Perpustakaan UiTM's Blog

26/09/2014

Pentingnya Hakcipta dan Harta Intelek di Perpustakaan Dijagai

Filed under: Uncategorized — perpustakaanuitm @ 4:08 am
Tags: , , , , ,

Shah Alam, 13 Ogos – Program “Wacana Hakcipta dan Harta Intelek” berhasil memberikan satu pendedahan yang berguna kepada warga kerja Perpustakaan di dalam mengenalpasti, menilai dan menjaga setiap hasil penulisan yang diserahkan sebagai satu bentuk aset yang bernilai.
Program ini yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) adalah merupakan salah satu inisiatif perpustakaan dalam memberi pengetahuan kepada warga kerja PTAR terutamanya Puastakawan mengenai hakcipta dan harta intelek di dalam konteks perpustakaan dalam memudahkan proses operasi harian.  
Program yang berlangsung selama dua hari ini dan bertempat di dewan kuliah Perpustakaan Pengurusan Perniagaan telah dirasmikan oleh Ketua Pustakawan UiTM iaitu Encik Noor Hidayat Adnan manakala taklimat berkenaan tajuk yang dipilih dikendalikan oleh dua orang penceramah yang berpengalaman di dalam bidang undang-undang terutamanya Akta Hakcipta dan Harta Intelek.
Dua orang penceramah yang dijemput khas untuk menyampaikan taklimat berkenaan adalah Profesor Madya Dr. Nazura Abdul Manap dan Profesor Madya Rohazar Wati Zuallcobley. Profesor Madya Dr Nazura Abdul Manap yang menyampaikan taklimat beliau pada hari yang pertama adalah merupakan seorang pensyarah undang-undang siber di  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 
Dalam ceramah tersebut, beliau telah menyampaikan maklumat dan informasi tentang peri pentingnya mengetahui tentang undang-undang harta intelek, undang-undang hakcipta, isu hakcipta dalam transaksi perpustakaan, isu hakcipta dalam unit media perpustakaan dan hakcipta dalam transaksi pinjaman antara perpustakaan kepada warga kerja PTAR  agar sentiasa peka dan mengambil berat tentang hasil penulisan yang diserahkan.
Manakala untuk sesi hari kedua pula, Profesor Madya Rohazar Wati Zuallcobley yang juga merupakan seorang pensyarah Fakulti Undang-undang di UiTM Shah Alam telah menyampaikan ceramah beliau berkisar mengenai isu hakcipta berkaitan bahan-bahan koleksi khas atau nadir, pendigitan bahan-bahan perpustakaan, perlesenan hakcipta bagi jurnal dan pangkalan data, e-repositori dan isu hakcipta dan isu-isu semasa berkaitan hakcipta dan perpustakaan.

Program yang diadakan ini dilihat mampu memberi pengetahuan tambahan kepada peserta program yang rata-ratanya terdiri daripada pustakawan daripada pelbagai jabatan dan perpustakaan fakulti dalam penghasilan karya dan bagaimana karya tersebut dilindungi dengan akta hakcipta yang telah tersenarai dan termaktub.

Oleh : En. Nik Lokman (Pustakawan Bahagian Kompetensi dan Korporat)

via Blogger http://ift.tt/1v6OzGF http://ift.tt/eA8V8J

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: