Perpustakaan UiTM's Blog

12/06/2015

LAWATAN PENANDAARASAN STAF BPSB KE PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI

Filed under: Uncategorized — perpustakaanuitm @ 8:23 am
Tags: , , , , ,
Pada 11 Jun 2015 yang lalu, Staf BPSB dari PTAR yang terdiri daripada tiga (3) unit iaitu Unit Pembangunan Monograf & Media, Unit Hadiah & Pesanan Tetap dan Unit Katalog & Kelas telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI di Tanjong Malim, Perak. 26 Delegasi dari PTAR ini diketuai oleh Puan Faridah Talib, Ketua Timbalan Pustakawan PUiTM.


Maklumat lawatan adalah seperti  berikut:

Tarikh :  11 Jun 2015 (Khamis)
Masa :  8.00 pagi – 5.00 petang
Bil. Peserta :  26 orang


Lawatan dan perkongsian maklumat ini adalah bagi mempelajari proses kerja di unit/bahagian yang berikut di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI: 

Unit Monograf dan Koleksi Khas 
Unit Hadiah dan Pertukaran 
Bahagian Katalog


Objektif utama lawatan ini adalah bertujuan untuk:

1. Memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada staf bagi mempelajari dan melihat proses perolehan dan pembelian bahan.
2. Melihat penggunaan sistem Pustaka VRS iaitu sistem penilaian prestasi pembekal yang digunapakai di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
3. Mempelajari tentang pengurusan, perolehan dan pemprosesan bahan-bahan hadiah yang diperolehi secara percuma dari universiti dalam/luar negara, agensi kerajaan, badan berkanun, agensi swasta, institusi dan organisasi dalam/luar negara serta orang perseorangan.
4. Mempelajari proses kerja pengkatalogan bahan di Perpustakaan UPSI terutama bahan muzik, untuk penambahbaikan proses kerja di PTAR.
5. Perkongsian maklumat dan informasi mengenai penetapan pengkatalogan yang diamalkan di Perpustakaan UPSI di mana tumpuan utama adalah kepada penetapan baru pengkatalogan iaitu Resource Description and Access(RDA).
6. Mengadaptasi amalan terbaik perpustakaan lain yang bersesuaian dengan Perpustakaan UiTM bagi mencapai kecemerlangan berterusan.

Taklimat disampaikan oleh Puan Che Noriha Pustakawan Bahagian Perolehan, UPSI


via Blogger http://ift.tt/1FcFjSh http://ift.tt/1e7Nb2u

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: