Notis Waktu Perkhidmatan PTAR bagi bulan Julai 2016

Notis waktu perkhidmatan ini adalah merangkumi perpustakaan-perpustakaan seperti berikut:

  • Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR Utama)
  • Perpustakaan Undang-Undang (PUU)
  • Perpustakaan Kejuruteraan (PKEJ)
  • Perpustakaan Alam Bina (PAB)
  • Perpustakaan Sains & Teknologi (PST)

Sebarang perubahan waktu tertakluk kepada pindaan dan akan dimaklumkan dari masa kesemasa. Segala pertanyaan sila hubungi talian : 03-55443702 / 03-55443701


via Blogger http://ift.tt/291EinM http://ift.tt/299khzy

Program Bubur Lambuk PTAR 2016

16 Jun 2016 –  Program Bubur Lambuk PTAR 2016 yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah berlangsung dengan jayanya diperkarangan parkir pintu Utama Staf PTAR. Program yang dilaksanakan setiap tahun di bulan Ramadan ini bertujuan untuk meningkatkan ukhuwah dan semangat muafakat dikalangan warga PTAR. Agihan bubur lambuk oleh Encik Noor Hidayat Adnan, Ketua Pustakawan UiTM telah dibuat kepada semua staf PTAR termasuk Perpustakaan UiTM Selangor

via Blogger http://ift.tt/23ffvDw http://ift.tt/1YvXH6k

Taklimat Pengurusan Risiko PTAR

Pada 3 Jun 2016, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan taklimat Pengurusan Risiko di Bilik Seminar PTAR Utama. Taklimat yang telah diberikan oleh penceramah jemputan Ybhg. Prof. Dr. Nor ‘Azam Matsuki, Ketua Unit Pengurusan Risiko UiTM bertujuan untuk memberi pendedahan tentang rangka kerja pengurusan risiko dan metadologi serta kaedah bagi mengenalpasti, mengukur, memantau, mengawal dan menilai risiko

via Blogger http://ift.tt/1WG2jHI http://ift.tt/25NYfXv