Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1439H / 2017M

Seluruh warga Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1439 H (2017 M) kepada seluruh umat Islam terutamanya para pengunjung laman web kami. Semoga Ramadhan tahun ini dan tahun-tahun berikutnya menjadi Ramadhan yang paling bermakna dalam hidup kita sebagai hamba Allah yang beriman.






follow us;

via Blogger http://ift.tt/2zJCKRz http://ift.tt/2n7SUhI

Tahniah Kumpulan KIK i-Clique PTAR Anugerah Inovasi ICT KIK UITM 2017


Tahniah Kumpulan KIK i-Clique  Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam  kerana telah berjaya merangkul Anugerah Inovasi ICT di Majlis Perasmian Penutup Konvensyen KIK UiTM Semalaysia 2017
di Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan.


Kumpulan KIK i-Clique telah mempersembahkan projek  yang bertajuk : Data Penggunaan Bahan Koleksi Khas Tidak Tepat

Ringkasan Projek : Sistem SCIS (Special Collection Integrated System) dibangunkan dalam bentuk web based atau secara atas talian bagi memeudahkan pengumpulan data penggunaan bahan perpustakaan di Koleksa Khas dimana ia sebelum ini dijana secara manual.


#kik #kikuitm #kikptar #libraryuitm #kik-i-clique






via Blogger http://ift.tt/2hM2z80 http://ift.tt/2zZRQRL

Notis Waktu Perkhidmatan PTAR bagi bulan Disember 2017

Berikut adalah Notis Waktu Perkhidmatan PTAR bagi bulan November 2017


Waktu perkhidmatan ini adalah merangkumi perpustakaan-perpustakaan seperti berikut:

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR Utama)
Perpustakaan Kejuruteraan TAR (PKEJ)
Perpustakaan Undang-Undang TAR (PUU)
Perpustakaan Sains & Teknologi TAR (PST)
Perpustakaan Alam Bina TAR (PAB)



follow us;


via Blogger http://ift.tt/2hRcjll http://ift.tt/2jJBYwE

New Arrivals @PTAR – Keluaran Vol 3. November 2017

Perpustakaan Tun Abdul Razak merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.

New Arrivals@PTAR diterbitkan bagi menyebarluas judul terkini bahan rujukan perpustakaan seperti Buku, Jurnal (Pangkalan Data Atas Talian), Ebooks dan Harta Intelek Universiti. Ia bertepatan dengan UiTM sebagai universiti komprehensif yang berperanan sebagai pusat pengajian dalam pelbagai bidang. Perkhidmatan New Arrivals@PTAR ini diterbitkan secara mingguan melalui emel kepada semua warga universiti dan boleh juga diakses melalui Portal PTAR.

follow us;

via Blogger http://ift.tt/2mHwPXi http://ift.tt/2zjA4dm

Tahniah KIK i-Team PTAR menerima Gold 3 STARS di Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition ( APIC ) 2017 di Genting International Convention Centre

Tahniah dan Syabas kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif  (KIK) i-Team  dari  Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM di atas kejayaan meraih Anugerah Emas (Gold Award)  3 Bintang dalam Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition ( APIC ) 2017 di Genting International Convention Centre

Terima kasih atas  segala kerjasama dan sokongan moral semua warga Perpustakaan 



Yang menjalankan tugas

via Blogger http://ift.tt/2yP8KPG http://ift.tt/2ATW1N7

Tahniah PTAR Tersenarai Finalis AKNC 2017


Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak ( PTAR ) telah berjaya disenaraikan sebagai finalis ke Peringkat Akhir AKNC dalam 
kategori Bahagian.

Berikut adalah senarai penuh bahagian, fakulti dan UiTM cawangan yang 

akan bertanding ke peringkat akhir AKNC pada tahun ini:
BAHAGIAN:
1. Pejabat Pendaftar
2. Perpustakaan Tun Abdul Razak
3. Bahagian Hal Ehwal Pelajar

FAKULTI:
1. Fakulti Perakaunan 
2. Fakulti Sains Komputer & Matematik
3. Fakulti Pengurusan Maklumat

UiTM CAWANGAN:
1. UiTM Cawangan Negeri Sembilan
2. UiTM Cawangan Perak
3. UiTM Cawangan Johor


Pembentangan Akhir AKNC ini akan diadakan pada 20 November 2017 (Isnin) di Dewan Sri Budiman.
Moga PTAR dapat mencapai kejayaan dalam anugerah ini.

Tahniah PTAR Tersenarai Finalis AKNC 2017
#aknc #akncptar #libraryuitm #ptar


via Blogger http://ift.tt/2A1Bedt http://ift.tt/2zJFo8T

New Arrivals @PTAR – Keluaran Vol 1. November 2017

Perpustakaan Tun Abdul Razak merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.

New Arrivals@PTAR diterbitkan bagi menyebarluas judul terkini bahan rujukan perpustakaan seperti Buku, Jurnal (Pangkalan Data Atas Talian), Ebooks dan Harta Intelek Universiti. Ia bertepatan dengan UiTM sebagai universiti komprehensif yang berperanan sebagai pusat pengajian dalam pelbagai bidang. Perkhidmatan New Arrivals@PTAR ini diterbitkan secara mingguan melalui emel kepada semua warga universiti dan boleh juga diakses melalui Portal PTAR.

follow us;

via Blogger http://ift.tt/2hnN9H5 http://ift.tt/2zBYOfR

Sukan Antara Staf UiTM Shah Alam (SASSA) 2017



Sukan Antara Staf UiTM Shah Alam (SASSA) 2017 telah berlangsung bermula pada 28 Oktober 2017 hingga 12 November 2017.
Pasukan PUTRA PTAR telah menyertai beberapa acara dan berikut adalah pencapaian semasa pasukan PUTRA PTAR:

28 Oktober 2017:
(a) Acara : Sepak Takraw Regu
Pencapaian : Peringkat Kumpulan




(b) Acara : Ping Pong Berpasukan
Pencapaian : Suku Akhir

4 November 2017:
(a) Acara : Tenpin Bowling (Lelaki)
Pencapaian:
Individu : Md. Haizar Jamian – Tempat No.9
Pasukan : PTAR A – Tempat No.9
PTAR B – Tempat No.23





 

5 November 2017:
(a) Acara : Tenpin Bowling (Wanita)
Pencapaian:
Individu : Nik Nurshihah Muhammad – Tempat No.7
Pasukan : PTAR – Tempat No. 10







6 – 7 November 2017:
(a) Acara : Badminton Berpasukan
Pencapaian Berkumpulan 
PTAR    2 – 1 Canseleri
FSG 1 – 2 PTAR    
Pencapaian Semasa : Suku Akhir (Bertemu Bendahari pada 9 November 2017 – 8:00 mlm)

6 – 8 November 2017
(a) Acara : Futsal Lelaki
Pencapaian Berkumpulan 
PTAR    3 – 1 Inst. Science
APB 2 – 3 PTAR    
PTAR    2 – 1 Fakulti Muzik
Pencapaian Semasa : Suku Akhir (Bertemu Bendahari pada 9 November 2017 – 8:00 mlm)





 Pihak
kami ucapkan selamat maju jaya pada pasukan yang akan bertanding pada
malam ini dan diharapkan pasukan dapat mencapai keputusan yang terbaik
InsyaAllah…


Sekian terima kasih

Yang menjalankan tugas,

MOHD ALFARABIE BIN MOHD NASIR
MERANGKAP J/KUASA SUKAN 
PERSATUAN PERPUSTAKAAN UiTM (PUTRA)

via Blogger http://ift.tt/2zt1mwy http://ift.tt/2zHGVNx

Kursus Asas Pengurusan Fail Dan Rekod Bagi Staf Pelaksana Perpustakaan Tun Abdul Razak

Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Fail dan Rekod bagi Staf Pelaksana Perpustakaan Tun Abdul Razak pada :


Tarikh : 9 November 2017
Masa :  8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PTAR
Peserta kursus : 33 orang


Penceramah:        
1) Pn. Azniza Mohamad Nor
2) Encik Abdul Razak Abdul Rahman


Objektif kursus ini diadakan bertujuan untuk :-
a. Mengenalpasti konsep dan perundangan pengurusan rekod mengikut Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629)
b. Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
c. Mengaplikasi proses pengurusan fail dan rekod dengan betul mengikut piawaian dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.




follow us;

via Blogger http://ift.tt/2zHGGC7 http://ift.tt/2ztPg6g