Sultan Nazrin rasmi Fakulti Perubatan UiTM Teluk Intan

TELUK INTAN: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebentar tadi berkenan merasmikan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Teluk Intan, di sini.

Kampus berkenaan yang dibina di atas tanah seluas kira-kira empat hektar, siap pembinaannya pada Oktober 2010.

Kampus berkenaan dibuka khusus untuk latihan amali kesihatan luar bandar dan kesihatan awam bagi pelajar Tahun Tiga Fakulti Perubatan UiTM, bermula pada November 2010.

Turut berangkat pada majlis itu, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong dan Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UiTM dimulakan pada 1 Disember 2002. Ia menawarkan lima kursus pembelajaran sebelum dipisahkan kepada Fakulti Perubatan dan Fakulti Sains Kesihatan pada 15 Mac 2004.

Bermula dengan pengambilan 20 pelajar pertama fakulti, kini pengambilan ditingkatkan kepada 230 pelajar mengikuti pengajian perubatan bagi setiap pengambilan.

Ia menjadikannya universiti awam yang teramai membuat pengambilan pelajar perubatan di negara ini.

Kewujudan kampus perubatan ini diharap akan dapat memberi sokongan yang mencukupi untuk pengambilan pelajar, yang kini mencecah 1,000 pelajar pada satu-satu masa.


sumber video: Utusan Youtube

via Blogger http://ift.tt/2uH4q6M http://ift.tt/2vgwH17

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s