Bengkel “Boosting Your Research Experience with Web Of Science”



Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Unit Impak dan Etika Penyelidikan,Research Management Centre (RMC)  menganjurkan ceramah bertajuk  “Boosting Your Research Experience With Web Of Science“.Kursus akan dijalankan pada ketetapan berikut:

Sesi 1        
 Tajuk                    : Boosting your research experience with Web of Science Tarikh                   : 26 Ogos 2015Hari                      : RabuMasa                    : 9.30 pagi – 12.00 tengahari Tempat                : Pusat IT, PTAR 1Penceramah       : Mr. Wilson Tan & Dr.See Diu Seng

Sesi 2

Tajuk                  : Boosting your research experience with Web of Science Tarikh                 : 26 Ogos 2015Hari                     : RabuMasa                   : 2.30 petang – 4.45 petang Tempat               : Pusat IT, PTAR 1Penceramah      : Mr. Wilson Tan & Dr.See Diu Seng
Content            : – Basics of Web of Science.                          – Parts of a manuscript                           – One-click referencing with Endnote                           – Impact factors: Does it impact you?                          – An awesome cover letter worthy of your manuscript                           – You have submitted your manuscript. What’s next?




Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Sekretariat UIEP, IRMI
Cik Fatimatun Nur
03-5544 8069
Email : fatimatun@salam.uitm.edu.my

via Blogger http://ift.tt/1h7p7gQ http://ift.tt/1h7p84m

Advertisements

Bulan Kemerdekaan di PTAR

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 bertemakan #SehatiSejiwa mampu mengerak dan menyemarakkan perasaan kasih sayang serta hormat menghormati di antara kita. Ia akan meneguhkan lagi semangat patriotisme yang menjadi tunggak dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa Malaysia. 
#SehatiSejiwa adalah titian hubungan – yang jauh didekatkan, ukhwah dipereratkan, selamanya.


Ayuh kibarkan Jalur Gemilang!

via Blogger http://ift.tt/1hr4SM5 http://ift.tt/1HXjo2Q

Lawatan Penandaarasan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak ke PTAR



Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak telah mengadakan satu lawatan penandaarasan  ke Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam pada hari Selasa bersamaan 18 Ogos 2015. Lawatan yang dihadiri oleh pustakawan dari Bahagian Perkhidmatan Informasi, UIAM ini bermula seawal jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR,  Pn. Asmah Maarof selaku Ketua Bahagian Perkhidmatan Akademik telah memberikan penerangan dan taklimat bagi tujuan tersebut.

Lawatan yang diwakili oleh 10 orang pegawai perpustakaan UIA ini adalah bertujuan untuk mempelajari dan berkongsi maklumat tentang sistem eborang dan juga “Chat with Librarian” di dalam merekodkan pertanyaan rujukan harian yang dikendalikan di Perpustakaan UiTM. Selain daripada itu delegasi ini juga telah mengadakan lawatan singkat ke seluruh bahagian di PTAR.

via Blogger http://ift.tt/1gVMpGz http://ift.tt/1MBWqpU

Bengkel “How To Publish An Article”


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Unit Impak dan Etika Penyelidikan,Research Management Institute (RMI)  menganjurkan ceramah  bertajuk  “How to Publish an Article”.Kursus akan dijalankan pada ketetapan berikut:
                      
SAGE – “How to Publish an Article”
Tarikh      : 19 Ogos 2015 (Rabu)
Masa        : 9:30 pagi – 12.30 tengah hari 
Tempat    : Auditorium, Perpustakaan Tun Abdul Razak 2,Bangunan ILQAM,Uitm Shah Alam
 

Topik       : 

“Guide to Writing a Journal Article wherein we provide a checklist of common errors made, how to select a journal to submit the article and a brief framework  of a typical journal article.”

Penceramah: Rosalia da Garcia, SAGE
Speaker Job Title: Director, Consortia/Library Sales & Marketing
*Speaker Company: SAGE Publications Asia-Pacific Pte Ltd
Years of Industry Experience: 16 years
Speaker biography:
Rosalia was a banker before joining the publishing industry. She has vast experiences in publishing from Customer Service, Sales to Marketing and Foreign Rights Management. She has worked for McgrawHill, Pearson Education, Wiley and Elsevier before joining SAGE. She is well known in the industry as one who is assertive and is able to deliver results.  Rosalia is passionate about publishing which she sees as a means of educating the future leaders and researchers of the world.  Rosalia’s role in SAGE includes driving Sales & Marketing initiatives and seeking new revenue channels like Publishing.



Aturcara: 
9.00 pagi -10.00 Pagi                : Pendaftaran Peserta & Sarapan Pagi
10.00 pagi-12.00 Tengah hari   : “How to Publish an Article” by Rosalia da Garcia, SAGE.
12.00 -12.30 Tengah hari          : Sesi soal jawab
12.30 Tengah hari                     : Bersurai





Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Sekretariat UIEP, IRMI
Cik Fatimatun Nur / En. Aizad Al- Bakri
03-5544 8069 / 03-5544 2794
Email : fatimatun@salam.uitm.edu.my 

via Blogger http://ift.tt/1L28y06 http://ift.tt/1L28vS7

Sambutan Majlis Hari Raya PTAR 2015


Pada Hari Isnin bersamaan 3 Ogos 2015, Perpustakaan Tun Abdul Razak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, 1436H di Aras 1, PTAR Utama. Majlis bermula pada jam 9 pagi dengan bacaan surah Al-Fatihah seterusnya majlis dirasmikan oleh Ketua Pustakawan PUiTM, Encik Noor Hidayat Adnan.
Lebih daripada 200 jemputan yang terdiri daripada warga PTAR telah hadir dan memeriahkan majlis tersebut. Majlis yang bertemakan “Warna warni di Aidilfitri” ini juga turut dihadiri oleh mantan dan pesara-pesara PTAR yang terdahulu. Para tetamu yang hadir telah dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa seperti ketupat, rendang daging dan ayam, sate ayam, lemang, serta pelbagai jenis kuih-muih. Seperti tahun-tahun yang sudah, setiap bahagian atau unit di PTAR akan menghidangkan menu makanan dan minuman di booth masing-masing. Pelbagai variasi dan keunikan dapat dilihat di setiap booth atas kreativiti staf yang mempamerkan bakat menghias.
Encik Noor Hidayat Adnan serta warga pengurusan PTAR mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dengan para jemputan yang hadir disamping mengeratkan silaturahim bersama staf-staf PTAR. Suasana ukhuwah penuh kemesraan dan muhibbah ini turut dikongsi bersama oleh semua yang hadir yang rata-ratanya terus menunggu hingga akhir majlis bagi memanfaatkan sepenuhnya peluang berkumpul bersama. 



via Blogger http://ift.tt/1OSvorO http://ift.tt/1MRadrD