Lawatan Pelajar Momoyama Gakuin University, Jepun ke PTAR

      SEKITAR LAWATAN MASUK PELAJAR DARI MOMOYAMA GAKUIN UNIVERSITY, JEPUN


    PTAR telah menerima lawatan masuk 9 orang pelajar dari Momoyama Gakuin University, Jepun pada 25 Februari 2016 (Rabu).

    Para pelajar tersebut terlibat dengan Program Pertukaran Jaringan Antarabangsa antara Jepun dan Malaysia selama 3 bulan yang telah ditempatkan di Universiti UCSI.

    Para pelajar telah didedahkan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak secara khususnya. 

via Blogger http://ift.tt/1RyGN2E http://ift.tt/1UtdIs2

Advertisements

Notis Waktu Perkhidmatan PTAR Bulan Mac 2016

Notis waktu perkhidmatan ini adalah merangkumi perpustakaan-perpustakaan seperti berikut:

  • Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR Utama)
  • Perpustakaan Pengurusan Perniagaan (PPER)
  • Perpustakaan Undang-Undang (PUU)
  • Perpustakaan Kejuruteraan (PKEJ)
  • Perpustakaan Alam Bina (PAB)
  • Perpustakaan Sains & Teknologi (PST)
Sebarang perubahan waktu tertakluk kepada pindaan dan akan dimaklumkan dari masa kesemasa. Segala pertanyaan sila hubungi talian : 03-55443702 / 03-55443701

via Blogger http://ift.tt/1KWaHP1 http://ift.tt/214TS6d

Patent Novelty Search Workshop di PTAR

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Research Innovation Business Unit (RIBU), Institut Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI) akan menganjurkan kursus Patent Novelty Search Siri II.
 

Tujuan penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih optimum kepada penyelidik UiTM berkenaan kaedah Patent Novelty Search sekaligus membawa kepada penghasilan harta intelek yang berkualiti tinggi dan mempunyai nilai kebolehpasaran seterusnya membawa kepada agenda pengkomersilan.

Butiran penganjuran adalah seperti yang berikut:
    

Tarikh     :   23 Februari 2016 (Selasa)
Masa      :   8.30 pagi hingga 05.00 petang
Tempat  :    Pusat IT, Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 (PTAR 1), UiTM Shah Alam.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi sekretariat Harta Intelek RIBU di talian 03-5544 2748 / 03-5543 7976 atau emel kepada ipribuuitm@gmail.com /ribuuitm@salam.uitm.edu.my

via Blogger http://ift.tt/1SONlx5 http://ift.tt/21mliq8

Library Outreach Program 2016



Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan Akademik, PTAR  dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa (APB)  akan menganjurkan Library Outreach Program 2016 pada butiran berikut:

        Tarikh   :   19 Februari 2016 (Jumaat
        Masa     :   9.00 pagi-12.00 tengahari
        Tempat :  Akademi Pengajian Bahasa (APB)

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk mewar-warkan maklumat perkhidmatan terkini PTAR disamping mendapatkan maklum balas daripada pengguna bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.

via Blogger http://ift.tt/1U6L5k9 http://ift.tt/1OfiMJ1

Amanat Tahun Baru Naib Canselor 2016

Sukacita dimaklumkan Amanat Tahun Baharu Naib Canselor UiTM 2016 akan diadakan pada 18 Februari 2016 di Dewan Agung Tuanku Canselor.

Semua warga UiTM di Shah Alam/Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana/Seksyen 17 dan INTEC adalah dijemput hadir bagi bersama-sama mendengar Amanat Tahun baru yang
akan disampaikan oleh Naib Canselor. Bagi warga di UiTM Sg Buloh dan Selayang/Kampus Dengkil dan kampus negeri, Majlis amanat ini akan bersiaran secara langsung
menerusi live streaming.



ATUR CARA
AMANAT TAHUN BAHARU NAIB
CANSELOR 2016
                                    TARIKH          :           18
FEBRUARI 2016
                                    MASA             :           9.00
PAGI
                                    TEMPAT        :           DEWAN
AGUNG TUANKU CANSELOR
            8.00 pagi         Ketibaan Warga UiTM
            8.45 pagi         Ketibaan Pengurusan Kanan UiTM
            9.00 pagi         Ketibaan
YBhg Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said
                                    Naib Canselor
                                    Lagu
Negaraku
                                    Bacaan Doa
                                    Amanat Tahun Baharu 2016 oleh:
                                    YBhg Profesor Emeritus Dato’ Dr
Hassan Said, Naib Canselor
                                    Tema   :   Melonjak UiTM Di Persada Global
                                    Pelancaran Dokumen:
        • Buku Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11)
        • Norma Perjawatan UiTM, Edisi Pertama
                                    Nyanyian Lagu Wawasan Setia Warga
UiTM

            10.30 pagi       Majlis Bersurai

via Blogger http://ift.tt/1QExxXR http://ift.tt/1TmGafv