Pembaharuan Pensijilan ISO 9001:2008 Perpustakaan UiTM

Adalah dimaklumkan, Pensijilan semula ISO 9001:2008 akan dilaksanakan pada 1-2 April 2015 (Rabu dan Khamis) di PTAR Utama. Sehubungan itu, disertakan tentatif program pada hari tersebut.

via Blogger http://ift.tt/1EuDiGK http://ift.tt/1Crt4TX

Advertisements

Taklimat Penyediaan Data Bibliometrik + PRISMa

Peranan PTAR Untuk MYRA

Publications

1. Total Citation of Publications

Jumlah sitasi yang diterima dalam tempoh 5 Tahun terakhir bagi SEMUA PENERBITAN yang telah dihasilkan institusi sehingga tahun dinilai. Bagi jurnal yang tersenarai dalam ERA, pengiraan dalam Google Scholar boleh digunakan.

2. Total number of publications in SCOPUS / WOS / ERA indexed journals.

Bilangan penerbitan di dalam jurnal berindeks SCOPUS / WOS / ERA yang dihasilkan oleh institusi (Terdapat nama institusi sebagai afliasi pada penerbitan berkenaan)

via Blogger http://ift.tt/1CQTkJ8 http://ift.tt/1CQTkJ6

Kursus Micrososft Power Point (Intermediate)

Unit Latihan & Bahagian Pengurusan Perpustakaan Digital Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menganjurkan  Kursus Microsoft power point (Intermediate) pada tarikh dan masa berikut :
Tarikh : 02-03 November 2014 (Selasa-Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat :  Pusat IT, PTAR 1
Puan Arfah Binti Jamian selaku penceramah pada hari tersebut


Penceramah : Pn Arfah Bt Jamian (Info Tech)
Moderator : En Md Izwan Bin Salim (BPPD)


Objektif :

1. Memperkenalkan ciri-ciri baru Microsoft Power Point 2010 kepada pengguna.
2. Menyediakan kandungan pembentangan atau persembahan dalam bentuk yang lebih profesional dan interaktif.
3. Menyediakan maklumat kiosk yang padat kepada pengguna.
4. Memperkenalkan fungsi dan komponen Microsoft Power Point 2010 untuk akses pengguna yang lebih mahir.

Encik Hazrul dari Unit Latihan memberikan ucapan aluan dan penerangan kepada para peserta yang terlibat dalam kursus power point


via Blogger http://ift.tt/1BwQNhx http://ift.tt/1H0Jkzx

Sekitar Ekspo Selangkah ke UiTM@PTAR

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Ekspo Selangkah ke UiTM bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) pada 14 – 15 mac 2015 yang lalu. 

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) turut menyertai ekspo ini dengan pembukaan Kaunter (Booth D7) selama dua hari program tersebut dilaksanakan. Kaunter PTAR memberi penerangan dan informasi kepada pengunjung berkenaan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan sebagai gedung Ilmu yang menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Universiti. Selain itu, PTAR juga akan memperkenalkan bidang Kepustakawanan sebagai satu kerjaya Profesional yang semakin mendapat tempat dalam pasaran kerjaya pada masa kini.

Ekspo yang mendapat sambutan memberansangkan ini turut memberi ruang kepada bakal calon bagi mengetahui secara keseluruhan program pilihan mereka dengan lebih teliti kerana sepanjang ekspo berlangsung, pensyarah dan staf yang terlibat akan memberi penerangan tentang program-program pilihan calon.


14 Mac 2015 (Sabtu)

15 Mac 2015 (Ahad)

Atur Cara Majlis Perasmian & Penutup Ekspo Selangkah ke UiTM 2015

3.00 Petang     –     Ketibaan Pengurusan Kanan UiTM
3.15 Petang     –     Ketibaan Naib Canselor
                        –     Bacaan Doa
                        –     Ucapan Penutup oleh Naib Canselor
                        –     Penyampaian Hadiah :
                                                                   * Booth Terbaik Gugusan Sains & Teknologi
                                                                   * Booth Terbaik Gugusan Sosial & Kemanusiaan
                                                                   * Booth Terbaik Gugusan Pengurusan & Perniagaan
                                                                   * Booth Terbaik Pusat / Bahagian / Unit
                                                                   * Juara Keseluruhan
                        –     Jamuan Makan
                        –     Bersurai


via Blogger http://ift.tt/1GmKkKU http://ift.tt/19yc98V

Program Kenali dan Kunjungi Perpustakaan

Program Kenali dan Kunjungi Perpustakaan, Anjuran Bahagian Pengurusan Pelanggan, PTAR akan diadakan pada 16 Mac sehingga 20 Mac 2015, bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Program 5 hari ini adalah terbuka kepada semua Warga UiTM untuk membuat semakan akaun perpustakaan, kemaskini keahlian perpustakaan serta berpeluang untuk meneroka maklumat  di perpustakaan seperti pencarian bahan menggunakan OPAC/ WebOPAC, Mesin Pinjaman dan Pemulangan Buku dan lain-lain perkhidmatan yang ditawarkan.

via Blogger http://ift.tt/1B6uRtB http://ift.tt/1FcOMxj