Perpustakaan UiTM's Blog

05/09/2014

Sesi Perkongsian Ilmu (SPI) Bil. 1/2014

Filed under: Uncategorized — perpustakaanuitm @ 9:08 am
Tags: , , , , ,
Sesi Perkongsian Ilmu (SPI) Bil. 1/2014 telah diadakan dengan jayanya pada 20 Januari 2014. Objektif utama SPI diadakan adalah untuk memberi peluang kepada staf perpustakaan untuk berkongsi maklumat, ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang menghadiri kursus, seminar, bengkel dan sebagainya. 
Bagi pembuka tirai untuk tahun 2014, pihak PTAR telah menjemput Encik Mohd Ismail Abidin,pustakawan UiTM Melaka dan Cik Mawar Noor, Pustakawan UiTM Segamat. Encik Mohd Ismail Abidin telah berkongsi ilmu mengenai kertas penyelidikan yang telah dibentangkan oleh beliau yang bertajuk Awareness of Using Library Web 2.0 Services Among Malaysian Youth. Kertas penyelidikan ini telah dibentangkan oleh beliau di The 5th International Conference on Asia-Pacific Library and Information Education and Practice 2013 yang telah diadakan di Thailand. Kertas penyelidikan ini berfokuskan kepada penggunaan dan kesedaran golongan belia di Malaysia mengenai perkhidmatan Web 2.0.


Encik Mohd Ismail Abidin (Pustakawan UiTM Melaka)


Sementara itu, Cik Mawar Noor Abdullah pula telah berkongsi ilmu serta pengalaman beliau sepanjang menjalani latihan sangkut di Perpustakaan Universiti Ohio, Amerika Syarikat 1 Mei hingga 30 Oktober 2010. Latihan sangkut ini bertujuan untuk bekerjasama dengan Perpustakaan Universiti Ohio dalam mengkatalog bahan-bahan dari Malaysia dan Indonesia. 

Cik Mawar Noor Abdullah (Pustakawan UiTM Johor)

Latihan sangkut ini telah memberi pengalaman serta idea kepada beliau dalam menguruskan perpustakaan dengan lebih baik. 

via Blogger http://ift.tt/1Cx3KfI http://ift.tt/1rcvVHO

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: