Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438H

Salam Aidil Fitri
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri  1438 H / 2017 H kepada seluruh warga UiTM.  Ikhlas dari Ketua Pustakawan serta seluruh warga kerja Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),  Maaf Zahir Batin   
#hariraya #aidilftri #salamlebaranUiTM

like and follow us

via Blogger http://ift.tt/2sNLwtZ http://ift.tt/2tnoQ0M

Advertisements

e-buletin IQRA bulan April 2017

Pihak PTAR telah menerbitkan e-buletin IQRA bulan April 2017 sepertimana di bawah. Untuk makluman, e-Buletin IQRA diterbitkan pada setiap bulan dengan pelbagai informasi dan berita terkini mengenai perpustakaan dan dipaparkan untuk tontonan umum di pautan yang diberikan.

like and follow us

via Blogger http://ift.tt/2ru0EY9 http://ift.tt/2rYUvGV

Training for Trainers : Scopus, LexisNexis, Britannica, IEEE, Eikon

Tujuan utama latihan adalah bagi memberi pendedahan kepada Pustakawan berkenaan perkara/ perubahan baharu bagi suatu Pangkalan Data sebelum disebar-luaskan kepada pengguna perpustakaan.


Pangkalan Data: Scopus, LexisNexis, Britannica, IEEE, Eikon
Tarikh: 13/6/17 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang

Tempat: Pusat IT, PTAR, UiTM Shah Alam

via Blogger http://ift.tt/2smVZwh http://ift.tt/2sWAYpn

Salam Nuzul Al-Quran


Salam Nuzul Al-Quran

Perpustakaan Tun Abdul Razak , Universiti Teknologi MARA,  ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran buat semua umat islam. Marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al-Quran ini. Insyallah semoga segala usaha kita dimasa akan datang diberkati Allah.

“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

like and follow us











via Blogger http://ift.tt/2s9WpWR http://ift.tt/2sJiecG

Kertas Soalan Peperiksaan sesi MAC 2017

Untuk makluman, Bahagian Pembangunan Sumber Digital, Jabatan Pembangunan Repositori Institusi Universiti PTAR, telah selesai memuatnaik Kertas Soalan Peperiksaan Sesi Mac 2017 bagi Program Diploma sebanyak 653 kod kursus (seperti di lampiran) dari Bahagian Penilaian Akademik UiTM.

Kertas Soalan Peperiksaan tersebut boleh diakses di Electronic Question Paper System (EQPS) (
http://ift.tt/1Xn9kvB).

Berikut adalah senarai jumlah Kertas Soalan Peperiksaan yang telah dimuatnaik:


via Blogger http://ift.tt/2r8MTOC http://ift.tt/2rEfejl

Sekitar program Gotong Royong Memasak dan Agihan Bubur Lambuk PTAR 2017


Satu program Gotong Royong Memasak dan Agihan Bubur Lambuk yang dianjurkan oleh warga Perpustakaan Tun Abdul Razak  pada tarikh 7hb. Jun, 2017 (Rabu), bermula dengan gotong-royong memasak seawal jam 08.00 pagi sehingga penyerahan agihan jam 1.00 tengahari.
Program Gotong Royong memasak bubur lambuk ini dijalankan diperkarangan Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama. Sebanyak kira-kira 500 bekas bubur lambuk telah dapat disediakan

Majlis pengagihan dan penyerahan bubur lambuk telah dilakukan oleh Ketua Pustakawan En Noor Hidayat. Penyerahan turut diberikan kepada wakil Jabatan dan wakil Perpustakaan Fakulti.

Diharapkan usaha murni, kerjasama dan komitmen sebegini akan terus berkekalan dalam menjalin ukhwah sesama kita warga PTAR.












 

 
Alhamdulillah, dengan rasa penuh kesyukuran kepada Allah swt. Program Bubur Lambuk PTAR telah dijalankan dengan meriah dan jayanya.

Bagi pihak Pengurusan PTAR, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ketua Jabatan/Bahagian/Perpustakaan dan semua staf PTAR yang telah memberi sokongan, berganding bahu dan bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa bagi menjayakan Program Bubur Lambuk PTAR pada tahun ini.

Diharapkan usaha murni, kerjasama dan komitmen sebegini akan terus berkekalan dalam menjalin ukhwah sesama kita warga PTAR.

Mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang perlaksanaan program ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah swt dan segala kekurangan itu datangnya dari diri kami pihak penganjur.

like and follow us




 

via Blogger http://ift.tt/2rUL2kG http://ift.tt/2sSNjdh