari segi keselamatan.








Like & Follow Us


via Blogger https://ift.tt/2FtvACl https://ift.tt/2WiGCQp

Lawatan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan Ipoh Perak

Aktiviti: Lawatan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan Ipoh Perak


Pada 21 Mac 2019 (Khamis) yang lalu , satu lawatan ringkas (Library tour)ke Perpustakaan Tun Abdul Razak dari Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan Ipoh Perak yang terdiri dari 35 orang pelajar dan 9 Guru.




Like & Follow Us

via Blogger https://ift.tt/2HJnTcy https://ift.tt/2Fs9UGK