New Arrivals @PTAR – Keluaran Vol 4. May 2017

Perpustakaan Tun Abdul Razak merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.

New Arrivals@PTAR diterbitkan bagi menyebarluas judul terkini bahan rujukan perpustakaan seperti Buku, Jurnal (Pangkalan Data Atas Talian), Ebooks dan Harta Intelek Universiti. Ia bertepatan dengan UiTM sebagai universiti komprehensif yang berperanan sebagai pusat pengajian dalam pelbagai bidang. Perkhidmatan New Arrivals@PTAR ini diterbitkan secara mingguan melalui emel kepada semua warga universiti dan boleh juga diakses melalui Portal PTAR.

BOOK

eBook

like and follow us




via Blogger http://ift.tt/2s64eJJ http://ift.tt/2rwvwff

Notis Waktu Perkhidmatan PTAR bagi bulan Jun 2017

Berikut adalah Notis Waktu Perkhidmatan PTAR bagi bulan Jun 2017

Waktu perkhidmatan ini adalah merangkumi perpustakaan-perpustakaan seperti berikut:

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR Utama)
Perpustakaan Kejuruteraan TAR (PKEJ)
Perpustakaan Undang-Undang TAR (PUU)
Perpustakaan Sains & Teknologi TAR (PST)
Perpustakaan Alam Bina TAR (PAB)


like and follow us
https://twitter.com/ptaruitm
http://ift.tt/2jCnFZP
http://ift.tt/2iEqKEx
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm


via Blogger http://ift.tt/2ryjbql http://ift.tt/2qeHK7Z

Bengkel Hands On Resource Description And Access (RDA) PUiTM Shah Alam


Bengkel Hands On Resource Description and Access (RDA) 


Tarikh : 11 – 12 Mei 2017 (Khamis dan Jumaat)
Masa :  8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Pusat IT, PTAR 1
Peserta kursus : 39 orang

Objektif bengkel ini diadakan bertujuan untuk;


1) Meningkatkan kemahiran pengkatalogan dan pengkelasan mengikut standard Resource Description and Access (RDA)


2) Menambah dan memantapkan lagi kecekapan semasa membuat proses pengkatalogan dan pengkelasan


3) Meningkatkan kualiti rekod Perpustakaan UiTM agar memenuhi piawaian antarabangsa

via Blogger http://ift.tt/2pftqzA http://ift.tt/2pf0kk6

Majlis Penyampaian Emerald’s High Usage Award

Adalah dimaklumkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah diumumkan penerima anugerah Emerald’s High Usage Award-ranked No.1 dengan jumlah 1,056,193 download bagi tahun ke-enam berturut-turut pada 1 Feb 2017 yang lalu.

20170508-majlis-emerald
Sehubungan dengan itu , satu sesi penyampaian trofi dan sijil Emerald’s High Usage Award kepada Naib Canselor UiTM telah diadakan pada 8 Mei 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di  Pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam

Emerald High Usage Awards Ceremony

20170508-majlis-emerald+zuber

20170508-majlis-emerald+ptar

Emerald High Usage Awards

via Blogger http://ift.tt/2pX27XP http://ift.tt/2qgndn3

like and follow us

Emerald High Usage Award 2016

Universiti Teknologi MARA sekali lagi telah mengukir namanya di peta dunia dengan penganugerahan Emerald’s  High Usage Award – ranked No 1 with 1,056,193 articles downloaded in 2016. Anugerah ini diberikan oleh pihak Emerald di atas kejayaan UiTM menjadi institusi yang terbanyak memuat turun artikel teks penuh dalam pangkalan data Emerald.


Penganjuran Emerald’s High Usage Award yang telah memasuki tahun ke-enam penganugerahannya adalah  bertujuan untuk meraikan hubungan Emerald dengan pelanggannya  serta bagi  mengiktiraf kandungan jurnal Emerald yang berkualiti tinggi dan meliputi pelbagai subjek termasuk Business and Management, Marketing, Library Studies, Education Studies, Engineering, Business Finance and Accounting dan Communication Studies.

Pada tahun 2016, UiTM telah dianugerahkan Emerald’s High Usage Award bagi tahun ke-enam berturut-turut dengan jumlah muat turun sebanyak 1,056,193 teks penuh. Tempat kedua  dimenangi oleh The Egyptian Knowledge Bank (EKB) Data Centre dengan jumlah muat turun sebanyak 440,000 manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh  Universiti Utara Malaysia dengan jumlah muat turun sebanyak 300,000 muat turun teks penuh.   


Beberapa institusi lain seperti  Universitas Trisakti (kedudukan ke-sembilan), Universitas Gadjah Mada (kedudukan ke-lima belas) dan University of the West of England pada kedudukan ke-tujuh belas turut tersenarai dalam 20 institusi tertinggi seluruh dunia dalam memuat turun artikel teks penuh pangkalan data Emerald bagi tahun 2016.


Anugerah ini merupakan hasil kerjasama semua pihak terutamanya Perpustakaan Tun Abdul Razak, para penyelidik, kakitangan akademik, kakitangan pentadbiran dan semua pelajar yang menjadikan E-Jurnal dan E-book yang terdapat dalam pangkalan data Emerald sebagai rujukan  dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Universiti Teknologi MARA. 


Berikut merupakan statistik muat turun bagi enam tahun berturut-turut UiTM dianugerahkan Emerald’s High Usage Award.



via Blogger http://ift.tt/2pmgvae http://ift.tt/2qIdVjK