Lokasi terbaru Meja Rujukan PTAR Utama

Dimaklumkan lokasi Meja Rujukan PTAR Utama telah berpindah dari Aras 2 ke Aras 3 berkuatkuasa pada 19 Ogos 2016. Lokasi Meja Rujukan adalah bersebelahan dengan Bilik Perbincangan Aras 3 dan berhampiran Bahagian Pengurusan Terbitan Bersiri & Sumber Elektronik. 
Ini berikutan pelaksanaan kerja menaiktaraf dan ubahsuai di Aras 2, PTAR Utama akan dijalankan pada akhir bulan Ogos ini. 
Sekian untuk makluman.

via Blogger http://ift.tt/2bNKVPB http://ift.tt/2c6imei

Advertisements

Notis Waktu Perkhidmatan PTAR bagi bulan September 2016

Berikut adalah Notis Waktu Perkhidmatan PTAR bagi bulan September 2016

Waktu perkhidmatan ini adalah merangkumi perpustakaan-perpustakaan seperti berikut:

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR Utama)
Perpustakaan Kejuruteraan TAR (PKEJ)
Perpustakaan Undang-Undang TAR (PUU)
Perpustakaan Sains & Teknologi TAR (PST)
Perpustakaan Alam Bina TAR (PAB)



via Blogger http://ift.tt/2bz3FBB http://ift.tt/2bdlYxV

MAKLUMAN AWAL : PENUTUPAN LALUAN PINTU MASUK UTAMA TINGKAT 2 PTAR 1

Dimaklumkan bahawa projek naik taraf dan ubahsuai perpustakaan akan dijalankan bermula 24 Ogos 2016 yang melibatkan kawasan di tingkat 2 PTAR. Projek ini akan mengambil masa 8 bulan dan dijangka selesai pada April 2017. Oleh itu, mulai 24 Ogos 2016 pengguna perpustakaan dikehendaki menggunakan laluan masuk di tingkat 1, PTAR 1.

Untuk makluman, sepanjang tempoh projek naiktaraf dan ubahsuai dijalankan, pengguna tidak dibenarkan untuk menggunakan tingkat 2 atas sebab-sebab keselamatan. Untuk itu, perkhidmatan Kaunter Perkhidmatan Pelanggan (urusan peminjaman/pemulangan/bayaran denda/keahlian) akan beroperasi di kaunter sementara di tingkat 1, PTAR 1.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-5544 3716/ 3738/ dan 5543 852.

Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi berikutan kerja-kerja naik taraf dan ubahsuai ini.



via Blogger http://ift.tt/2boAlA5 http://ift.tt/2b6bMV0

PERTANDINGAN VIDEO SUARA ANAK MERDEKA, SELFIE & WEFIE

PERTANDINGAN VIDEO SUARA ANAK MERDEKA, SELFIE & WEFIE MELALUI INSTAGRAM PTAR
syarat-syarat penyertaan:
1) Terbuka kepada warga UiTM Shah Alam sahaja
2) Bagi pertandingan video, durasi 30 hingga 60 saat
3) Video hendaklah menggunakan Bahasa Melayu secara penuh
4) Tema adalah ‘Anak Merdeka’
5) Pakaian bersesuaian dengan tema kemerdekaan (sopan)
6) Akaun Instagram hendaklah ‘public’
7) Gunakan hastag #anakmerdeka untuk penyertaan

via Blogger http://ift.tt/2boAumT http://ift.tt/2b6ct0Q

WhatsApps rasmi Bahagian Perhubungan Korporat UiTM Shah Alam

Salah satu platform untuk warga UiTM khususnya para pelajar UiTM di kampus Shah Alam, kami di Bahagian Perhubungan Korporat mengalu-alukan segala cadangan/ aduan & maklumbalas dihantar melalui aplikasi WhatsApps rasmi kami seperti di atas.
Kami di Bahagian Perhubungan Korporat sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan penyampaian kami ditahap yang terbaik.
Platform kami di media sosial:
2) Twitter @ptaruitm 
sekian, terima kasih

via Blogger http://ift.tt/2aNHDI7 http://ift.tt/2aPj1lw