Lawatan Audit Swa Akreditasi oleh MQA

Pada 25 Mei 2015,  Perpustakaan Tun Abdul Razak telah melalui proses audit institusi yang dikendalikan oleh pihak MQA sebagai persediaan untuk diperakukan status SWA Akreditasi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Lawatan Audit Swa Akreditasi ini diwakili oleh dua panel MQA.

Pihak InQKA telah mengadakan sesi penerangan dan memberikan bantuan serta khidmat nasihat kepada PTJ berkenaan bagi persiapan audit tersebut.  Swa Akreditasi bermaksud satu status yang melayakkan sesebuah IPT/PPT mengakreditasi sendiri program pengajian tanpa perlu mendapatkan kelulusan MQA dan KPT (hanya perlu dimaklumkan sahaja). Namun begitu, ia masih tertakluk kepada audit pemantauan secara berterusan oleh pihak MQA. Walau bagaimanapun, Swa Akreditasi tersebut tidak termasuk program professional yang masih perlu mendapatkan akreditasi dan pengiktirafan badan professional berkaitan.

Setinggi ucapan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PTAR yang telah bersiap sedia bagi menghadapi audit tersebut dengan memberi segala bentuk kerjasama yang diperlukan bagi menjayakannya.

via Blogger http://ift.tt/1Bon3Fg http://ift.tt/1dwChTp

Advertisements

Taklimat Kesedaran Pencegahan Kebakaran

PTAR dengan Kerjasama Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur akan mengadakan Taklimat Kesedaran Pencegahan Kebakaran.

Taklimat selama 1 jam ini akan di sampaikan oleh wakil badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur yang telah menerima latihan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Maklumat taklimat adalah seperti berikut :

Program : Taklimat Kesedaran Pencegahan Kebakaran
Masa : 10 pagi – 11 Pagi (1 Jam)
Tarikh : 12 Mei 2015 (Selasa)
Tempat : Bilik Seminar, PTAR 1.
Penceramah : Wakil dari Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur

Tujuan taklimat tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang bahaya kebakaran, langkah-langkah pencegahan, serta tindakan yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran. Yang paling penting setiap kakitangan perlu mengetahui cara penggunaan alat pemadam api.
Antara pengisian penting yang akan dikupas adalah seperti isu Litar Pintas, Panduan Lif, Cara Evakuasi, Kenderaan Terbakar, Asap, Cara Penyelamat, Waktu Itu Nyawa, Pengetahuan Am dan Kajian Kes

via Blogger http://ift.tt/1EvqJoX http://ift.tt/eA8V8J

Sesi Staf Perpustakaan Bersama Presiden KKUUiTM


Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) seperti ketetapan yang berikut :


Tarikh : 5 Mei 2015
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Seminar PTAR 1
Jam : 10.00 pagi – 12.30 tengahari

Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk bertukar-tukar pandangan demi manfaat bersama dalam perjuangan warga PTAR untuk meningkatkan kecemerlangan universiti.

via Blogger http://ift.tt/1PkRgvl http://ift.tt/1IbFV04