Pentingnya Hakcipta dan Harta Intelek di Perpustakaan Dijagai


Shah Alam, 13 Ogos – Program “Wacana Hakcipta dan Harta Intelek” berhasil memberikan satu pendedahan yang berguna kepada warga kerja Perpustakaan di dalam mengenalpasti, menilai dan menjaga setiap hasil penulisan yang diserahkan sebagai satu bentuk aset yang bernilai.
Program ini yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) adalah merupakan salah satu inisiatif perpustakaan dalam memberi pengetahuan kepada warga kerja PTAR terutamanya Puastakawan mengenai hakcipta dan harta intelek di dalam konteks perpustakaan dalam memudahkan proses operasi harian.  
Program yang berlangsung selama dua hari ini dan bertempat di dewan kuliah Perpustakaan Pengurusan Perniagaan telah dirasmikan oleh Ketua Pustakawan UiTM iaitu Encik Noor Hidayat Adnan manakala taklimat berkenaan tajuk yang dipilih dikendalikan oleh dua orang penceramah yang berpengalaman di dalam bidang undang-undang terutamanya Akta Hakcipta dan Harta Intelek.
Dua orang penceramah yang dijemput khas untuk menyampaikan taklimat berkenaan adalah Profesor Madya Dr. Nazura Abdul Manap dan Profesor Madya Rohazar Wati Zuallcobley. Profesor Madya Dr Nazura Abdul Manap yang menyampaikan taklimat beliau pada hari yang pertama adalah merupakan seorang pensyarah undang-undang siber di  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 
Dalam ceramah tersebut, beliau telah menyampaikan maklumat dan informasi tentang peri pentingnya mengetahui tentang undang-undang harta intelek, undang-undang hakcipta, isu hakcipta dalam transaksi perpustakaan, isu hakcipta dalam unit media perpustakaan dan hakcipta dalam transaksi pinjaman antara perpustakaan kepada warga kerja PTAR  agar sentiasa peka dan mengambil berat tentang hasil penulisan yang diserahkan.
Manakala untuk sesi hari kedua pula, Profesor Madya Rohazar Wati Zuallcobley yang juga merupakan seorang pensyarah Fakulti Undang-undang di UiTM Shah Alam telah menyampaikan ceramah beliau berkisar mengenai isu hakcipta berkaitan bahan-bahan koleksi khas atau nadir, pendigitan bahan-bahan perpustakaan, perlesenan hakcipta bagi jurnal dan pangkalan data, e-repositori dan isu hakcipta dan isu-isu semasa berkaitan hakcipta dan perpustakaan.

Program yang diadakan ini dilihat mampu memberi pengetahuan tambahan kepada peserta program yang rata-ratanya terdiri daripada pustakawan daripada pelbagai jabatan dan perpustakaan fakulti dalam penghasilan karya dan bagaimana karya tersebut dilindungi dengan akta hakcipta yang telah tersenarai dan termaktub.

Oleh : En. Nik Lokman (Pustakawan Bahagian Kompetensi dan Korporat)

via Blogger http://ift.tt/1v6OzGF http://ift.tt/eA8V8J

Advertisements

Audit Dalam Bil.2/2014

Audit Bilangan 2/2014 telah diadakan pada 23 – 24 September 2014. Audit dibarisi seramai 28 Auditor Dalam Perpustakaan iaitu seramai 16 orang Auditor dan 12 orang perantis.

Skop Audit Bil.2/2014 adalah perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan, dan melibatkan 3 bahagian iaitu bahagian 1- PTAR Utama, bahagian 2- Perpustakaan Kejuruteraan TAR dan bahagian 3- Semakan penemuan Audit Bil.1/2014 dan Surveillance 2 di Perpustakaan Alam Bina TAR.

via Blogger http://ift.tt/1B5HSo2 http://ift.tt/1B5HUMT

Kursus Penyemakan Pemilikan Bahan-Bahan Bacaan/Rujukan Silibus UiTM ke atas Koleksi PTAR

Bahagian Pengurusan Repositori Institusi dan Imbangan Bahan (BPRIIP) PTAR telah mengadakan Kursus Penyemakan Pemilikan Bahan-Bahan Bacaan/Rujukan Silibus UiTM ke atas Koleksi PTAR pada 18 – 19 September 2014, bertempat di Pusat IT PTAR Utama.

