Syabas dan tahniah PTAR Juara Peringkat Bahagian dan Juara Keseluruhan AKNC UiTM 2015

PTAR telah dinobatkan sebagai Juara Peringkat Bahagian dan Juara Keseluruhan 
AKNC UiTM 2015 dalam Majlis Kemuncak Bulan Inovasi UiTM yang berlangsung pada pada 23 Disember 2015 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.


Antara kriteria yang dimenangi adalah :

1. Kriteria 4 – Pengukuran, Analisis & Pengurusan Pengetahuan

2. Kriteria 6 – Tumpuan Kepada Proses

3. Kriteria 7 – Hasil Pencapaian

4. Kriteria 8 – Inovasi 

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diberikan kepada Warga PTAR di atas usaha bersama untuk kemenangan AKNC ini.


via Blogger http://ift.tt/1RM3cM4 http://ift.tt/1OmzDtG

Salam Maulidur Rasul 1436H Tahun 2015



Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.


Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia

via Blogger http://ift.tt/1RFBnoM http://ift.tt/1TgOaeT

Audit Perjawatan PTAR

Bahagian Pembangunan Organisasi, Pejabat Pendaftar akan melaksanakan Audit Perjawatan seluruh sistem untuk menilai semula kedudukan perjawatan serta penempatan jawatan-jawatan yang telah diluluskan oleh Agensi Pusat dalam Surat Kelulusan Perjawatan (SKP).

Proses audit perjawatan akan dilaksanakan mulai 8 hingga 23 Disember 2015.  Kumpulan auditor terdiri daripada  Pegawai Tadbir Kumpulan Pengurusan dan Profesional Pejabat Pendaftar yang dilantik oleh Pengurusan Tertinggi UiTM. Bagi tujuan pengauditan ini, pihak auditor akan melakukan semakan ke atas dokumen/maklumat yang telah diminta sebelum ini serta menjalankan sesi temubual dengan staf di Bahagian/Jabatan/Perpustakaan Fakulti yang akan ditentukan mereka nanti. 




GALERI GAMBAR




via Blogger http://ift.tt/1TTkNPR http://ift.tt/1TTkNiP

Kertas Soalan Peperiksaan Sesi September 2015

Bahagian Pembangunan Sumber Digital, Jabatan Pembangunan Repositori Institusi Universiti, PTAR telah selesai memuatnaik Kertas Soalan Peperiksaan Sesi September 2015 sebanyak 741 kod kursus dari Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan UiTM. 


Berikut adalah senarai kod kursus yang telah dimuatnaik :






Kertas Soalan Peperiksaan tersebut boleh diakses di Electronic Question Paper System (EQPS) 
Klik Disini

via Blogger http://ift.tt/1k3WbHV http://ift.tt/1k3W92O

Audit Perjawatan PTAR Tahun 2015



Bahagian Pembangunan Organisasi, Pejabat Pendaftar akan melaksanakan Audit Perjawatan seluruh sistem untuk menilai semula kedudukan perjawatan serta penempatan jawatan-jawatan yang telah diluluskan oleh Agensi Pusat dalam Surat Kelulusan Perjawatan (SKP).

Proses audit perjawatan akan dilaksanakan mulai 8 hingga 23 Disember 2015.  Kumpulan auditor terdiri daripada  Pegawai Tadbir Kumpulan Pengurusan dan Profesional Pejabat Pendaftar yang dilantik oleh Pengurusan Tertinggi UiTM. Bagi tujuan pengauditan ini, pihak auditor akan melakukan semakan ke atas dokumen/maklumat yang telah diminta sebelum ini serta menjalankan sesi temubual dengan staf di Bahagian/Jabatan/Perpustakaan Fakulti yang akan ditentukan mereka nanti. 

via Blogger http://ift.tt/1k3W92A http://ift.tt/1P9Alj8

Kursus Teknik Pengendalian Program Pendidikan Pengguna


Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan Akademik, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Utama akan menganjurkan Kursus Teknik Pengendalian Program Pendidikan Pengguna seperti berikut :

Tarikh   :  15-16 Disember 2015 (Selasa/Rabu)
Tempat :  Bilik Seminar PTAR Utama
Masa    :  8.30 pagi – 5.00 petang


Antara objektif utama kursus ini dianjurkan adalah untuk :
–  Memberi pendedahan kepada pustakawan tentang teknik-teknik pengajaran berpandukan teori dalam   

pedagogi.
–  Mengaplikasikan konsep pengajaran dan pembelajaran berkesan
–  Menyampaikan kandungan modul dengan baik
–  Berkeyakinan mengendalikan kelas dan taklimat
Penceramah yang akan terlibat di dalam menyampaikan ceramah pada sesi kursus ini adalah  Encik Mohamad Azmi Adnan, Pensyarah Fakulti Pendidikan UiTM Shah Alam.

via Blogger http://ift.tt/1YjMMt9 http://ift.tt/1ITMeIH