Memantapkan Perolehan Pangkalan Data Atas Talian (PDAT /ONLINE DATABASES) Perpustakaan UiTM

Normal
0

false
false
false

EN-US
X-NONE
X-NONE

/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin-top:0in;
mso-para-margin-right:0in;
mso-para-margin-bottom:10.0pt;
mso-para-margin-left:0in;
line-height:115%;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:11.0pt;
font-family:”Calibri”,sans-serif;
mso-ascii-font-family:Calibri;
mso-ascii-theme-font:minor-latin;
mso-hansi-font-family:Calibri;
mso-hansi-theme-font:minor-latin;
mso-bidi-font-family:”Times New Roman”;
mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}


Perpustakaan
Tun Abdul Razak UiTM (PTAR UiTM)
mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh YB
Dr Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada sidang media (21hb Jun
2018)
yang menyatakan salah sebuah program dan sistem berkaitan akademik perlu
dikaji semula pelaksanaannya. Jika pelaksanaannya dihentikan maka peruntukan
tersebut boleh disalurkan kepada Perpustakaan bagi pembelian bahan-bahan
rujukan antarabangsa yang bermutu.

Keperihatinan
YB Menteri Pendidikan ini harus disambut baik dan positif kerana bahan-bahan
rujukan utama khususnya Pangkalan Data Atas Talian (PDAT) atau Online Databases
merupakan bahan rujukan utama yang dapat memantapkan Pengajaran, Pembelajaran
dan Penyelidikan. Namun begitu masalah kekurangan peruntukan menjadi kekangan
utama untuk melanggan Pangkalan Data tersebut. Peruntukan tahunan langganan
yang secara puratanya antara 7-8 juta ( tahun 2016 – 2018 ) bagi langganan 46
buah Pangkalan Data pada tahun 2016 dan turun kepada 41 buah Pangkalan Data
pada tahun 2017 dan 38 buah pada tahun 2018 adalah tidak mencukupi. Ini adalah
kerana harga yang kian meningkat setiap tahun walaupun proses runding harga dan
kajian penggunaan dibuat secara teliti sebelum langganan baru dan semula
dilakukan.
Penggunaan
Pengakalan Data tersebut pula menunjukkan peningkatan yang nyata. Jumlah muat
turun bagi 46 buah Pangkalan Data pada tahun 2016 adalah 3,806,801 dan pada
tahun 2017 muat turun bagi 41 buah Pangkalan Data adalah 4,361,389. Bagi tahun
2018 (Jan-Mei) muat turun bagi 38 buah Pangakalan Data adalah 1,510,916 dan
dijangkakan akan terus meningkat. Contoh yang paling nyata adalah penggunaan
Pangkalan Data Atas Talian Emerald yang menunjukkan peningkatan penggunaannya selama
7 tahun (2011-2017). Ini membolehkan UiTM menerima Emerald High Usage Award
selama 7 tahun berturut-turut. Pangkalan Data Atas Talian Emerald ini juga
telah digunakan sepenuhnya oleh tenaga akademik UiTM untuk tujuan penulisan dan
penyelidikan. Ini dibuktikan dengan pencapaian tempat ketiga dalam Malaysian
High Research Output Award (66 orang penulis).

Perpustakaan
sebagai penyedia perkhidmatan rujukan utama memandang tinggi usaha Kementerian
Pendidikan untuk memantapkan koleksi rujukan bermutu ini. Kekangan peruntukan
dan peningkatan penggunaan Pangkalan Data Atas ini dirasai oleh semua
Perpustakaan Universiti Awam. Memantapkan langganan Pangkalan Data Atas Talian
ini secara lansungnya memantapkan pula usaha penyelidikan dan penulisan ilmiah
yang berkualiti tinggi.
Ketua Pustakawan UiTM



   

via Blogger https://ift.tt/2KcphD7 https://ift.tt/2MIIHRL

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s