Program Xplorasi PTAR 2013

PTAR melabuhkan tirai aktiviti bersama pengguna perpustakaan melalui porgram tahunannya yang dikenali sebagai Program Xplorasi PTAR. Program tersebut dianjurkan pada 17-18 Disember 2013 bertempat di perkarangan ruang legar PTAR Utama. Terdapat lebih kurang 15 aktiviti yang dianjurkan termasuk penyertaan oleh booth jabatan/bahagian, Perpustakaan Negara Malaysia, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), vendor-vendor pangkalan data, Utusan Publication dan Karangkraf. Perasmian program dilakukan oleh Ketua Pustakawan PTAR, En.Noor Hidayat Adnan diiringi Pengerusi Program Xplorasi PTAR, Pn. Roslina Mohamad Ali. 
Antara aktiviti yang mendapat perhatian ialah sesi santai bersama novelis Alaf 21, Anis Ayuni, Xplorace dan games oleh booth jabatan/bahagian. Selain itu, Xplorasi PTAR turut menghargai para pengguna perpustakaan melalui Pertandingan Nadi Ilmu, Peminjam Buku Terbanyak serta Literati Award oleh Emerald. Aktiviti selingan sepanjang program 2 hari ini dimeriahkan dengan persembahan muzik oleh pelajar dan Deko Cup Cake oleh Naz by Yellow Kitchen Studio. 

Secara keseluruhannya, program ini memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran kepada warga UiTM khususnya para pelajar betapa pentingnya perpustakaan dalam usaha menyalurkan maklumat dan sekaligus menyokong pengajaran dan pembelajaran di universiti. Perpustakaan sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada pelanggan khususnya para pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik Diharap pengunjung akan mendapat pelbagai informasi dan pengetahuan melalui program  Xplorasi PTAR ini. Usaha murni ini diharap dapat memberi impak yang positif kepada jabatan dan pelanggan.Setiap kali penganjuran program ini dijalankan, maklum balas yang diterima daripada para pengunjung amat positif dan ia banyak membantu dalam mempertingkatkan perkhidmatan di PTAR. Secara keseluruhannya, pelanggan berharap agar program seumpama ini diteruskan.

Akses ke album penuh Program Xplorasi PTAR 2013  di sini

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/12/program-xplorasi-ptar-2013.html

Keputusan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2013 di Hari Kemuncak Bulan Inovasi 2013

Semalam, 23 Disember 2013 telah berlangsungnya Hari Kemuncak Bulan Inovasi 2013 di Dewan Agung Tuanku Canselor pada jam 2.00 petang.

Disertakan keputusan penuh AKNC 2013:

A) Peringkat Bahagian (Finalis PTAR dan Pejabat Bendahari)

1. Kriteria Kepimpinan : Hal Ehwal Pelajar
2. Kriteria Perancangan Strategik : PTAR
3. Kriteria Tumpuan Pelanggan    : PTAR
4. Kriteria Pengurusan Pengetahuan : Pejabat Bendahari
5. Kriteria Tumpuan Sumber Manusia : Pejabat Pendaftar
6. Kriteria Tumpuan Proses : Pejabat Bendahari
7. Kriteria Hasil Pencapaian : Tiada
8. Kriteria Inovasi         : Pejabat Bendahari

Juara Peringkat Bahagian          : Pejabat Bendahari

B) Peringkat Cawangan (Finalis UiTM Johor, UiTM Pahang dan UiTM Terengganu): Juara UiTM Pahang

C) Peringkat Fakulti (Finalis FKE, FKK dan Fakulti Perakaunan) : Juara Fakulti Elektrik

D) Juara Keseluruhan : UiTM Pahang

PTAR juga mendapat Anugerah Khas Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) (Pelaksanaan Projek Berimpak) bagi tempoh 2008 – 2012.

Jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa AKNC PTAR 2013 serta pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses penyediaan laporan AKNC ini.

Gambar: Sumber dari Koleksi peribadi Pustakawan PTAR dan FB Tan Sri Dato’ Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/12/keputusan-anugerah-kualiti-naib.html