Sekitar Majlis Perutusan Pentadbiran 2014 dan Ceramah Integriti

Pada 21 Mac 2014, bertempat di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam, telah berlangsungnya Majlis Perutusan Pentadbiran UiTM 2014 dan Forum Integriti.

Majlis Perutusan Pentadbiran UiTM 2014 dimulakan dengan Perutusan Ketua Pustawakan (En. Noor Hidayat Adnan), Perutusan Bendahari (Tuan Haji Sanip Wahid), dan Perutusan Pendaftar (Dr. Hajah Zahrah Mokhtar).
Ketibaan Dr. Hajah Zahrah Mokhtar , Tuan Haji Sanip Wahid, En. Noor Hidayat Adnan

1- Perutusan Ketua Pustakawan 

En. Noor Hidayat Adnan (Ketua Pustakawan PUiTM)

Tema : Integriti Pemangkin Transformasi UiTM
5 Agenda Utama Perpustakaan:
a) Modal Insan Berintegriti
b) Perkhidmatan Berintegriti
c) Maklumat Berintgriti
d) Prasarana Berkualiti
e) Pengurusan Kewangan
2- Perutusan Bendahari 

Tuan Haji Sanip Wahid

3- Perutusan Pendaftar

Selesai ketiga-tiga perutusan daripada 3 wakil pentadbir UiTM, majlis diteruskan dengan Pelancaran Repositori Dasar dan Penyerahan Dokumen HRP dan Tadbir Urus SM kepada Bendahari dan Ketua Pustakawan oleh Pendaftar.
Majlis Perutusan Pentadbiran UiTM 2014 tamat pada jam 12.45 tengahari, dan kemudiannya bersambung pada jam 2.30 petang bagi sesi Forum Integriti yang dikendalikan oleh En. Azuwandi sebagai Moderator dan panel forum terdiri daripada Tuan Hj. Jamaluddin Ardani (Wakil UiTM), Wakil Suruhanjaya Integriti dan Wakil Industri.

via Blogger http://ift.tt/1ghebtO

Perutusan Pentadbiran UiTM 2014 dan Ceramah Integriti Pemangkin Transformasi


Sukacita dimaklumkan bahawa PPUiTM diberi tanggungjawab untuk menjemput kesemua Ahli Persatuan Pentadbir UiTM (PPUiTM) terutama di sekitar Lembah Klang bagi menghadiri Majlis Perutusan Pentadbiran 2014 seperti berikut:


Tarikh Majlis : 20 Mac 2014 (Khamis)
Masa              : 08:00 pagi – 05:00 petang
Tempat          : Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam


Sehubungan itu, semua pentadbir UiTM dari semua Skim Perkhidmatan Gred 27 dan ke atas adalah diminta hadir.  Bagi Kampus Cawangan majlis akan dibuat secara lintas langsung.  Pihak PPUiTM juga memohon kerjasama semua Ahli agar dapat memanjangkan pemakluman ini kepada semua rakan sejawat. 

via Blogger http://ift.tt/1eR38TR