Bengkel Pembentangan Laporan AKNC PTAR 2014 UiTM


Program : Bengkel Pembentangan Laporan AKNC PTAR 2014 UiTM
Tempat : Klana Beach Resort, Port Dickson
Tarikh : 15 Jun – 17 Jun 2015

via Blogger http://ift.tt/1TNT8BJ http://ift.tt/1GJeN77

Advertisements

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil Beserta Tazkirah PTAR 2015





Bersempena bulan Ramadhan yang hampir tiba, pihak Jawatankuasa Tazkirah PTAR telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil beserta Tazkirah PTAR tahun 2015 / 1436H. 
Sehubungan itu, sebahagian warga PTAR telah menyertakan nama-nama arwah untuk majlis bacaan Yaasin dan Tahlil ini.

Tarikh / Hari  : 12 Jun 2015 (Jumaat) /25 Syaaban 1436H
Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat : Bilik seminar, PTAR 1
   
   
  
TENTATIF MAJLIS:


8.00 – 8.30 pagi : Kehadiran warga PTAR
8.30 – 9.00 pagi : Bacaan Yasiin dan Tahlil dipimpin oleh Ustaz Mohd Hafiz Mohd Hasan
9.00 – 10.00 pagi : Tazkirah PTAR bertajuk ‘Jin Dan Manusia’ oleh Ustaz Mohd Hafiz Mohd Hasan

10.00 pagi : Jamuan & bersurai


Semoga Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil ini bermanfaat kepada warga PTAR sebelum menyambut ketibaan Ramadhan Al Mubarak.

via Blogger http://ift.tt/1MD8zal http://ift.tt/1JSCEDG

LAWATAN PENANDAARASAN STAF BPSB KE PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI

Pada 11 Jun 2015 yang lalu, Staf BPSB dari PTAR yang terdiri daripada tiga (3) unit iaitu Unit Pembangunan Monograf & Media, Unit Hadiah & Pesanan Tetap dan Unit Katalog & Kelas telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI di Tanjong Malim, Perak. 26 Delegasi dari PTAR ini diketuai oleh Puan Faridah Talib, Ketua Timbalan Pustakawan PUiTM.


Maklumat lawatan adalah seperti  berikut:

Tarikh :  11 Jun 2015 (Khamis)
Masa :  8.00 pagi – 5.00 petang
Bil. Peserta :  26 orang


Lawatan dan perkongsian maklumat ini adalah bagi mempelajari proses kerja di unit/bahagian yang berikut di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI: 

Unit Monograf dan Koleksi Khas 
Unit Hadiah dan Pertukaran 
Bahagian Katalog


Objektif utama lawatan ini adalah bertujuan untuk:

1. Memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada staf bagi mempelajari dan melihat proses perolehan dan pembelian bahan.
2. Melihat penggunaan sistem Pustaka VRS iaitu sistem penilaian prestasi pembekal yang digunapakai di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
3. Mempelajari tentang pengurusan, perolehan dan pemprosesan bahan-bahan hadiah yang diperolehi secara percuma dari universiti dalam/luar negara, agensi kerajaan, badan berkanun, agensi swasta, institusi dan organisasi dalam/luar negara serta orang perseorangan.
4. Mempelajari proses kerja pengkatalogan bahan di Perpustakaan UPSI terutama bahan muzik, untuk penambahbaikan proses kerja di PTAR.
5. Perkongsian maklumat dan informasi mengenai penetapan pengkatalogan yang diamalkan di Perpustakaan UPSI di mana tumpuan utama adalah kepada penetapan baru pengkatalogan iaitu Resource Description and Access(RDA).
6. Mengadaptasi amalan terbaik perpustakaan lain yang bersesuaian dengan Perpustakaan UiTM bagi mencapai kecemerlangan berterusan.

Taklimat disampaikan oleh Puan Che Noriha Pustakawan Bahagian Perolehan, UPSI


via Blogger http://ift.tt/1FcFjSh http://ift.tt/1e7Nb2u