Sekitar di Pesta Buku sempena Program Galakan Membaca PTAR 2016

Satu program Pesta Buku PTAR 2016 telah berlangsung di ruang legar PTAR Utama bersempena dengan Program Galakan Membaca dari 28 Mac 2016 sehingga 30 Mac 2016. 


Majlis pelancaran program ini akan berlangsung pada 29 Mac 2016 yang akan dilaksanakan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said dan sekaligus telah membuat lawatan ke PTAR. 





Hari Pertama (28 Mac 2016)





Hari Kedua (29 Mac 2016)








Hari Ketiga (30 Mac 2016)



via Blogger http://ift.tt/1MUN0C3 http://ift.tt/1M20i4N

Kursus Adobe Illustrator (Intermediate) di PTAR

Bahagian Pengurusan Sistem Perpustakaan (BPSP) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan akan menganjurkan Kursus Adobe Illustrator (Intermediate) PTAR pada :


Tarikh :   29 – 31 Mac 2016 (Selasa hingga Khamis)
Masa :   8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat :   Pusat IT, PTAR 


Objektif kursus ini diadakan bertujuan untuk :-


a)   Memberi kefahaman dan kemahiran mengenai penggunaan Adobe Illustrator (Intermediate).

b)  Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan Adobe Illustrator dengan versi yang terkini.

c)  Memberi peluang kepada staf untuk menjadi lebih kreatif dalam mengendalikan Adobe Illustrator.

d)  Mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam penggunaan Adobe Illustrator.



Maklumat kursus adalah seperti berikut :


Peserta kursus :   40 orang staf PTAR 
Kumpulan Sasaran :   Staf Profesional & Pelaksana 
Penceramah :   Encik Darus Kasim (Timbalan Pereka Grafik, Ketua Bahagian Media Kreatif, Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM)
Fasilitator :   Encik Mohd Paizal B. Usman (Pembantu Perpustakaan,Unit Pengurusan ICT, PTAR)

via Blogger http://ift.tt/1ThEeoe http://ift.tt/eA8V8J

Waktu Perkhidmatan PTAR bagi bulan April 2016

Berikut adalah notis perkhidmatan Perpustakaan pada bulan April 2016. Notis waktu perkhidmatan ini adalah merangkumi perpustakaan-perpustakaan seperti berikut:

  • Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR Utama)
  • Perpustakaan Kejuruteraan (PKEJ)
  • Perpustakaan Pengurusan Perniagaan (PPER)
  • Perpustakaan Undang-Undang (PUU)
  • Perpustakaan Sains & Teknologi (PST)
  • Perpustakaan Alam Bina (PAB)


Sebarang perubahan waktu tertakluk kepada pindaan dan akan dimaklumkan dari masa kesemasa. Segala pertanyaan sila hubungi talian : 03-55443702 / 03-55443701

via Blogger http://ift.tt/1RikQWV http://ift.tt/1Zv92m0

Lawatan kerja Ketua Pustakawan ke PTAR, PFI Kampus Raub

Perpustakaan PFI PTAR Kampus Raub, telah menerima kunjungan daripada Ketua Pustakawan UiTM, En Noor Hidayat b. Adnan pada hari Selasa, 22 Mac 2016. Kampus Raub ini adalah kampus yang dibangunkan dibawah pelan Private Financial Initiative (PFI). 

Perpustakaan ini telah pun beroperasi sepenuhnya pada bulan Oktober 2015. Kedatangan kunjungan ini telah disambut oleh Pegawai Perpustakaan Kampus Jengka yang diketuai oleh Pn. Rosnita bt. Ja’afar, Penolong Pendaftar Kanan, En. Mohd Hasni b. Husin serta staf perpustakaan. Penerangan dan taklimat perpustakaan telah disampaikan oleh En. Mohd Anwar b. Hasim, Pustakawan Perpustakaan PFI PTAR Kampus Raub. Lawatan kerja dua hari Ketua Pustakawan yang diiringi oleh Ketua Jabatan Arkib PTAR, En. Ariffin b. Jamaludin ke PUiTM Pahang ini berakhir pada 22 Mac 2016.



via Blogger http://ift.tt/1RmmQMs http://ift.tt/1RAs6PZ

Lawatan Rasmi Ketua Pustakawan Ke Perpustakaan Al-Bukhari

    Ketua Pustakawan UiTM, En. Noor Hidayat Adnan dan diiringi oleh En. Ariffin Jamaludin, Ketua Jabatan Arkib Universiti, telah membuat lawatan kerja rasmi ke Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Pahang dan Perpustakaan UiTM Kampus Raub pada 21 – 22 Mac 2016 yang lepas. 

    Siri lawatan kerja ini akan diadakan sepanjang 2016 ke seluruh sistem Perpustakaan UiTM yang telah bermula dengan Perpustakaan UiTM Kampus Dengkil pada 22 Februari 2016 yang lepas. 

    Penerangan mengenai perkembangan serta pencapaian perpustakaan telah pun disampaikan oleh Pn. Rosnita bt. Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Cawangan Pahang. 


    Di kesempatan lawatan ini juga, warga staf perpustakaan telah pun diberikan taklimat mengenai hala tuju perpustakaan serta staf sentiasa diingatkan supaya menjaga integriti serta ketanggungjawaban dalam menjalankan tugas. Lawatan kerja sehari ini telah pun berakhir pada jam 5 petang.


via Blogger http://ift.tt/25lOTTQ http://ift.tt/1ZrG0nw