Kursus dimulakan dengan penerangan dan taklimat oleh En. Zulkifli Ismail (Timbalan Ketua Pustakawan merangkap Ketua Bahagian BRIIP).

Beliau menerangkan

Objektif Kursus adalah:

3 Program : baru, Kajisemula dan sedia ada

via Blogger http://ift.tt/1tjlRSi http://ift.tt/Xl2jA9

PTAR INFO KIOSKS @ Grab Them


ATTENTION TO ALL POSTGRADUATE STUDENTS !!
Grab the chance!! Come and Meet  PTAR INFO KIOSKS  at Grab Them!!
Date: 13 September 2014(Saturday)
Time : 2.00 pm-5.00 pm
Venue: Dewan Agong Tuanku Canselor(DATC) UiTM Shah Alam
What you can get from our PTAR Info Kiosk?
1.       Free installation for EndnoteX7
2.       SPPS 21 Software 
3.       Consultation and References with Librarians (Demo on Research Online Databases, Journal ranking  & analysis, Publication  and Citation Tracking)
4.       New services at PTAR (eg: Research Writing Rooms, Web OPAC 2.0, Youtube PTAR, Perkhidmatan Akhbar Digital(e-newspaper), Perkhidmatan Rujukan Peta Digital(Digital Map), Ask a Librarian(Library Chat)
5.       Booking s for Library Skill Classes : Literature Searching, Citation management  with EndNoteX7, Mendeley or Wizfolio)
6.       Goodies and Prizes !!
Meet our Librarians:
Puan Siti Rohayu Binti Mohamad Yusof, Librarian, Academic Service Department, PTAR UTAMA


Encik Shahrol Nizam Bin Johol,
Librarian,
Academic Service Department, PTAR UTAMA

via Blogger http://ift.tt/1lUKe82 http://ift.tt/eA8V8J

Bengkel Semakan Semula Objektif Kualiti dan Piagam Pelanggan

Hasil Pra Bengkel Semakan Semula Objektif Kualiti dan Piagam Pelanggan yang telah diadakan pada 4 September 2014, satu Bengkel Semakan Semula Objektif Kualiti dan Piagam Pelanggan akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 9 September 2014 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi : Bilik Cendekia 6B, Intekma Resort & Cenvention Centre, Shah Alam
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membentangkan Objektif Kualiti dan Piagam Pelanggan untuk diguna pakai pada tahun 2015.

via Blogger http://ift.tt/1s00YuD http://ift.tt/1s00Yed

Taklimat Orientasi Perpustakaan untuk Pelajar Baharu Fakulti Kejuruteraan Sesi September 2014


Taklimat Orientasi Perpustakaan untuk Pelajar Baharu Fakulti Kejuruteraan bagi Sesi September 2014 akan disampaikan oleh En. Bahroni Moojee (Pustakawan Unit Perkhidmatan Akademik, Perpustakaan Kejuruteraan TAR) pada dan dibantu oleh Encik Mohamad Asfar Koronay
Pembantu Perpustakaan Tertinggi Unit Perkhidmatan Akademik, Perpustakaan Kejuruteraan TAR)





follow us 

FACEBOOK:   http://ift.tt/XzPPWp
TWITTER  :    http://ift.tt/1ml2li4
BLOG :           http://ift.tt/XzPPWr
INSTAGRAM  
http://ift.tt/1ml2npZ
Laman web rasmi perpustakaan  http://ift.tt/VEHnTI

via Blogger http://ift.tt/1BlWQIw http://ift.tt/1xw7s9d