Operasi Gotong Royong Perdana PTAR 2014

18 Disember 2014
Pada 18 dan 19 Disember 2014 lalu telah diadakan operasi gotong royong perdana di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi Mara. Gerakan gotong royong ini dimulakan dengan ketibaan  Naib Canselor Universiti Teknologi Mara Shah Alam (VICE CHANCELLOR OF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA) iaitu Tan Sri Dato’ Sri Prof.Ir.Dr.Sahol Hamid Abu Bakar. Dalam kunjungannya sewaktu program gotong-royong perdana ini berlangsung, Tan Sri Dato’ Sri Prof.Ir.Dr.Sahol Hamid Abu Bakar sempat mengadakan lawatan di dalam Perpustakaan Tun Abdul Razak  dan beramah mesra bersama warga PTAR.

Program gotong-royong yang bertujuan untuk membudayakan amalan kerjasama dalam kalangan warga kerja PTAR ini disambut baik dengan penglibatan kesemua jabatan dalam Perpustakaan Tun Abdul Razak dan Perpustakaan fakulti, Amalan gotong-royong ini bukanlah sekadar amalan sampingan, sebaliknya ia merupakan agenda dan rutin budaya kerja berkualiti melalui komitmen produktiviti yang berterusan oleh warga kerja PTAR.


Pada hari pertama program gotong royong ini berlangsung, warga PTAR giat mengasigkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan mengkelaskan barang tersebut dalam kategori yang sepatutnya. Selain dari aktiviti mengecat semula pejabat, lantai dibersihkan dengan rapi supaya tiada habuk.

19 Disember 2014
Seawal pagi dapat dilihat rata-rata warga PTAR sibuk dengan komitmen menyambung tugas masing-masing yang tergendala. Ternyata, aktiviti gotong-royong ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan warga PTAR untuk memelihara taraf kebersihan pejabat.  Terbukti aktiviti gotong-royong ini juga boleh merapatkan hubugan warga kerja sesama sendiri.
Semoga dengan perubahan persekitaran Perpustakaan Tun Abdul Razak pada penghujung tahun 2014 ini dapat memberi semangat kerja yang jitu kepada warga PTAR untuk tahun yang akan datang!

via Blogger http://ift.tt/1AOfqYW http://ift.tt/1AOfoAs

Gotong Royong Perdana PTAR

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak akan mengadakan Gotong Royong Perdana pada 18-19 Disember 2014, iaitu pada hari Khamis dan Jumaat.

Program Gotong-royong ini diadakan bertujuan untuk membersihkan persekitaran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) sekaligus memberikan wajah baru yang lebih segar kepada warga PTAR dan pengguna perpustakaan.

Diharapkan program Gotong-royong ini dapat meningkatkan lagi hubungan dan semangat kerjasama di antara warga PTAR. 

via Blogger http://ift.tt/13aTFXO http://ift.tt/1z2brut

Sayembara Xplorasi PTAR 2014

Program Xplorasi Perpustakaan Tun Abdul Razak  telah berlangsung selama 2 hari bermula 9-10 Disember 2014. Program Xplorasi 2014 ini telah dirasmikan oleh Ketua Perpustakaan Tun Abdul Razak iaitu Encik Noor Hidayat Adnan. 
Upacara perasmian oleh Ketua Perpustaan Tun Abdul Razak, Encik Noor Hidayat Adnan

Persembahan daripada pelajar Fakulti Muzik UiTM Shah Alam
09 Disember 2014
Kehadiran pengunjung sewaktu program dan aktiviti dijalankan adalah sangat memberangsangkan. Rata-rata pengunjung mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PTAR dengan penuh komitmen. Antara aktiviti program Xplorasi adalah terdiri daripada Pameran oleh jabatan, Pesta buku, Fun Games, Info Hunt, Busking, Peraduan teka berat buku dan Explorace. Sepanjang 2 hari berlangsung, pengunjung disajikan dengan booth pameran dan aktiviti oleh jabatan yang telibat, antaranya booth pangkalan data PTAR dan booth Bahagian PTAR.


Antara Jabatan dan booth yang menganjurkan aktiviti sempena Hari Xplorasi :

Turut diadakan ceramah ‘Read Aloud’ yang bertujuan untuk memupuk minat pembaca terhadap bahan bacaan melalui teknik pembacaan . Ceramah yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh ceria ini dikendalikan oleh Puan Suraya Hj Ariffin A.M.P, iaitu pustakawan dari Perpustakaan Perbadanan Awam Negeri Perak. Pada hari berikutnya diadakan Bengkel Penulis Muda oleh Kumpulan Media Karangkraf & Ilham Grup Buku yang bertujuan untuk melahirkan bakat baru dari platform maya.

Ceramah ‘Read Aloud‘ yang disampaikan oleh Puan Suraya Hj Ariffin A.M.P
Bengkel Penulis Muda oleh Editor Web dari Kumpulan Karangkraf

10 Disember 2014

Ternyata kesemua aktiviti dan program yang berlangsung sepanjang 2 hari ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari kesemua pengunjung yang terdiri daripada pelajar UiTM, para staff UiTM dan pengunjung dari luar. Program  ini telah melabuhkan tirainya dengan aktiviti penyampaian hadiah kepada semua pemenang pada 10 Disember 2014. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Perpustakaan.

Sesi penyampaian hadiah oleh Timbalan Ketua Perpustakaan :

Pemenang pertandingan selfie oleh Bernama

Pemenang pertandingan Teka Berat Buku

Juara keseluruhan untuk pertandingan Xplorasi

Pemenang  Kategori Tagline paling menarik
Bahagian Perkhidmatan Akademik memenangi hadiah kategori Booth Aktiviti paling menarik

Antara staf yang menjadi tulang belakang untuk Program Xplorasi 2014

Diharapkan Perpustakaan Tun Abdul Razak dapat menganjurkan lagi program seumpama ini pada masa hadapan.

via Blogger http://ift.tt/1GnS7c3 http://ift.tt/1w8q7WP