Perpustakaan UiTM's Blog

20/08/2014

Iklan Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (F41) dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)


Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (F41) dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) secara  kontrak.di Perpustakaan Tun Abdul Razak bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

(Sila rujuk Iklan Jawatan Kosong dan Borang Permohonan yang dilampirkan)

Advertisement | Application
 

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin,  27 Ogos 2014

1) PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F41) (Kontrak)
   
Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
   
(a) Warganegara Malaysia;
   
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
   
(c)(i)   
Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya; dan

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 RM2146.00); atau
           
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya
           
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 RM2353.44); atau
           
Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
           
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 RM2664.78); atau
           
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
           
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 RM2976.11);
   
dan   

   
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



2) PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F29) (Kontrak)
   
Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
   
(a) Warganegara Malaysia;
   
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
   
(c) Diploma dalam bidang Sains Komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi yang diiktiraf setaraf dengannya
           
(Gaji permulaan ialah pada Gred F29 RM1746.00); atau
           
Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oeh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
           
(Gaji permulaan ialah pada Gred F29: RM1820.89);
   
dan   
   
(e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
   

SYARAT LANTIKAN

Syarat lantikan secara terperinci berserta dengan maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM di http://www.uitm.edu.my/ dan http://ift.tt/VEHnTI

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM di http://www.uitm.edu.my dan http://ift.tt/VEHnTI .

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin, 27 Ogos 2014

Sila kemukakan permohonan kepada:

   
KETUA PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
NO.TEL: (03)  5544 3701 / 5544 3702 / 5521 1438
EMAIL: lotfimokhtar@salam.uitm.edu.my

via Blogger http://ift.tt/1mkHifn http://ift.tt/1BB0YWm

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: