Program Gotong Royong Perdana UiTM Peringkat PTAR



Dimaklumkan bahawa pada tahun ini UiTM sekali lagi akan menganjurkan Program Gotong-Royong Perdana.

Sebagaimana penganjuran pada tahun 2014, program ini akan diadakan serentak di semua kampus UiTM seluruh Malaysia. Majlis pelancaran akan diadakan di UiTM Kampus Puncak Alam mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 3 Disember 2015 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna, Kampus UiTM Puncak Alam Selangor.

Sehubungan itu, semua PTJ/kampus turut bersama dalam program ini dengan mengadakan program gotong-royong secara serentak selepas acara pelancaran yang akan disempurnakan oleh Y Bhg Tan Sri Naib Canselor. ‘Live streaming‘ akan diadakan bagi membolehkan majlis pelancaran ini disaksikan di semua PTJ/kampus cawangan.

via Blogger http://ift.tt/1Pmr3RX http://ift.tt/1XCdyNg

Kursus Powerpoint (Asas) di PTAR

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan Kursus Microsoft Power Point peringkat asas pada 26 – 27 November 2015.


Objektif kursus ini diadakan adalah untuk :

a) Untuk memberi kefahaman dan kemahiran mengenai Microsoft PowerPoint peringkat asas.
b) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan Microsoft PowerPoint dengan versi yang terkini.
c) Memberi peluang kepada staf untuk menjadi lebih kreatif dalam mengendalikan PowerPoint.
d) Mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam penggunaan Microsoft PowerPoint.



via Blogger http://ift.tt/1jmIGCP http://ift.tt/1Pe8orv

Tazkirah Bulan November 2015 : Sabar dalam Ujian

Majlis Tazkirah / Ceramah Agama PTAR bagi bulan November 2015 telah diadakan seperti butir yang  berikut:

Tarikh / Hari     : 27 November 2015 (Jumaat) / 15 Safar 1437H
Masa    : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat    : Bilik Seminar PTAR 1
Penceramah    : Ustaz Mohd Hafiz Mohd Hasan
Tajuk    : Sabar dalam Ujian

via Blogger http://ift.tt/1jmIH9U http://ift.tt/1jmIH9H

Lawatan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur ke Perpustakaan Tun Abdul Razak

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar oleh Sekolah Kebangsaan Seri Makmur (Sekolah Kluster Kecemerlangan), Sg. Besar, Selangor seperti butir yang berikut :

Tarikh :  26hb. November 2015 (Khamis)
Masa :  10.00 pagi – 12.00 tengahari
Bil. Peserta :  100 orang pelajar dengan 20 orang guru pengiring 
Pegawai Pengiring : Encik Hazrul Hussin (Pustakawan S44)

Tujuan utama program lawatan ini adalah untuk mengenali UiTM dengan lebih dekat  disamping memberikan pelajar  ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang Perpustakaan Tun Abdul Razak.


via Blogger http://ift.tt/1OhYCmQ http://ift.tt/1ljmsmn